Final Europa League dijangka akan menampilkan pertemuan 2 kelab dari Portugal berdasarkan 3 wakil mereka yang beraksi di separuh akhir. Semi final pertama pagi tadi menyaksikan Porto membenam wakil tunggal Sepanyol, Villareal 5-1 dengan penyerang Colombia, Falcao meledakkan 4 gol ke atas Yellow Submarine.
Manakala satu lagi pertemuan menyaksikan 2 kelab Portugal berdepan sesama sendiri dengan Benfica menang dengan kelebihan 2-1 ke atas Braga. Dengan keputusan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan pentas final di Dublin 18 Mei ini akan dikuasai oleh kelab Portugal.
* FC Porto di landasan terbaik untuk kembali menguasai pentas pertandingan Eropah selepas menjuarai Champion League pada 2004.
No comments:
Post a Comment