Sunday, February 26, 2012

Sepupu Gerard miss penalti...Liverpool angkat Carling Cup!!!



Liverpool menepati ramalan walaupun menempuh laluan beranjau menentang Cardiff City pada perlawanan akhir Piala Liga Carling awal pagi tadi. Peminat The Reds menjangkakan pasukan Merseyside itu akan menang mudah menentang pasukan Cardiff. Namun Liverpool ketinggalan awal 0-1. Perlawanan 90 minit berkesudahan 1-1 sebelum terikat 2-2 di masa tambahan.

Penentuan penalti memang mendebarkan apabila Steven Gerard & Charlie Adam gagal menyempurnakan 2 sepakan awal Liverpool. Namun, pemain-pemain Cardiff juga gagal mengambil peluang terhidang tersebut. Sepakan penalti terakhir oleh sepupu Gerard tersasar, sekaligus memberikan trofi pertama untuk Liverpool musim ini & yang tertama juga sejak 6 tahun.

Sasaran seterusnya ialah Piala FA Inggeris setelah cabaran Liga sudah boleh dilupakan. Liverpool akan bersaing dengan Stoke City di pusingan ke-6.

Monday, February 20, 2012

AVB bakal ditunjukkan jalan keluar dari Stamford Bridge???



Spekulasi kencang bertiup tentang nasib pengurus Chelsea, Andres Villas Boas (AVB) di tangan pemilik, Roman Abramovich. Ramai menjangkakan AVB akan ditunjukkan jalan keluar dari Stamford Bridge jika The Blues gagal dalam misi menentang Napoli awal pagi esok.

Sudah kedengaran nama2 besar yang dalam senarai Abramovich jika AVB disingkirkan. Antaranya, bekas jurulatih England, Fabio Capello & jurulatih Atletico Bilbao, Marcelo Bielsa..

Monday, February 13, 2012

Champion League: Barca ke Germany...



Kalah 2-3 di tangan Osasuna & ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu La Liga, Real Madrid. Barcelona kembali ke saingan Liga Juara-Juara pada pusingan kalah mati menentang Bayer Leverkusen di Bay Arena.

Di atas kertas, peluang Barca untuk melepasi halangan ini memang tidak sukar. Namun, nasib mereka ketika berhadapan Osasuna memang tidak tidak boleh dipandang remeh terutama akan beraksi dalam suhu sejuk nanti.

Sunday, February 12, 2012

Zambia won African Nation Cup..

Zambia muncul pertama kalinya menjuarai African Nation Cup @ Kejuaraan Negara-Negara Afrika 2012 apabila menewaskan pasukan pilihan, Ivory Coast melalui tendangan penalti 8-7. Ivory Coast hampir muncul pemenang apabila dihadiahkan sepakan penalti di separuh kedua tetapi Didier Drogba gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Saturday, February 11, 2012

Redknapp to be England manager?? Klinsmann heading to White Hart Lane???



Bekas pemain & pengurus kebangsaan Germany, Jurgen Klinsmann disebut-sebut antara calon utama untuk menggantikan Harry Redknapp di Hotspur jika pengurus itu dilantik ke jawatan jurulatih England.

Redknapp berkemungkinan besar akan dilantik oleh FA England ke jawatan yg ditinggalkan oleh Fabio Capello untuk membimbing England mengharungi EURO 2012 Jun nanti.

Namun, menjadi persoalan ialah adakah Klinsmann yang pernah menjadi idola di White Hart Lane akan melepaskan jawatan jurulatih kebangsaan US yang baru disandangnya Julai lalu?

Selain Klinsmann, nama besar lain yg disebut2 untuk membimbing Spur ialah bekas jurulatih Turki, Guss Hiddink.

Friday, February 10, 2012

Suarez will shut up Man Utd fan???



Sekali lagi pertembungan tradisi Man Utd dan Liverpool menjadi tumpuan hari ini selepas dua minggu lalu, Man Utd tumpas 1-2 di Anfield dalam pusingan ke-4 Piala FA. Kembalinya Luis Suarez dalam skuad Liverpool yang akan berkunjung ke Old Trafford bukan sahaja menghangatkan pertembungan 2 seteru utama itu tetapi juga pertikaian peribadi antara penyerang Uruguay tersebut dengan pertahanan Man Utd, Patrice Evra yg membawa pergantungan 8 perlawanan ekoran kata2 berbaur perkauman.

Penyokong kedua-dua kelab Yorkshire di Malaysia juga pasti mahukan kemenangan kelab mereka dengan Man Utd masih mengejar kejuaraan Liga di belakang pendahulu, Man City. Manakala Liverpool masih tercari2 rentak untuk meraih sekurang-kurangnya tempat ke-4 untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Kepada semua peminat, nantikan pertemuan tersebut 8.45 mlm ni!!

* My prediction 1-2 AWAY WIN

Monday, February 6, 2012

Liverpool sekadar seri dgn Spurs...Man Utd menanti...

Hasrat Liverpool untuk memburu slot ke Champion League musim depan nampak masih sukar apabila sekadar seri 0-0 dengan kelab di tangan ke-3 liga, Tottenham Hotspur di Anfield awal pagi ini.

Penyerang kontroversi yang digantung 8 perlawanan, Luis Suarez kembali membuat penampilan apabila masuk di separuh ke-2 menggantikan Dirk Kuyt.

Liverpool akan bertemu musuh tradisi mereka, Man Utd, Sabtu ini.

Sunday, February 5, 2012

Malaysia terus menghuni tangga tercorot kumpulan!!

Seperti yang dijangka dengan permainan yg tidak seberapa, skuad Olimpik Malaysia terus mencatat kekalahan ke-4 dengan kecundang 1-2 di tangan Bahrain sebentar tadi. Dengan kekalahan ini maka peluang skuad Malaysia ke Olimpik London sudah tertutup serapatnya & anak2 buah Ong Kim Swee bolehla menumpukan ke saingan Liga Singapura nanti.

Dengan hanya disaksikan lebih kurang 200 ke 300 org penonton serta dilaporkan dalam cuaca sejuk, perlawanan tersebut kelihatan tidak mencerminkan persiapan yg sepatutnya untuk tempoh 2 bulan selepas tumpas pada lawan yg sama di KL pada 23 Nov lepas.

Kepada FAM, selamat membanteras RASUAH kerana Malaysia antara pusat bookie dunia bolasepak berhimpun!!!

Wednesday, February 1, 2012

Tragedi bolasepak Mesir: sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh!!

Pergaduhan penyokong selepas perlawanan bolasepak antara kelab Al-Masry dengan Al-Ahli mencatat sejarah terburuk dalam bolasepak Mesir apabila sekurang-kurangnya 73 penyokong terbunuh dan lebih 1,000 dilaporkan cedera.

Penyokong dilaporkan memasuki padang sebaik wisel penamat ditiupkan dengan membawa kayu, bayu & botol serta bertempur sesama sendiri.