Tuesday, March 29, 2011

Malaysia: Undian Kelayakan Piala Dunia 2014 & Olimpik 2012



Tumpuan hari ini ialah undian pasukan negara untuk kelayakan Piala Dunia 2014 & kelayakan Olimpik 2012. Untuk pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014, skuad kebangsaan bakal diundi menentang sama ada Afghanistan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Palestin, Timor Leste, Macau, Taiwan, Myanmar, Filipina atau Laos.

Bagi pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2014 pula, skuad bawah 22 tahun negara yang menyingkirkan Pakistan pada pusingan pertama berkemungkinan bertemu Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Utara, Syria, Lebanon atau Uzbekistan.

Kedua-dua undian bakal berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil sebelah petang ini.

Saturday, March 26, 2011

EURO 2012: England menang 2-0

England seperti diduga tiada masalah untuk mengatasi Wales dalam kelayakan Euro 2012 sebentar tadi. Anak buah Fabio Capello mencatat kemenangan 2-0 di Millenium Stadium dengan jaringan penalti Frank Lampard & Darren Bent di separuh pertama perlawanan. Perlawanan tersebut juga menyaksikan Wayne Rooney dilayangkan kad kuning & akan menyaksikan beliau terlepas perlawanan kelayakan seterusnya menentang Switzerland June nanti.

Wednesday, March 23, 2011

Pemergian Torres meredakan keresahan Liverpool....

Pengarah bolasepak Liverpool, Damien Comolli menyifatkan perpindahan Fernando Torres telah melega & menenangkan kembali semangat keseluruhan pasukan The Reds. Torres di penghujung kariernya bersama Liverpool menimbulkan keresahan rakan sepasukan, pengurusan & peminat dengan sikapnya yang sering membayangkan akan meninggalkan Anfield. Akhirnya dia dilepaskan ke Chelsea dengan harga perpindahan 50 juta pound.

Liverpool mendapatkan 2 pemain menggantikan Torres iaitu Luiz Suarez & Andy Carroll. Suarez sudah memberi impak segera kepada Liverpool & peminat menantikan Carroll plak membuktikan kemampuannya setanding harga perpindahannya.

Sementara itu, Alberto Aquilani yang dipinjamkan ke Juventus dijangka akan terus kekal di Turin dengan Juventes dijangkan akan menandatangani perjanjian kekal dengan pemain tersebut.

Liverpool juga akan meminjamkan pemain mudanya, Dani Pacheco kepada Norwich City untuk baki musim ini.

* Seorang lagi pemain Spain yang dijangka akan meninggalkan Liverpool hujung musim ini ialah Pepe Reina. Penjaga gol itu dalam beberapa laporan membayangkan dia ingin mencari kelab baru yang lebih kompetatif dalam persaingan kejuaraan.....

Monday, March 21, 2011

Douglas Costa....sasaran baru Man United



Man United dilaporkan sedang mengintai pemain Brazil berusia 21 tahun ini untuk dibawa ke Old Trafford musim depan. Douglas Costa de Souza @ Douglas Costa, pemain bawah 20 tahun Brazil yang ketika ini beraksi dengan quarter finalist Liga Juara-Juara musim ini, Shakhtar Donetsk. Pemain ini beraksi di posisi tengah menyerang & boleh beroperasi di kiri & kanan. Laporan terkini menyatakan Douglas Costa ada menyaksikan perlawanan Man United menentang Bolton di Old Trafford hujung minggu lalu.

Friday, March 18, 2011

Undian suku akhir Liga Juara-Juara: Chelsea bertemu Man United!!!

Dua pasukan Inggeris diundi bertemu sesama sendiri di suku akhir Liga Juara-Juara. Chelsea akan menentang Man United untuk mengulangi pertemuan akhir 2008 di Moscow. Satu lagi kelab inggeris, Hotspur diundi bertemu dengan Real Madrid. Jika berjaya mengatasi Spur, Madrid berkemungkinan berdepan all-Spanish semi final jika Barca mampu mengatasi Shakhtar Donetsk.

Undian Suku Akhir:
Real Madrid (Spain) v Tottenham Hotspur (England)
Chelsea (England) v Manchester United (England)
Barcelona (Spain) v Shakhtar Donetsk (Ukraine)
Inter Milan (Italy) v Schalke 04 (Germany)


Undian Separuh Akhir:
Inter/Schalke v Chelsea/Man Utd
Real Madrid/Tottenham v Barcelona/Shakhtar


Quarter-finals: April 5, 6 and 12, 13
Semi-finals: April 26, 27 and May 3, 4
Final (Wembley): May 28

Thursday, March 17, 2011

Lehmann kembali!!! Bolehkah dia membantu Arsenal???

Arsenal hari ini mengesahkan akan mendapatkan khidmat bekas penjaga golnya, Jens Lehmann untuk baki musim musim ini ekoran krisis kecederaan yang dialami oleh 3 penjaga golnya.

Lehmann, 41 tahun yang telah bersara hujung musim lalu & kini dalam proses mendapatkan lesen kejurulatihan terpaksa keluar daripada persaraan beliau untuk membantu The Gunners yg kini tinggal 2 penjaga termasuk Manuel Almunia & John Shea yang baru berusia 19 tahun untuk mengharungi baki musim ini.

Lehmann yang pernah beraksi lebih 200 perlawanan untuk Arsenal dijangka akan dinamakan dalam skuad yang akan berkunjung ke West Brom dalam perlawanan liga Sabtu ni. Arsenal kini dalam buruan terakhir trofi liga setelah gagal dalam pemburuan 3 piala termasuk Pial FA & Liga Juara-Juara.

Monday, March 14, 2011

Tsunami Jepun turun memberi kesan pada bolasepak...

Kerosakan & kemusnahan akibat gempa bumi & tsunami yang berlaku di Jepun Jumaat lepas bukan sahaja memberi impak pada ekonomi & sosial Jepun tapi turut memberi kesan pada dunia sukan termasuk bolasepak.

Liga Jepun @ J-League hari mengumumkan penangguhan semua perlawanan liga untuk bulan ini ekoran kesan buruk tsunami tersebut. Maklumat tentang penyambungan semula liga akan dimaklumkan kelak.

Saturday, March 12, 2011

Arsenal tersungkur lagi..........

Selepas tersingkir daripada buruan Liga Juara-Juara pertengahan minggu, Arsenal sekali lagi dihantui nasib malang. Pagi ini mereka dikecewakan Man Utd dalam saingan suku akhir Piala FA dengan kekalahan 0-2 di Old Trafford. Lebih menyedihkan anak buah Arsene Wenger terpaksa bermain 10 orang di penghujung permainan selepas Johan Djourou terpaksa diusung keluar ekoran kecederaan. Dengan penyingkiran ini, peluang terakhir Arsenal kini hanyalah saingan liga. Jika gagal, kemarau piala selama lebih 5 tahun akan berterusan...............

Wednesday, March 9, 2011

Lawan Malaysia seterusnya...............

Malaysia berjaya mengharungi cabaran Pakistan di pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 biarpun sekadar seri 0-0 di Lahore semalam. Namun yang menjadi persoalan pasukan mana yang akan diundi menentang Malaysia untuk pusingan ke-2 nanti.

Perlawanan pusingan ke-2 nanti akan berlangsung 19 & 23 Jun & terdapat 13 pasukan Asia lain yang sebelum ini mendapat bye akan berkemungkinan bertemu dengan Malaysia. Sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbezkistan & Vietnam.

Laluan Malaysia pastinya akan lebih sulit selepas ini..........

Tuesday, March 8, 2011

Kelayakan Olimpik, 1st Round 2nd Leg:Malaysia vs Pakistan

Pengumuman buat peminat-peminat bolasepak tanahair kerana insyaallah malam ni selain siaran berbayar, RTM 1 dijangka akan menyiarkan siaran langsung perlawanan ke-2 pusingan pertama kelayakan Olimpik antara skuad kebangsaan dengan Pakistan bermula jam 11 malam. Perlawanan timbal balik itu akan berlangsung di Lahore, Pakistan & skuad kebangsaan ke sana dengan bekalan agregat 2-0.

Persoalannya mampukah Malaysia mengatasi Pakistan di laman lawan?? Dengan kedudukan semasa, pendedahan liga, mutu bolasepak seharusnya Malaysia tidak dimalukan di Lahore malam ini..........

Arsenal gunned down at Nou Camp.......



Seperti yang dijangka Arsenal ditentang hebat oleh Barcelona pagi tadi dengan keseluruhan permainan hampir dikuasai sepenuhnya oleh pemain-pemain Barca. Akhirnya Arsenal terpaksa akur untuk menerima kekalahan 1-3 di Nou Camp. Dua jaringan wonderman Barca, Leo Messi dan Xavi cukup untuk memberi Barca kelayakan 4-3 untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Kekalahan The Gunners dibayangi layangan kad merah kontroversi ke atas Robin Van Persie di minit ke-56 selepas melempar bola setelah beliau dikesan offside oleh pengadil. Demostrasi tersebut menyebabkan pengadil melayangkan kuning ke-2 yang memaksa pemain itu meninggalkan padang.

Tersingkirnya Arsenal dari buruan Liga Juara-Juara menyaksikan peluang mereka merangkul piala musim ini tertumpu kepada pemburuan juara Liga serta Piala FA. Saingan Piala FA akan menyaksikan mereka menentang Man United hujung minggu ini. Semoga berjaya!!!

Monday, March 7, 2011

Masa depan Man United????



Selepas kekalahan 1-3 kepada Liverpool Ahad lepas, mungkin ada yg bertanya mampukah Man United untuk menjuarai Liga Inggeris musim ini? Man United mempunyai baki 9 perlawanan dengan 2 perlawanan dalam tempoh seminggu menentang Arsenal & Chelsea awal Mei nanti. Di samping itu, Man U juga bakal berhadapan kelab yg bergelut di zon penyingkiran seperti Blackpool, Blackburn & Fulham. Pasukan2 ini mampu memberi mimpi ngeri buat United.

Perlawanan Ahad lalu juga memberi persoalan tentang masa depan skuad United yang masih bergantung harap pada kuda-kuda tua. Van Der Saar bakal menggantung glovenya hujung musim ini. Giggs & Scholes juga sudah memasuki umur persaraan tapi masih kekal dalam kesebelasan utama walaupun sumbangan mereka nampak terhad.

Tonggak2 United yang lain seperti Evra, Ferdinand, Berbatov, Ji Sung, Vidic, O'Shea, Brown semua sudah memasuki usia 30-an. Selain pemain muda seperti Hernandez, Fabio & Smalling, United dilihat tiada muda baru lain yang boleh menonjol & menjadi pengganti pemain-pemain sedia ada.

Dari segi pembelian pemain juga, Alex Ferguson dilihat tidak begitu ghairah mencari pemain baru berbanding kelab seperti Man City & Chelsea. Adakah Ferguson terlalu berhati-hati dengan setiap sen yang dibelanjakan? Dari segi usaha mengenengahkan pemain pelapis juga, Man United agak kurang memberi pendedahan pemain mudanya berbanding Arsenal.

Walaupun perkara2 ini diperbincangkan namun Alex Ferguson pasti mempunyai pandangan sendiri berkenaan masa depan United...........11 kejuaraan Liga sepanjang kariernya sebagai pengurus United bagaikan bukti dia lagenda yang sukar diatasi....Kejuaraan liga musim ini penting untuk United mengatasi Liverpool dengan rekod 19 kejuaraan liga...........

Can The Gunner suprise Barca at Nou Camp??

Tumpuan pertemuan ke-2 kalah mati pusingan 16 Liga Juara-Juara pagi esok pasti terarah kepada pertembungan Arsenal dengan Barcelona. Dengan kelebihan agregat 2-1, Arsenal akan berkunjung ke Nou Camp dengan harapan sekurang-kurangnya mampu mengikat Barca di laman sendiri.

Selepas tumpas dalam final Piala Liga, Liga Juara-Juara merupakan satu lagi peluang untuk The Gunner merangkul piala. Namun berdasarkan prestasi semasa kedua-dua pasukan, rasa Barca lebih berkemampuan untuk layak ke peringkat seterusnya. Prestasi semasa Lionel Messi pasti menjadi duri dalam daging buat Arsenal.

Arsenal masih berharap kaptennya, Cecs Fabregas & Robin Van Perssie sempat cergas untuk kembali beraksi. Namun mampukah The Gunner menghalang kemaraan Leo Messi & Co. yang pasti mahu menang malam ini?

* I'm go for Barca with 2-0

Sunday, March 6, 2011

Hatrik Kuyt mengecewakan Red Devil's..........



Ledakan hatrik Dirk Kuyt yang dibantu oleh kehebatan Luiz Suarez menenggelamkan Man United di Anfield semalam. Dengan kekalahan 1-3 tersebut maka usaha United menjarakkan diri dari pasukan tempat ke-2 liga, Arsenal tidak kesampaian. Namun, United bernasib baik kerana Arsenal juga hanya mampu terikat seri 1-1 dengan Sunderland, Sabtu lalu namun mempunyai baki 1 perlawanan.

Wednesday, March 2, 2011

Barca menang lagi.......



Gol ke-28 Lionel Messi musim ini memberi kemenangan 1-0 Barcelona ke atas pasukan di tangga ke-3, Valencia awal pagi tadi. Kemenangan itu sekaligus menjarakkan Barca 10 mata di hadapan pencabar terdekat, Real Madrid.

Dengan prestasi konsisten dalam persaingan liga serta baki 12 perlawanan, tidak keterlaluan untuk menyatakan Barca terlalu sukar untuk dicabar dalam La Liga musim ini. Cuma yang menjadi perhatian ialah bagaimana Barca akan melayan kunjungan Arsenal pertengahan minggu depan untuk cabaran kalah mati Liga Juara-Juara setelah kecundang 1-2 di Emirites 2 minggu lepas.....

Tuesday, March 1, 2011

Man United berjaya mempengaruhi FA tapi gagal menawan Stamford Bridge



Man United gagal menjarakkan diri lebih jauh selaku pendahulu Liga Inggeris selepas kecundang 1-2 di tangan Chelsea pagi tadi. Bermula agak baik dengan mendahului 1-0 di separuh pertama melalui jaringan Wayne Rooney tapi The Blues bangkit di babak kedua.

Pemain baru Chelsea berharga 25juta pound, David Luiz menyamakan kedudukan sebelum Yuri Zhirkov dijatuhkan dalam petak penalti oleh pemain muda United, Chris Smalling. Frank Lampard tidak mensia-sia peluang untuk kemenangan Chelsea & naik ke tangga ke-4 liga. Perlawanan juga menyaksikan kapten Man United, Nemanja Vidic dilayangkan kad merah di penghujung masa kecederaan & akan terlepas pertemuan Yorkshire darby Ahad ini menentang Liverpool di Anfield.