Selepas mencatat 3 kemenangan berturut-turut dalam liga, Chelsea kembali memintas Arsenal di tangga ke-2 dengan perbezaan jaringan & 6 mata di belakang Man United. Dengan berbaki 5 perlawanan dengan 15 mata maksima yang boleh dikumpul, peminat-peminat selain penyokong Man United pasti mahu melihat satu kesudahan yang dramatik dalam perebutan liga kali ni walaupun United dilihat selesa mendahului sebelum ini serta prestasi tidak konsisten semua pencabar utama seperti Arsenal, Chelsea serta pasukan berbelanja besar, Man City.
Mungkin pertemuan antara Man United & Chelsea pada 8 Mei ini boleh menjadi penentu adakah Man United benar-benar akan dimahkotakan juara Liga musim ini. Sama-sama kita saksikan nanti.............
No comments:
Post a Comment