Wednesday, December 29, 2010

Apa yang menarik tentang AFF Suzuki Cup??



AFF Suzuki Cup edisi 2010 akhirnya menjadi milik Malaysia. Heboh satu Malaya & Borneo memperkatakan kejayaan ini. TP ingin berkongsi beberapa fakta menarik tentang AFF Suzuki Cup 2010:

a) Juara-Malaysia (kali pertama muncul juara selepas 7 edisi bermula 1996 di Singapura)

d) Penjaring terbanyak- Mohd Safee Sali (Malaysia)

c) Pemain Paling Berharga- Firman Utina (Indonesia)

d) 51 gol dijaringkan, 65 kad kuning serta 4 kad merah sepanjang kejohanan kali ini

e) Kejohanan bermula dari 1-29 Disember dengan Indonesia & Vietnam selaku tuan rumah peringkat kumpulan.

f) Mohd Asrarudin Putra Omar menjadi pemain tunggal yang menjaringkan gol sendiri dalam kejohanan kali ini.

g) Filipina dipilih menerima Fair Play Award

h) Jurulatih Filipina, Simon McMenemy menjadi jurulatih termuda untuk kejohanan kali ini & mereka ke semi final buat pertama kali.

i) Filipina terpaksa bermain 2 kali di Stadium Gelora Bung Karna kerana stadium mereka tidak memenuhi standard yg ditetapkan oleh AFF.

j) Laos & Filipina layak setelah melepasi kelayakan mengatasi Kemboja & Timor Leste. Manakala Brunei masih menghadapi penggantungan dari FIFA.

k) Selain Malaysia dan Myanmar, pasukan lain semuanya menggunakan jurulatih asing.

Sunday, December 26, 2010

Man United sedang mengintai Reina & Gea......




Musim perpindahan Januari akan dibuka kurang seminggu dari sekarang. Bagi Man United, Sir Alex Ferguson mungkin sedang mengintai-intai penjaga gol untuk dibeli bagi menggantikan Edwin Van Der Sar yang akan bersara hujung musim ini. Antara nama yang sedang diberi perhatian ialah penjaga gol Liverpool, Pepe Reina & penjaga gawang tinggi lampai yang mewakili Athletico Madrid, David Gea.

Pepe Reina yang ketika ini kurang berpuashati dengan prestasi semasa Liverpool juga dikaitkan dengan Arsenal. Namun, dengan nilai beliau sekitar 20juta pound serta kesukaran untuk Liverpoool melepaskan beliau mungkin manjadi halangan untuk Manchester membawanya ke Old Trafford. Mungkin David Gea yang berusia 20 tahun mungkin calon sesuai jika Reina sukar dilepaskan oleh Liverpool. Scout Man United dikatakan telah melihat beliau sejak musim lepas lagi ketika membantu Athletico menjuari Liga Europa.

Thursday, December 23, 2010

Benitez akhirnya dipecat!!!



Akhirnya, Rafa Benitez terpaksa angkat kaki daripada Inter Milan selepas hampir 6 bulan dilantik sebagai pengurus kelab tersebut. Dengan prestasi yang kurang memberangsangkan sejak awal musim, desas-desus penyingkiran Benitez telah bertiup sejak sebulan dua yang lalu. Beliau dikatakan gagal mengekalkan momentum prestasi yang ditinggalkan oleh Jose Mourinho. Akibatnya, kontrak 2 tahun yg ditandatangani beliau berakhir semalam. Ura-ura, Benitez akan kembali ke Anfield mungkin segala gurauan.........

Kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA naik!!!

Menjelang pertemuan akhir Piala AFF Suzuki 2010 dengan Indonesia, Malaysia mendapat berita sedikit gembira apabila kedudukan terkini bulan Nov/Dis 2010 dalam ranking FIFA kita menunjukkan kenaikan. Daripada kedudukan ke-150 sebelum tu, Malaysia naik ke tangga 144 keseluruhan. Jika berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF tu mungkin peluang untuk naik lagi bulan hadapan.........

Ronaldinho kembali ke Brazil.........



Bekas bintang Brazil & Barcelona, Ronaldinho dijangka akan kembali beraksi di Liga Brasil samada bersama Gremio atau Santos selepas musim perpindahan Januari ini. Beliau yg gagal menyerlah sejak AC Milan daripada Barcelona dikatakan agak tenggelam dengan 2 lagi penyerang Milan iaitu Ibrahimovic & Samuel E'eto. Peluang beliau untuk kesebelasan utama semakin malap apabila Milan dilaporkan telah bersetuju dengan perpindahan perancang Italy, Antonio Cassano daripada Sampdoria.

* Yang pastinya, bintang2 tua Brazil pasti akan kembali ke tanahair sendiri setelah khidmat & populariti semakin malap..........

Monday, December 13, 2010

Bakal Pengurus England Dipecat!!!



Pengurus yang disebut2 antara bakal pengurus England menggantikan Fabio Capello selepas Euro 2012, Sam Allardyce akhirnya dipecat daripada jawatan pengurus Blackburn Rovers selepas lebih kurang 2 tahun membimbing pasukan itu. Pemilik baru Rovers iaitu syarikat penternakan ayam dari India, Venky mungkin mempunyai perancangan baru untuk pasukan itu. Pemecatan Allardyce merupakan pemecatan pengurus Liga Perdana kedua selepas Newcastle memecat Chris Hughton minggu lepas.

Thursday, December 9, 2010

Red Devils vs The Gunners & Newcastle ambil pengurus baru........



Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris minggu ini pasti pertembungan antara Man United dengan Arsenal pada hari isnin ini. Perlawanan lewat itu akan berlangsung pada hari selasa, 4 pagi waktu Malaysia. The Gunners pastinya mengharapkan ketua pasukan, Cesc Fabregas sempat cergas daripada kecederaan Hamstring untuk pertembungan tersebut.

Sementara itu, Newcastle United telah menamakan Alan Pardew sebagai pengurus baru menggantikan Chris Hughton yang dipecat awal minggu ini. Ramai mempersoalkan kemampuan Pardew yang sebelum ini pernah menguruskan West Ham ke perlawanan akhir FA Cup 2006 tetapi tumpas kepada Liverpool.

Sunday, December 5, 2010

Houllier kembali ke Anfield!!



Bekas pengurus Liverpool, Gerard Houllier bakal kembali ke Anfiled malam ini. Kembali bukan untuk menguruskan bekas pasukan lamanya itu tetapi membawa Aston Villa menentang The Reds dalam satu2nya perlawanan malam Isnin ini.

Thursday, December 2, 2010

Russia & Qatar menang tuan rumah World Cup 2018 & 2022!!!




Semalam berlangsung pemilihan tuan rumah Piala Dunia 2018 & 2022 di ibu pejabat FIFA di Zurich, Switzerland. 22 panel pemilihan FIFA bersetuju memilih Russia selaku tuan rumah 2018 manakala Qatar untuk kejohanan 2022.

Pemilihan Russia menyingkirkan bidaan England, Spain-Portugal & Belanda-Belgium. Manakala Qatar, negara Asia Barat mengenepikan bidaan Australia, USA, Japan & Korea. Kedua-dua negara adalah kali pertama menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Wednesday, December 1, 2010

Liverpool ke Romania.........

Malam ni Liverpool akan bertemu Steaua Bucharest dalam pertemuan peringkat Kumpulan K, Liga Europa. Kemenangan pastinya menjamin tempat The Reds ke peringkat seterusnya. Liverpool terbang ke Romania tanpa beberapa tonggak utama seperti Gerrard & Carrangher yang cedera serta Torres, Meireiles, Kuyt yang direhatkan. Namun, Joe Cole yang telah pulih dari kecederaan dijangka akan membuat penampilan semula dalam perlawanan tersebut.

Liverpool squad yang ke Romania: Pepe Reina, Brad Jones, Martin Hansen, Fabio Aurelio, Joe Cole, Milan Jovanovic, Sotirios Kyrgiakos, Ryan Babel, Lucas, Danny Wilson, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Martin Skrtel, Daniel Pacheco, David Ngog, Martin Kelly, Nathan Eccleston, John Flanagan, Jack Robinson.

Malaysia kena belasah 1-5

Seperti yang telah dijangka, Malaysia kecundang dalam perlawanan pembukaan menentang tuan rumah, Indonesia. Namun yang lebih memalukan ialah Malaysia dibelasah 1-5 walaupun babak awal perlawanan melihatkan ada sedikit cabaran daripada Malaysia yang membuka jaringan melalui Nor Shahrul Idlan Thalaha.

Perlawanan seterusnya menentang Thailand yang sekadar seri 2-2 dengan Laos semalam. Buat penyokong Malaysia, sampai bila kita akan terus menyokong kualiti bolasepak sebegini? Duit pun dah banyak dilaburkan dalam sukan ni tapi hasilnya?? Anda sendiri fikirkan...............

Tuesday, November 30, 2010

Malaysia vs Indonesia: Live this afternoon!!!

Malaysia akan memulakan kempen Piala Suzuki AFF 2010 menentang pasukan tuan rumah Indonesia hari ini. Secara keseluruhan, Malaysia hadir selaku pasukan yang tiada sasaran yang tinggi. Lebih mengharapkan kejutan sahaja atau keajaiban saja berlaku. So kepada peminat bolasepak tempatan, jangan lupa menontong perlawanan tersebut secara live di salah satu saluran sukan ASTRO pukul 6 petang ini. Enjoy ur games........

Kalah kepada West Ham, bakal pulak bertemu Liverpool



Dua gol daripada bekas pemainnya, Jonathan Spector serta 2 gol daripada Charlton Cole memberikan kekalahan pertama Man United musim ini. Mereka ditumpaskan dengan jaringan 0-4 dalam perlawanan Piala Liga awal pagi tadi di tangan pasukan tercorot liga liga, West Ham United. Walaupun menjadi perkara biasa apabila team2 utama dalam Liga Perdana menurunkan pemain2 simpanan apabila bersaing kejuaraan Piala Liga yang dianggap less prestige.

Dalam Piala FA, pertarungan bolasepak tertua bolasepak Inggeris, Man United telah diundi untuk bertemu musuh tradisi di pusingan 3 iaitu Liverpool 8 Januari akan datang.

Friday, November 26, 2010

Gara-gara membuat 'love bite' terhadap pemain lawan....



Gara-gara menggigit di bahu pemain lawan, kapten Ajax, Luis Suarez dikenakan pergantungan oleh kelabnya sebanyak 2 perlawanan. Beliau yang juga pemain antarabangsa Uruguay juga berdepan dihukum pergantungan oleh Liga Belanda sebanyak 7 perlawanan. Dalam perlawanan menentang PSV Eindhoven tersebut, beliau telah dilihat menggigit pemain lawan iaitu, Otman Bakkal.

Thursday, November 25, 2010

Aaron Ramsey dipinjam ke Forest



Arsene Wenger mengambil keputusan meminjamkan bakat muda dalam pembikinannya, Aaron Ramsey kepada Nottingham Forest. Pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan patah kaki itu dipinjamkan segera untuk mendapatkan semula kecergasan permainan sebelum kembali beraksi dengan The Gunner. Forest akan meminjamkan beliau sehingga 3 Januari akan datang.

Monday, November 22, 2010

Siapa paling awal akan dipecat???




Dengan hanya 1 kemenangan daripada 14 perlawanan, Avram Grant dilihat sebagai calon pengurus paling hampir akan disingkirkan dalam Liga Perdana Inggeris. Berbekalkan 3 lagi perlawanan sebagai talian hayat untuk membuktikannya masih mampu membimbing West Ham United, nasib Grant seperti telur di hujung tanduk.

Di Serie A Itali, nasib yang sama mungkin sedang menanti Rafa Benitez yang membimbing Inter ketika ini. Dengan keputusan 2 seri serta 2 kekalahan dalam 4 perlawanan terakhir pasti membuatkan pemilik Inter, Massimo Moratti sedang menrancang untuk mencari pengganti Benitez. Mungkin keputusan pertemuan Inter dengan FC Twente dalam Liga Juara-Juara pertengahan minggu ini akan menjadi penentuan nasib Benitez di Milan.

Thursday, November 18, 2010

Robert Pires kembali ke Liga Perdana!!



Bekas pemain tengah Perancis & Arsenal, Robert Pires akan kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris untuk Aston Villa. Pemain berusia 37 tahun itu dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk beraksi dengan Villa hingga hujung musim 2010/11. Menurut pengurus Villa, Gerard Houlier, beliau berminat menggunakan khidmat Pires dalam usaha mencurah pengalaman luas Pires kepada pemain2 muda.

Pires yang dilepaskan oleh Villareal hujung musim lalu, sebelum ini berlatih bersama Arsenal untuk mengekalkan kecerdasan beliau.

Malaysia jatuh lagi satu kedudukan....

Berdasarkan ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan pada 17 November lalu, Malaysia turun lagi 1 anak tangga daripada kedudukan ke-149 ke tangga 150 keseluruhan. Kedudukan Malaysia lebih rendah daripada pasukan2 negara yg jarang kita lihat mereka beraksi seperti Chad, Fiji, Guineu-Bissau.......

Monday, November 15, 2010

Ibrahim Afellay ready to join Barcelona



Barcelona & PSV akhirnya mencapai persetujuan untuk perpindahan pemain tengah Belanda & PSV, Ibrahim Afellay untuk musim perpindahan Januari akan datang. Pemain tengah berbakat tersebut sebelum ini tidak mahu menyambung kontraknya dengan PSV yang akan berakhir hujung musim ini. Namun perpindahan tersebut bergantung pada perbincangan kontrak antara Barcelona dengan pemain tersebut.

Sunday, November 7, 2010

Chelsea kecundang 0-2 di Anfield..........



Liverpool meneruskan kemenangan ke-3 berturut-turut dalam Liga Perdana apabila menumpaskan pendahulu liga yang juga juara bertahan, Chelsea 2-0. The Reds yang menanti kunjungan The Blues dengan semangat tinggi selepas membenam Napoli pada pertengahan minggu dalam Liga Europa membuka jaringan melalui Fernando Torres pada minit ke-11 sebelum Torres menggandakan jaringan pada penghujung babak pertama.

Chelsea cuba bangkit di babak ke-2 melalui beberapa percubaan menarik & berbahaya namun ketangkasan Pepe Reina serta kehebatan pemain pertahanan terutama tonggak veteran, Jamie Carragher berjaya menghalang jaringan dari pemain2 Chelsea.

Keseluruhan pemain tampak Liverpool masih perlu memperbaiki kelemahan terutama di bahagian kiri & kanan pertahanan jika mahu menguatkan cabaran musim ini. Penampilan pemain muda seperti Martin Kelly wajar bagi menampung kekurangan pilihan pemain di bahagian pertahanan sementara menanti musim perpindahan Januari depan.

Chelsea yg tersentak dengan kekalahan tersebut dilihat masih ternanti2 penampilan semula tonggak tengahnya, Frank Lampard. Ketiadaan Micheal Essien juga membuka banyak ruang kepada Gerrard & Co. menguasai tengah padang. Anyway, thumb up to Liverpool....

* Dalam perlawanan lain, Arsenal dikejutkan pelawat, Newcastle United 0-1 melalui jaringan Andy Carroll. Manakala Man City menumpaskan West Brom 2-0 melalui 2 jaringan penyerang kontroversi, Mario Balotelli yang kemudian dilayangkan kad merah....

Wednesday, November 3, 2010

Damien Comolli, Pengarah Bolasepak baru Liverpool



Liverpool melantik Damien Comolli sebagai Pengarah Bolasepak mereka yg baru dalam proses penstrukturan semula kelab di bawah pemilik baru NESV. Comolli sebelum ini menjawat jawatan yang sama di Hotspur sebelum dipecat bersama pengurus Juande Ramos ketika prestasi buruk kelab itu tahun 2008. Beliau juga bertanggungjawab membawa masuk khidmat sensasi baru Spur, Gareth Bale. Selepas dipecat, beliau berkhidmat bersama Saint-Etienne di Perancis.

Tuesday, November 2, 2010

Inter crash at White Hart Lane..........



Juara musim lalu, Inter Milan kecundang 1-3 di tangan Tottenham Hotspur dalam perlawanan peringkat Kumpulan A Liga Juara-Juara di White Hart Lane awal pagi tadi. Kemenangan Spur tersebut membalas kekalahan mereka di Milan 2 minggu lalu. Gareth Bale sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila membuat 2 hantaran silang yang disudahkan oleh Peter Crouch & Roman Pavlyuchenko. Manakala 1 lagi gol dijaringkan oleh perancang Belanda, Rafael Van der Vaart. Gol Inter disumbangkan oleh Samuel Eto'o.

Dalam kumpulan C, Man U melayakkan diri ke peringkat kalah mati apabila menumpaskan pasukan dari Turki, Bursaspor dengan jaringan 3-0.

Thursday, October 28, 2010

Sneijder kekal di Inter sehingga 2015



Manchester United mungkin terpaksa berbelanja lebih besar jika ingin mendapatkan pemain tengah Belanda & Inter, Wesley Sneijder selepas pemain itu menandatangani kontrak sambungan dengan Inter sehingga 2015. Pemain yang begitu menyerlah ketika World Cup 2010 Afrika Selatan pernah dikaitkan bukan sahaja dengan Man U tetapi juga diramalkan akan dipancing oleh Real Madrid untuk menuruti jejak bekas bosnya di Inter iaitu Jose Mourinho.

Wednesday, October 27, 2010

Piala Malaysia 2010: Siapa Bakal Juara?


Menjelang pertemuan akhir Piala Malaysia 2010 Sabtu ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kedua-dua pasukan pasti telah bersiap sedia merencanakan kejayaan masing-masing. Pertemuan 2 tahun berturut2 kedua pasukan di pentas final pasti menjanjikan sesuatu yang lebih hebat berbanding tahun lepas apabila Kelantan tergamam diratah Negri Sembilan. Tahun ini pasti ada dendam yang mahu dilangsaikan.

Bagi penyokong kedua-dua pasukan juga pasti ada sembang-sembang dan perkiraan yang mahukan pasukan pilihan mereka menang. Siapa pun menang diharap kedua-dua pasukan & penyokong dapat mengawal emosi agar tiada perkara buruk berlaku malam minggu ini.

* Pasukan mana yang anda rasa akan menang?







Monday, October 25, 2010

B.Sathianathan akan kendalikan Kelantan di final Piala Malaysia 2010!!!

Menjelang pertemuan final Piala Malaysia 2010 sabtu ini, pasukan Kelantan mendapat suntikan semangat apabila jurulatihnya, B.Sathianathan diberi pengecualian atas penggantungan beliau selama 6 bulan atas sebarang aktiviti bolasepak yang dikendalikan FAM untuk mengemudikan pasukan Red Warriors di pentas final. Pergantungan beliau disebabkan kritikan terhadap badan induk bolasepak Malaysia berhubung pengendalian perlawanan Liga Super membabitkan Perlis dan Terengganu. Diharap pengecualian sementara ini akan membantu pasukan Kelantan bersiap menghadapi Negri Sembilan sabtu ini.

* Apa yang tidak sedap didengar ialah FAM telah mengumumkan kenaikan harga tiket untuk perlawanan akhir itu..........





Saturday, October 23, 2010

Tiger Futbol Starz Back!!

Pencarian bakat 21 pemain muda berusia antara 10-15 tahun oleh Kraft Tiger Biscuit telah bermula. 3 pemain terbaik akan dipilih akan dianugerahkan biasiswa untuk mengikuti Kem Bolasepak di United Kingdom!!

Kepada yang mempunyai anak-anak yang berbakat bolehlah menyertainya......Sesi pemilihan sudah bermula sekarang!!! Untuk maklumat lanjut, sila lawati website berikut:

www.tigerbiscuits.com.my

English Premier League Result: 23/10/10

Tottenham-1
Everton-1

West Brom-2
Fulham-1

Birmingham-2
Blackpool-0

Wigan-1
Bolton-1

Chelsea-2
Wolve-0

Sunderland-1
Villa-0

West Ham-1
Newcastle-2

Final Piala Malaysia 2010: Kelantan & Negri Sembilan sekali lagi berentap!!!

Kelantan & Negri Sembilan sekali lagi mengulangi final tahun lalu apabila menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Kelantan mengecewakan Kedah di Kota Bharu dengan agregat 1-0 melalui jaringan tunggal Norshahrul Idlan Talahah. Manakala Negri Sembilan menewaskan Johor FC dengan agregat 2-1 setelah menang 2-0 di Pasir Gudang.

Friday, October 22, 2010

Pasukan mana bakal ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2010?

Kedah, Kelantan, Negri Sembilan & Johor FC akan membuat perhitungan kedua untuk menentukan pasukan yang akan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Kelantan yang masih terikat agregat 0-0 dengan Kedah akan melayan kunjungan Sang Kenari di Kota Bharu. Manakala, Johor FC yang berkelebihan 1-0 akan menanti kunjungan Negri Sembilan di Johor Baru. Keseluruhannya, masing-masing berpeluang untuk melangkah ke akhir namun strategi akan menentukan keseluruhan permainan. Apakah Johor FC akan menjadi pasukan pertama bertaraf kelab sampai ke perlawanan Piala Malaysia...nantikan...........

Rooney made suprise move: Signed 5 years deal!!!

Ketika semua orang membuat spekulasi perpindahannya serta pertikaiannya dengan Sir Alex Fergusan, Rooney membuat kejutan besar apabila menandatangani perjanjian baru selama 5 tahun dengan Manchester United hari ini.

* TP merasakan perkembangan ini memberi kelegaan yg besar kepada team United dan seluruh penyokong2 mereka!!!

Gheorghe Hagi kembali!!


Kelab Turki, Galatasaray hari ini melantik semula bekas pemian & pengurusnya, Gheorghe Hagi sebagai pengurus buat kali ke-2. Perlantikan beliau menggantikan Frank Rijkaard yang melepaskan jawatan sebelum ini. Bekas penyerang Romania yg mendapat jolokan 'Maradona of the Carpathians' pernah beraksi bersama Real Madrid & Barcelona sebelum menamatkan kariernya sebagai pemain di Galatasaray.



Thursday, October 21, 2010

Focus Player: Gareth Bale

Pemain tumpuan untuk pertengahan minggu ini ialah pemain sayap Tottenham Hotspur, Gareth Bale. Beliau menjaringkan hatrik ketika Spur kecundang 3-4 di tangan Inter pada pertemuan kumpulan A, Liga Juara-Juara. Walaupun ketinggalan 0-4 di separuh pertama, Spur bangkit memberi cabaran dengan sensasi Bale menjaringkan 3 gol.

Pemain antarabangsa Wales ini memulakan kariernya di Southampton selama 2 musim sebelum berpindah ke Spur pada Mei 2007 dengan yuran perpindahan sekitar 5 juta pound. Musim 2010/2011, beliau telah menjaringkan 2 gol untuk Spur & sering memberi ancaman kepada lawan melalui gerakan pantas dari sebelah kiri. Pemain berusia 21 tahun ini kini dintai oleh beberapa kelab ternama seperti Inter. Namun, mungkin agak sukar untuk pengurus, Harry Redknapp untuk melepaskannya.

Rooney Out! Suarez Check In?

Pertemuan antara wakil Wayne Rooney dengan pegawai Manchester United semalam tidak memberi sebarang kata putus berhubung masa depan Rooney di Old Trafford. Ia menguatkan spekulasi yang penyerang England itu bakal meninggalkan Old Trafford dalam musim perpindahan Januari ini.

Media ketika ini mengaitkan penyerang Ajax & Uruguay yang menyerlah ketika World Cup 2010 yang lalu iaitu Luiz Suarez sebagai pengganti mengisi kekosongan jika Rooney meninggalkan Man United.

* TP merasakan para pegawai di Manchester ketika ini sedang bekerja keras untuk mengelakkan Rooney meninggalkan United.

Liverpool: Rijkaard in line up to replace Hodgson?

Selepas Christian Purslow, Pengarah Urusan Liverpool meletakkan jawatan kelmarin, terdapat ura-ura pengurus Roy Hodgson juga akan menuruti jejak beliau meninggalkan Anfield selepas pengambilalihan oleh New England Sports Ventures (NESV).

NESV dikatakan sedang berunding untuk perletakan jawatan Hodgson serta dalam spekulasi untuk membawa bekas pengurus Barcelona & Galatasaray, Frank Riijkaard sebagai pengganti.

* Siapa pun pengurus The Reds, bebanan & tekanan amat berat untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool..............

Torres bakal menggantikan Rooney di Old Trafford??

Jika Wayne Rooney meninggalkan Old Trafford, Manchester United berkemungkinan akan mendapatkan khidmat Fernando Torres sebagai ganti. Ini adalah kebimbangan yang disuarakan oleh pengurus Liverpool, Roy Hodgson ekeoran perkembangan terkini di Old Trafford. Namun, beliau menegaskan akan melakukan segala mungkin untuk mengelakkan bintang Sepanyol itu meninggalkan Anfield.

Perkembangan terkini di Manchester, Sir Alex Ferguson menolak dakwaan Rooney yang menyatakan Man U tiada hala tuju yang jelas ketika ini. Semua ini pasti menghangatkan lagi 'perang' antara kedua-dua idola United itu.

* Penyokong-penyokong kuat Red Devil's pasti terasa resah ketika ini!!!

Wednesday, October 20, 2010

2 entries in Featured Post at same time!!


Secara kebetulan tengahari tadi, 2 entry dari Tendangan Penalti (TP) menghuni Featured Post untuk tempoh sekejap saja sebelum diatasi oleh entry-entry yang lain. Ini merupakan kali ke-2 post TP menghuni tangga Featured Post selepas Jumaat lalu melakukan aksi yang sama!!!

Keputusan Separuh Akhir I Piala Malaysia

Di Stadium Darulaman, Kedah terikat 0-0 dengan Kelantan. Secara keseluruhan perlawanan tidak begitu menarik dengan kedua-dua pasukan nampak lebih berhati-hati. Dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan 3 pemain terpaksa diusung keluar kerana kecederaan. Keputusan ini memberi kelebihan kepada Kelantan untuk menanti kunjungan Kedah di Kota Bharu Sabtu ini.

Manakala, Johor FC mengambil kesempatan untuk mendahului juara bertahan, Negri Sembilan dengan kelebihan agregat 1-0 di tempat lawan sebelum kedua-duanya bertemu lagi di Johor Baru. Walaupun begitu, terlalu sukar untuk menutup peluang Negri Sembilan ke final kerana Wan Jamak Hassan pasti ada perancangan di Johor Baru nanti.

Ranking Bolasepak Malaysia Jatuh Lagi!!

Senarai ranking bolasepak terkini yang dikeluarkan hari ini (20/10/10) menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh 5 anak tangga daripada 144 ke 149. Kedudukan ini meletakkan Malaysia lebih ceroi daripada Maldives di kedudukan 148 yang semua tahu program pembangunan serta kemajuan bolasepaknya memang terkebelakang berbanding Malaysia.

* TP pun tak faham ngan pengurusan bolasepak Malaysia. Makin banyak duit dilaburkan makin teruk prestasi...............Mungkin anda ada cadangan baik untuk memulihkan prestasi bolasepak Malaysia?

Tuesday, October 19, 2010

Perlawanan Separuh Akhir 1 Piala Malaysia 2010

Piala Malaysia 2010 sudah memasuki peringkat separuh akhir malam ini. Skuad Kenari, Kedah akan melayan kunjungan Red Warrior, Kelantan di Stadium Darulaman, Alor Setar. Aksi kedua-dua pasukan agak cemerlang pada peringkat suku akhir dengan Kedah membelasah Terengganu dengan agregat 5-2 manakala Kelantan menjinakkan Juara TM Liga Super, Selangor. Kelantan pasti bersemangat tinggi setelah didenda hampir RM60ribu ekoran kekecohan penyokong pada aksi bertemu dengan Selangor di Shah Alam.

Manakala 1 lagi aksi separuh akhir menemukan juara musim lalu, Negri Sembilan dengan Johor FC. Kepada peminat-peminat bolasepak tempatan, jangan lupa memenuhi stadium malam ini. Yang pasti jangan plak bergaduh. Nanti persatuan bola plak yg kena denda hehehe........

* TP sekadar layan bolasepak tempatan di kaca tv







Keputusan Champion League 19/10/10

Real Madrid-2 (Christiano Ronaldo, Mezut Ozil)
AC Milan-0

Arsenal-5 (Song, Nasri,Fabregas,Wilshere,Chamakh)
Shakhtar Donetsk-1 (Eduardo)

Braga-2 (Lima, Matheus)
Partizan Belgrade-0

Ajax-2 (De Zeeuw, Suarez)
Auxerre-1 (Birsa)

Marseille-1 (Diawara)
MSK Zilina-0

Spartak Moscow-0
Chelsea-2 (Zhirkov, Anelka)

Bayern-3 (Cadu-o.g, Panin-o.g, Gomez)
Cluj-2 (Cadu, Culio)

AS Roma-1 (Borriello)
Basel-3 (Frei, Inkoom, Cabral)

Chelsea turun berhasrat mendapatkan khidmat Rooney


Selepas Madrid, Chelsea plak menyuarakan hasrat berminat mendapatkan khidmat Wayne Rooney jika penyerang itu berhasrat meninggalkan Manchester United. Hasrat tersebut diluahkan oleh pengurus The Blues, Carlo Ancelotti.

Monday, October 18, 2010

Champion League Match: Madrid vs AC Milan

Pertembungan pilihan untuk Liga Juara-Juara Eropah minggu ini ialah pertembungan antara Real Madrid menentang AC Milan di Santiago Bernabeu. Pasukan bimbingan Jose Mourinho akan melayan kunjungan Zlatan Ibrahimovic & Co. untuk peringkat kumpulan G.

Selain perlawanan itu, terdapat perlawanan lain untuk jadual 19/10/2010:

AS Roma vs FC Basel

FC Bayern vs CFJ Cluj

Spartak Moscow vs Chelsea

Marseille vs MSK Zilina

Ajax vs AJ Auxerre

Arsenal vs Shartar Donetsk

Braga vs Partizan Belgrade




Sunday, October 17, 2010

50million pound + Benzema = Rooney?

Media melaporkan Real Madrid bersedia menawarkan Manchester United sebanyak 50 juta pound beserta Karim Benzema untuk mendaptkan khidmat penyerang England, Wayne Rooney.

Spekulasi tentang Rooney akan meninggalkan Man Unitedpada musim perpindahan Januari akan datang bertiup kencang setelah beliau dikatakan berbalah dengan pengurus, Sir Alex Ferguson. Dalam perlawanan Liga Perdana sabtu lalu, Rooney hanya diturunkan selepas minit ke-70 dan Man United hanya mampu seri 2-2 dengan West Brom.

Saturday, October 16, 2010

Man United sekadar seri 2-2 dengan West Brom


Walaupun Man United mendahului 2-0 di separuh pertama melalui jaringan Hernandez serta Nani. Namun kesilapan pertahanan serta kecuaian penjaga gol, Edwin Van Der Sar membawa padah kepada Red Devil's apabila West Brom mengambil kesempatan itu menyamakan kedudukan.

Latest: Rooney not in starting line up againts West Brom!!

Sir Alex Ferguson tidak menyenaraikan penyerang utamanya, Wayne Rooney dalam kesebelasan utama dalam pertemuan menentang West Bromwich Albion. Rooney hanya disenaraikan di bangku simpanan dengan Berbatov & Hernandez akan bermula selaku penyerang dalam pertemuan liga di Old Trafford itu.

Timbul persoalan sama ada Rooney direhatkan atas faktor kecergasan atau memang benar timbul pertingkahan antara beliau dengan Ferguson seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Apapun kebenarannya Real Madrid bersedia mengambil kesempatan atas krisis yang melanda Rooney.

Inter berhajat membeli Messi


Rumor & spekulasi ini bertiup kencang di media Itali apabila presiden Inter Milan, Massimo Moratti mendakwa beliau kini serius tentang prospek untuk membeli Messi, Pemain Terbaik Dunia Fifa itu daripada Barcelona.

Messi merupakan permata di Nou Camp & berkemungkinan besar sukar utk kelab Catalan itu melepaskannya. Pemain antarabangsa Argentina itu masih mempunyai kontrak sehingga 2016 & usaha untuk menebus kontraknya mungkin bernilai 250juta Pound Sterling.


Friday, October 15, 2010

Liverpool FC sold to NESV!!

New England Sports Ventures (NEVS) yang berpengkalan di Amerika Syarikat hari ini mengumumkan mereka berjaya membeli Liverpool FC. Dengan transaksi bernilai 300juta Pound Sterling serta penyelesaian sebahagian besar hutang oleh pemilik sebelum ini serta merendahkan tanggungan hutang tahunan ke paras antara 2-3juta sahaja.

Kehadiran pemilik baru pasti memberi harapan besar kepada seluruh penyokong The Red's. Namun adakah harapan itu akan menjadi realiti dalam cabaran & masa depan kelab Inggeris itu akan terus menjadi persoalan. Pasti NESV tidak mahu pisang berbuah 2 kali seperti nasib yang dialami oleh Tom Hicks & George Gillet.

Suku Akhir Piala Malaysia Kelantan vs Selangor: Pasukan mana pilihan anda?



Perlawanan tunggal dan tumpuan suku akhir ke-2 Piala Malaysia malam ini akan menemukan pasukan Kelantan menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV setelah kedua-dua pasukan seri 0-0 di Shah Alam. Kekecohan serta ketegangan kedua-dua pasukan di atas padang serta di kalangan penyokong pasti akan berterusan malam ini.


Kedua-dua pasukan kehilangan seorang tunggak dengan Kelantan kehilangan penyerangnya, Norshahrul Idlan Talaha serta Selangor dengan P.Gunalan yang masing-masing digantung perlawanan ekoran kad merah dalam pertemuan suku akhir pertama. Mungkin agak sukar meramalkan pasukan mana yang akan mara berikutan kedua-duanya membuat kekuatan yang seimbang.


Thursday, October 14, 2010

Rooney bakal meninggalkan Man United?

Berita pertikaian pemilikan & penjualan Liverpool di mahkamah ketika ini hangat di Britain. Namun ia tidak menutup berita panas yang menyelubungi Manchester United ketika ini. Media melaporkan spekulasi Wayne Rooney akan meninggalkan Red Devil's selepas wujud pertikaian antara beliau dengan pengurus, Sir Alex Ferguson.

Rooney dilaporkan menyangkal dakwaan pengurus Man U itu yang mendakwa beliau masih mangalami kecederaan. Di samping itu, Rooney dikatakan juga menangguhkan perbincangan untuk perlanjutan kontraknya dengan kelab tersebut. Ketika ini, Real Madrid disebut sedang mengintai peluang untuk membawa Rooney beraksi di Liga Sepanyol.

Krisis pertikaian Alex Ferguson dengan bekas-bekas pemain hebat Man U memang tidak boleh disangkal. Beliau pernah bertelingkah dengan pemain seperti Paul Ince, Jaap Stam, David Beckham, Gabriel Heinze, Roy Keane dan Ruud Van Nistelrooy sehingga pemain-pemain terbabit meninggalkan Man U.

Kenapa tiada acara bolasepak dalam Commonwealth Games

Sejak Sukan Komanwel dimulakan pada 1930 di Canada, acara bolasepak memang tidak pernah dipertandingkan. Kenapa tidak ada? mungkin hanya Commanwealth Games Federation (CGF) mempunyai jawapannya.


Wednesday, October 13, 2010

Benayoun akan berehat 6 bulan

Chelsea mengesahkan pemain tengahnya, Yossi Benayoun akan terlepas peluang beraksi untuk tempoh 6 bulan ekoran kecederaan kaki yang dialaminya. Pemain tersebut yang menyertai Chelsea daripada Liverpool musim panas yang lalu sehingga kini belum lagi beraksi dalam Liga Perdana untuk Chelsea.


Penyokong Kelantan mati selepas perlawanan suku akhir Selangor-Kelantan

Seorang penyokong pasukan Kelantan mati selepas perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Shah Alam malam kelmarin. Menurut media, mangsa yang dikenali Che Karma Sulaiman, mati selepas berasak-asak keluar dari stadium ketika perlawanan tamat.

Ketika kejadian juga berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan yang terpaksa dileraikan dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Insiden tersebut juga mengakibatkan kerosakan harta-benda dan kecederaan di kalangan penyokong. Perlawanan suku akhir kedua dijangka akan berlangsung di Kota Bharu, Sabtu ini.

Hicks & Gillett kalah di pusingan pertama

Mahkamah Tinggi di London hari ini membenarkan usaha sebahagian ahli lembaga pengarah Liverpool & Royal Bank of Scotland meneruskan urusan penjualan & pengambilalihan kelab tersebut daripada pemilik bersamanya, Tom Hicks & George Gillett.

Liverpool ketika ini dikatakan sedang menimbang bidaan New England Sports Ventures yang bernilai 300 juta Pound Sterling di samping bidaan daripada jutawan Singapura, Peter Lim yang dianggarkan bernilai 320juta Pound Sterling.

Walaupun kecundang di mahkamah tinggi, Hicks & Gillets masih mempunyai peluang untuk merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.

Masa Depan Liverpool?

Mahkamah Tinggi di London dijangka akan membuat keputusan berhubung proses pemilikan & pengambilalihan kelab gergasi Inggeris, Liverpool pagi ini (waktu London). Proses perundangan ini dijangka berlanjutan jika membabit rayuan serta tuntutan gantirugi.

Kemelut yang melanda The Red's sekarang bukan sahaja mengganggu prestasi semasa pasukan yang terumbang ambing di tangga bawah Liga Perdana Inggeris malah ia meresahkan seluruh penyokong di seantero dunia yang kini dahagakan kejayaan seperti yang dikecapi di era 70 & 80-an.

Mungkin perbalahan serta pertikaian ini akan berterusan dan memerlukan lebih banyak masa untuk Liverpool kembali ke era kegemilangannya.