Monday, July 30, 2012

Clint Dempsey to join Liverpool???

Liverpool dijangka akan membeli pemain tengah Fulham dan US, Clint Dempsey untuk memperkuatkan pasukan menjelang musim baru 2012/13. Dempsey dilaporkan tidak menyertai pasukan untuk siri jelajah pra-musim selepas menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab London itu.

Sunday, July 8, 2012

Pemain MU ke Man City??

Ketika ini masa depan penyerang Arsenal, Robin Van Persie hanya diperkatakan. Arsenal dikatakan dalam rundingan untuk memujuk pemain itu terus kekal di Emirates selepas kontrak asal beliau akan tamat hujung musim depan. Van Persie dilihat berkemungkin ke Ehtihad sekiranya rundingan kontrak baru beliau gagal. Man City bukan saja mensasarkan Van Persie tetapi juga pemain Man Utd yang juga belum menyambung kontrak baru beliau. Pemain sayap Man United, Nani dilapor akan dipancing City jika Man Utd gagal mencapai kata sepakat dengan beliau!!

Friday, July 6, 2012

Jurulatih baru Belanda..

Kegagalan Belanda di EURO 2012 bulan lalu menyaksikan Bert Van Marwijk melepaskan jawatan jurulatih pasukan tersebut. Hari ini, Persekutuan Bolasepak Belanda melantik Louis Van Gaal semula sebagai pengganti Van Marwijk. Perlantikan bekas jurulatih Bayern Munich itu adalah kali yang kedua. Van Gaal pernah mengemudi Oranje antara 2000-2002 tetapi gagal melayakkan pasukan itu World Cup 2002.

Thursday, July 5, 2012

Jordi Alba ke Barcelona...

Pemenang EURO 2012, Jordi Alba melengkapkan perpindahan bernilai 14 juta pound ke Barcelona dengan kontrak selama 5 tahun. Untuk pengetahuan, Jordi Alba merupakan bekas pemain pemain remaja di La Masia, akademik bolasepak Barcelona sebelum dilepaskan ke pasukan simpanan Valencia. Yang nyata ramai pemain remaja di La Masia yg dilepaskan kemudian kembali ke Barcelona. Barcelona mengasah bakat mereka & kemudian terpaksa berbelanja besar pulak untuk membeli kembali!!!!