Wednesday, July 27, 2011

D-Day for Malaysia Football tonight!!!

Seperti D-Day untuk bolasepak Malaysia hari ini. Pertemuan kedua, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang musuh berjiran, Singapore. Selepas sekian lama, bolasepak Malaysia tidak diberi tumpuan yg sebegini hebat. 90,000 tiket sudah habis dijual & ramai lagi yg kecewa kerana gagal untuk masuk ke Stadium Nasional malam ini.

Singapore hadir dengan kelebihan 2 gol selepas menang 5-3 di tempat sendiri Sabtu lalu. Namun, Malaysia akan melayan kunjungan Singapore malam dengan kelebihan sokongan lebih 80,000 penyokong tempatan. Persoalannya mampukah kelebihan ini memberi impak kepada skuad kebangsaan untuk mengatasi 2 gol tersebut?

Untuk perlawanan mlm ini, Malaysia akan kehilangan ketua pasukan, Shafiq Rahim yg digantung ekoran kad merah yang diterima minggu lalu. Malaysia berkemungkinan akan menurunkan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat & Aidil Zafuan yg kembali selepas dilanda kecederaan.

Dalam usaha mencari 2 gol atau lepas, barisan Harimau Malaya perlu mengekang gerakan daripada tonggak Singapore seperti Alexandre Duric & Qiu Li yang banyak menyusahkan skuad kita pada pertemuan Sabtu lalu. Singapore bakal mendapatkan semula khidmat penjaga gol veteran mereka, Lionel Lewis yg tidak diturun minggu lalu.

Untuk rekod, sejak penyertaan Malaysia di peringkat kelayakan Piala Dunia sejak 1974, kita tidak pernah layak ke pusingan kedua atau lebih tepat layak ke peringkat saingan kumpulan. Selepas skuad Olimpik layak ke pusingan kumpulan maka harapan yg tinggi juga dipertaruhkan untuk skuad senior juga layak ke pusingan seterusnya!!!

Tuesday, July 26, 2011

Argentina pecat Sergio Batista



Argentina memilih untuk memecat jurulatihnya, Sergio Batista ekoran prestasi buruk di Copa Amerika. Argentina yang tersekat di suku akhir walaupun pada awalnya diletakkan sebagai pilihan untuk muncul juara.

Thursday, July 21, 2011

Malaysia tewas tipis di tangan Chelsea

Jaringan kontroversi melalui Didier Drogba berjaya mengelakkan aib Chelsea daripada diikat oleh Pilihan Malaysia malam ini. Selepas skuad utama kebangsaan dibelasah 0-4 oleh Arsenal & 3-6 oleh Liverpool, barisan pilihan Ong kim Swee yang rata-rata dibarisi pemain-pemain senior dalm Liga Malaysia berjaya mengimbangi prestasi pemain2 bintang Chelsea. Skuad negara tampak lebih mencabar melalui kemasukan beberapa pemain muda skuad Olimpik yang berjaya membuat beberapa larian mengatasi pertahanan The Blues.

Walaupun tumpas tipis tapi mungkin ada sesuatu yang boleh dibanggakan oleh penyokong2 skuad kebangsaan malam ini!!!

Tuesday, July 19, 2011

2 gol penyerang Liverpool membantu Uruguay ke final Copa Amerika



2 gol daripada penyerang Liverpool, Luis Suarez membantu Uruguay melayakkan diri ke final Copa Amerika setelah menundukkan Peru di separuh akhir pagi tadi. Menanti Uruguay di final nanti ialah pemenang antara Paraguay dan Venezuela yang akan beraksi pagi esok.

Wednesday, July 13, 2011

Downing menuju ke Anfield???



Aston Villa dilaporkan telah menerima bidaan Liverpool bernilai 20juta pound ke atas Stewart Downing. Kelab London itu juga dilaporkan telah membenarkan Liverpool mengadakan rundingan untuk membincangkan kontrak pemain itu.

Monday, July 11, 2011

Copa America 2011: Argentina menang & layak ke suku ahkir

Tuan rumah Copa 2011, Argentina akhirnya mencatat kemenangan sulung ke atas Costa Rica. Kemenangan 3-0 itu melayakkan Argentina ke suku akhir mengiringi juara kumpulan A, Colombia. Manakala Costa Rica akan menanti sama ada layak sebagai 2 pasukan terbaik di tangga ke-3 kumpulan. Gol-gol Argentina dijaringkan Sergio Aguerro (2) dan Angel Di Maria.

Corinthians lancar bidaan terhadap Tevez

Kelab Brazil, Corinthian dilaporkan telah melancarkan bidaan bernilai 37juta pound terhadap pemain Man City, Carlos Tevez selepas pemain itu menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Eastland baru-baru ni. Tevez sebelum ini pernah beraksi untuk kelab Brazil itu antara 2004-06 sebelum berpindah ke West Ham.

Sunday, July 10, 2011

Brazil kecundang!!!



Ketika skuad Brazil terumbang-ambing mengharungi cabaran Copa Amerika di Argentina, skuad wanita & skuad bawah 17 juga kecundang dalam pemburuan masing-masing. Skuad bawah umur 17 tahun Brazil yang bersaing dalam Kejohanan Piala Duania Bawah 17 kecundang 0-3 Khamis lepas di tangan Uruguay pada peringkat separuh akhir. Sekejap tadi mereka tumpas pula 3-4 di tangan Jerman pada penentuan tempat ke-3.

Manakala skuad wanita Brazil yang menghadapi cabaran USA pada peringkat suku akhir Piala Dunia Wanita gagal memanfaatkan peluang beraksi menentang 10 pemain US apabila kecundang pada penentuan sepakan penalti 5-3 selepas terikat 2-2 selesai masa tambahan.

Mungkin peluang sekarang bergantung pada skuad yang masih beraksi pada Copa. Mereka sekadar seri pada 2 pertemuan dengan Venezuela & Paraguay dan pertemuan terakhir kumpulan mereka akan menentang Equador pada Khamis ini.

Thursday, July 7, 2011

Liverpool dapat khidmat kapten Blackpool

Liverpool akhirnya berjaya mendapatkan pemain tengah Scotland & Blackpool, Charlie Adam dengan harga perpindahan sekitar 7juta pound. Pemain tengah yang mempunyai keupayaan menjaringkan gol dari sepakan percuma itu menjadi pemain kedua yang dibeli Liverpool pada musim panas ini selepas Jordan Henderson.

Liverpool juga dijangka akan mendapatkan penjaga gol Roma, Alexander Doni sebagai back up kepada penjaga gol utama, Pepe Reina untuk musim depan. selain itu, The Reds juga giat memburu pemain tengah Aston Villa, Stewart Downing bagi mengukuhkan cabaran untuk musim depan.

Malaysia diundi bersama Jepun untuk pusingan akhir kelayakan Olimpik

Undian hari ini menyaksikan Malaysia diundi bersama Jepun, Syria & Bahrain dalam Kumpulan C untuk pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012 di Britain nanti. Secara teknikalnya, skuad olimpik negara berdepan laluan sukar untuk menghadapi cabaran Jepun selaku pemenang di Sukan Asia yang lalu & terpaksa bermain 2 perlawanan di Asia Barat.

Tuesday, July 5, 2011

Undian Peringkat Kumpulan Kelayakan Sukan Olimpik Zon Asia

Malaysia akan melalui undian peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia hari ini. 12 pasukan akan dibahagi kepada 4 balang untuk dipilih ke dalam 3 kumpulan. Kedudukan pasukan berdasarkan balang adalah seperti berikut:

Balang 1:
Korea Selatan
Australia
Jepun

Balang 2:
Iraq
Bahrain
Qatar

Balang 3:
Arab Saudi
Syria
Uzbezkistan

Balang 4:
Oman UAE
Malaysia

Laluan Malaysia pasti berliku-liku untuk berdepan sama ada Jepun, Australia atau Korea. Namun ia mungkin cabaran kepada Malaysia untuk meningkatkan kualiti permainan & sekurang-kurangnya berpengalaman berhadapan pasuakan terbaik Asia.

Gerrard pasti tak datang ke Malaysia...Fabregas juga mungkin tak datang juga!!

Liverpool mengesahkan kapten mereka, Steven Gerrard tidak akan menyertai skuad The Reds untuk siri Jelajah Asia minggu depan. Ini utk memberi ruang kepada beliau untuk cergas sepenuhnya bagi cabaran musim depan.

So, takdela kelibat Gerrard utk pertemuan dengan skuad negara nanti. Ada laporan juga menyatakan kapten Arsenal, Cesc Fabregass juga enggan menyertai tour kelab itu ke Asia ekoran keengganan kelab itu melepaskan beliau ke Barcelona....

Fabio Coentrao hampir pasti milik Real Madrid!!!

Real Madrid hari ni mengumumkan bidaan mereka berjumlah lebih $27 juta pound untuk pemain pertahanan Benfica & Portugal, Fabio Coentrao telah diterima. Pemain itu dijangka akan menjadi pemain ke-5 (tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan) yang dibeli oleh Mourinho utk menghadapi musim depan. Selain Madrid, Chelsea juga pernah menyuarakan hasrat mereka terhadap pemain berusia 23 tahun itu.

Monday, July 4, 2011