Monday, January 31, 2011

English Premier League Transfer Saga !!!



Sah Torres milik Chelsea!!!!




Hari terakhir musim perpindahan Januari Liga Inggeris memang mengejutkan apabila Liverpool melepaskan penyerang sensasinya kepada Chelsea dengan harga perpindahan sekitar 50juta pound. Sebagai pengganti, The Reds mendapatkan khidmat Luis Suarez daripada Ajax dengan nilai sekitar 22juta pound & penyerang Newcastle, Andy Carroll pada harga 35 juta pound.

Chelsea bukan sahaja berjaya memperolehi Torres tetapi berjaya juga membeli pertahanan Brazil & Benfica, David Luiz pada harga 21juta pound. Pasukan2 lain seperti Man United & Arsenal tidak membuat sebarang perubahan pada skuad mereka.

Nantikan pertemuan Liverpool & Chelsea pada Ahad ni dalam saingan Liga..........

Sunday, January 30, 2011

Suarez datang & Torres meninggalkan Anfield????

Liverpool hampir pasti akan mendapatkan khidmat penyerang Ajax, Luiz Suarez setelah pemain itu melepasi ujuan kesihatan kelmarin. Perpindahan tersebut dijangka akan termeterai arini dengan harga dijangka sekitar 22juta pound sterling. Namun yang menjadi persoalan sekarang ialah masa depan Fernando Torres yang mengemukakan permintaan perpindahan setelah Liverpool menolak tawaran Chelsea berjumlah 40juta pound.

Khabar terbaru menyatakan, Liverpool mengemukakan tawaran balas meminta nilai 50juta pound termasuk penyerang Nicholas Anelka. Chelsea sebelum itu, ada mengemukakan tawaran 40juta pound berserta penyerang mudanya, Daniel Sturridge.

Hari ini merupakan hari terakhir perpindahan Januari & kita akan melihat samada hasrat Chelsea membawa Torres ke Stamford Bridge boleh menjadi kenyataan. Sama2 kita nantikan..........

Wednesday, January 26, 2011

Kerana mulut, badan binasa: Andy Grays & Richard Keys.......



Kontroversi berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya & berbaur seks, akhirnya pengulas bolasepak terkenal Sky Sport, Andy Gray dipecat dari badan penyiaran sukan tersebut. Manakala seorang lagi penyampai sukan bolasepak di siaran itu, Richard Keys pula meletakkan jawatan berhubung kontroversi tersebut.

Bermula dengan kenyataan terhadap pembantu pengadil wanita, Sian Massey yang bertugas semasa perlawanan Wolves & Liverpool, Sabtu lalu. Hal ini berlarutan apabila Gray, antara pengulas yang mendapat bayaran tertinggi di Britain didakwa mengeluarkan komen yang berbaur seksual terhadap rakan penyampainya di siaran tersebut. Inilah dikatakan kerana mulut, badan binasa........

* Kepada peminat2 Liga Inggeris yang sentiasa menonton di ASTRO tentu kenal mereka berdua ini.....

Tuesday, January 25, 2011

Adebayor ke Real Madrid



Akhirnya Madrid menamatkan teka-teki persoalan siapa penyerang yang akan mengisi kekosongan tempat Gonzalo Higuan yang terpaksa berehat hingga hujung musim ekoran kecederaan. Madrid dan Man City mencapai persetujuan membenarkan Emmanuel Adebayor dipinjamkan ke Madrid hingga hujung musim dengan pilihan untuk perpindahan kekal.

Thursday, January 20, 2011

Suarez for Liverpool?



Pasukan lagenda Inggeris, Liverpool dikhabarkan sedang berusaha mendapatkan pemain baru untuk musim perpindahan Januari ini. Antara pemain yang kuat dikaitkan dengan The Reds ialah penyerang Ajax & Uruguay, Luis Suarez. Namun kesungguhan Liverpool mendapatkan pemain tersebut mungkin masih bergantung kepada situasi pemain sayapnya yang mahu dilepaskan, Ryan Babel. Liverpool masih berharap Babel dapat dijual atau ditukarkan & nilai tersebut dapat digunakan untuk menampung pembelian Suarez yang bernilai sekitar 18juta pound.

Monday, January 10, 2011

Messi, Pemain Terbaik Dunia FIFA 2010



Bintang Barcelona & Argentina, Lionel Messi mengenepikan 2 rakan sepasukannya & bintang Sepanyol, Xavi & Andres Iniesta untuk merangkul Pemain Terbaik Dunia FIFA 2010 @ Ballon d'Or. Pemilihan yang dibuat melalui undian jurulatih dan ketua pasukan kebangsaan termasuk penulis sukan seluruh dunia.

Sementara, jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho dinamakan Jurulatih Terbaik Dunia FIFA 2010 ekoran kejayaannya membimbing Inter Milan memenangi 3 gelaran musim lalu.Beliau mengenepikan persaingan daripada jurulatih Barca,Pep Guardiola serta jurulatih Sepanyol yang memenangi Piala Dunia, Vicente Del Bosque.

Berikut ialah senarai penuh Anugerah FIFA 2010:

FIFA Men's World Player of the Year: Lionel Messi
FIFA Women's World Player of the Year: Marta
FIFA World Coach of the Year for Men's Football: Jose Mourinho
FIFA World Coach of the Year for Women's Football: Silvia Neid
FIFA FIFPro World XI of 2010: Iker Casillas; Maicon, Gerard Pique, Lucio, Carles Puyol; Xavi, Wesley Sneijder, Andres Iniesta; Cristiano Ronaldo, David Villa, Lionel Messi
FIFA Puskas Award: Hamit Altintop
FIFA Fair Play Award: Haiti Under-17 women's team
FIFA Presidential Award: Archbishop Desmond Tutu

Monday, January 3, 2011

Sah Blackburn sedang membida Ronaldinho

Sah Blackburn telah membuat bidaan terhadap pemain AC Milan, Ronaldinho bernilai 6juta pound. Pemilik baru kelab tersebut dari India berminat untuk membawa pemain Brazil itu beraksi di Ewood Park. AC Milan yang bersedia melepaskan bekas Pemain Terbaik Dunia itu yang dilihat gagal menyerlah sejak berpindah dari Barcelona. Yang menjadi halangan besar untuk mendapatkan pemain itu mungkin dari tawaran gaji kerana Ronaldinho merupakan antara bintang yang mempunyai bayaran yang tinggi. Selain Blackburn, kelab2 dari Brazil juga berminat mendapatkan pemain tersebut

Edin Dzeko milik City?



Media di Britain melaporkan Manchester City telah mencapai persetujuan untuk membeli penyerang antarabangsa Bosnia & Wolfburg, Edin Dzeko dengan harga sekitar 27juta pound dan gaji dijangka melepasi 150,000pound seminggu. Pemain itu dijangka sampai ke Manchester hujung minggu ini. Dengan pembelian itu, City dijangka akan melepaskan beberapa pemain seperti Wayne Bridge, Emmanuel Adebayor, Roque Santa Cruz dan mungkin juga Mario Barlotelli.

Sunday, January 2, 2011

Roy Hodgson seat on the line!!!!



Liga Perdana Inggeris sudah melepasi pertengahan musim & semua pasukan berada dalam tempoh paling sibuk dengan perlawanan liga yg berlangsung pertengahan & hujung minggu. Man United terus menerajui liga diikuti pasukan lain seperti jiran setempat, Man City, Arsenal & Chelsea yang agak terumbang-ambing selepas mendahului liga pada awal musim.

Pasukan2 lain seperti Spur, Sunderland & Bolton juga mencuri perhatian untuk berapa dalam kelompok 4 terbaik. Manakala, Liverpool masih tercari-cari rentak untuk bersaing. Sejak diambil alih oleh pemilik serta pengurus baru, Liverpool masih terkial-kial untuk kembali menyertai kelompok elit Liga Perdana.

Tewas di tangan Wolves serta menang tipis dengan Bolton sabtu lalu cukup meresahkan seluruh penyokong The Reds & kehadiran di Anfield sabtu lalu merupakan rekod kehadiran penonton terendah sejak beberapa tahun yang lalu. Media2 Britain melaporkan, pemilik baru The Reds dikatakan telah hilang sabar dengan kemampuan Roy Hodgson & dijangka akan memecat pengurus itu dalam tempoh terdekat. Mungkin kunjungan ke Ewood Park Rabu ini akan menjadi khidmat terkhir Hodgson dengan Liverpool. Tunggu & lihat!!!!