Perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di Santiago Bernabeu pagi tadi penuh drama yang menyaksikan Barcelona menumpaskan Real Madrid 2-0 melalui jaringan Leo Messi. Perlawanan lebih panas dengan beberapa insiden di atas padang menyaksikan jurulatih Madrid, Jose Mourinho diperintah ke tempat duduk penonton manakala penjaga gol simpanan Barca, Jose Pinto & pertahanan Madrid, Pepe dilayangkan kad merah.
Dengan kekalahan ini, Mourinho sudah pun mengangkat bendera putih untuk peluang ke perlawanan akhir kerana perlawanan ulangan minggu depan di Nou Camp bagaikan misi mustahil buat Madrid dengan kelebihan jaringan bagi Barca tersebut.
Dalam kenyataannya selepas perlawanan, Mourinho nyata tidak berpuashati dengan mutu pengadil & menyindir Barca yang disifatkannya mendapatkan kelebihan daripada pengadil.
Walau apapun keputusan, yang pasti adalah menjadi kebiasaan bagi pengurusan pasukan & peminat untuk menyalahkan pegawai pertandingan bila pasukan mereka kalah. Dan tidak dinafikan pegawai pertandingan juga kadang2 cenderung pada sesuatu pasukan, believe or not? Believe it!!!
Bagi Madrid, mereka masih berpeluang untuk layak walaupun berdepan misi mustahil minggu depan. Pasukan yang hebat tidak kenal erti menyerah kalah sehingga tiupan widel terakhir..........
* Terkenang kebangkitan Liverpool di Istanbul setelah ketinggalan 3-0 di separuh pertama di tangan Milan........sweet memory........
No comments:
Post a Comment