Wednesday, August 31, 2011

Transfer dateline today!!!


Menjelang tarikh akhir musim perpindahan Ogos, Liverpool membuat beberapa transaksi ke atas beberapa pemain. Melepaskan David Ngog ke Bolton dengan harga sekitar 4juta pound. Membenarkan pinjaman midfielder Denmark, Christian Poulsen ke kelab Perancis, Evian Thonon hingga hujung musim.

Juga membenarkan pinjaman ke atas bekas pemain tengah England, Joe Cole ke Lille dengan harapan boleh memikat pemain sayap yg sedang diintai kebanyakan kelab, Eden Hazard. Turut dilepaskan ialah pertahanan kiri Argentina, Emiliano Insua ke Sporting Lisbon.

The Reds tidak hanya melepaskan beberapa pemain tetapi juga mendapatkan tandatangan beberapa pemain seperti Sebastian Coates, pertahanan muda Uruguay. Yang paling menarik ialah Graig Bellamy mungkin akan kembali ke Anfield...........

* Ketika Liverpool cuba mengukuhkan cabarannya musim ini, tumpuan pasti lebih terarah kepada Arsenal yg perlu menggunakan hari terakhir perpindahan untuk menggantikan pemain2 yang dilepaskan. Penting kerana Gunners tidak hanya bersaing dalam liga domestik tetapi cabaran mereka dalam Liga Juara-Juara juga perlu diambil kira untuk kelangsungan kelab itu!!!

Sunday, August 28, 2011

Man United Gunned Down The Gunners........



Man United bukan sahaja mengalahkan Arsenal semalam tetapi juga memalukan kelab London itu dengan jaringan 8-2. Rooney, Welbeck, Nani, Young & Ji-Sung masing2 meletak nama sebagai penjaring.

Keaiban bolos 8 gol dalam satu perlawanan liga merupakan yang kedua sejak tahun 1896 & yang pertama sejak Arsenal berada di saingan liga utama.

Menjadi persoalan sekarang ialah adakah prestasi buruk ini serta ketiadaan pemain baru yg dibeli untuk menggantikan pemain yg berpindah menjadi kesalahan yg perlu ditunding pada Arsene Wenger seorang sahaja atau pemilik kelab seharusnya lebih awal berbuat sesuatu untuk mengelakkan kemelut ini berterusan?

Arsenal harus akur bahawa mereka perlu pemain2 bintang. Pemain2 muda sahaja tidak cukup untuk mengimbangi saingan domestik yg kompetatif serta saingan Eropah yang mencabar.

Even I'm not a Arsenal fan but i'm very sad with last night tragedy......

3 assist from Nasri & 4 goals from Dzeko, Man City crash Spur at White Hart Lane!!

3 assist daripada pemain baru mereka, Samir Nasri menyaksikan Man City menang besar 5-1 ke atas Hotspur dengan Edin Dzeko melengkapkan hatrik pertamanya sejak berpindah daripada Wolfsburg.

Kemenangan ini juga permulaan yg sempurna buat City dengan 3 kemenangan daripada 3 perlawanan dan sekaligus mengungguli tahta Liga Perdana dengan 9 mata. Setakat ini, Man City boleh disifatkan pencabar sempurna untuk kejuaraan Liga musim ini.

Friday, August 26, 2011

Barca won UEFA Super Cup


Barcelona mengesahkan trofi kedua mereka musim ini apabila menang 2-0 dalam saingan EUFA Super Cup menumpaskan juara Europa League musim lalu, FC Porto.

Lionel Messi mengesahkan pemilihan beliau selaku pemain terbaik kempen Eropah musim lalu adalah tepat dengan meledakkan satu jaringan serta satu umpanan cantik untuk Cecs Fabregas menjaringkan gol kedua Barca. Ini trofi kedua mereka selepas minggu lalu menumpaskan seteru utama, Real madrid pada saingan Super Cup Sepanyol!!

Thursday, August 25, 2011

Liverpool still active in transfer market!!!



Liverpool dilaporkan telah bersetuju dengan kontrak 7juta pound untuk membeli pemain muda terbaik Copa America 2011, Sebastian Coates daripada kelab Uruguay, Nacional. Coates dilaporkan berminat menyertai rakan senegaranya, Luis Suarez beraksi dalam Premier League.

Dalam usaha membina pasukan barunya, Dalglish telah bersetuju melepaskan Alberto Aquilani ke AC Milan dengan pinjaman semusim dengan syarat perpindahan kekal jika pemain tengah Italy itu beraksi melebihi 25 perlawanan dengan Milan.

Sementara, Dalglish juga memikirkan beberapa tawaran untuk melepaskan pemain tengah England, Joe Cole selepas pemain itu dilaporkan tiada dalam perancangan Dalglish. Dalglish juga berkemungkinan besar akan melepaskan David Ngog ke Bolton sebelum pasaran pemain ditutup hujung bulan ini.

Khabar angin juga menyatakan bekas pemain The Reds, Graig Bellamy akan kembali ke Anfield selepas pemain itu tiada dalam perancangan Roberto Mancini musim ini. Kontrak Bellamy masih berbaki 2 musim & City menanggung kos 90ribu pound seminggu untuk penyerang Wales itu. Liverpool mungkin bersedia menerima pemain itu kembali dengan syarat perpindahan percuma sahaja.

Sunday, August 21, 2011

La Liga terpaksa ditangguhkan!!!

Mungkin ramai peminat bola yg menantikan perlawanan2 pembukaan untuk La Liga sejak ari Sabtu yang lepas. Untuk pengetahuan anda, jadual perlawanan pembukaan La Liga musim ini terpaksa ditangguhkan berikutan mogok yg dilancarkan oleh kesatuan pemain bolasepak di sana berikutan pertikaian gaji pemain. So, bila masalah ini akan selesai, tunggu sahaja keputusan rundingan yg sedang berlangsung!!!

Wednesday, August 17, 2011

Barca & Real gaduh lagi!!

Barcelona menang Super Cup Sepanyol dengan agregat 5-4 setelah menang 3-2 awal pagi ini ke atas Real Madrid. Perlawanan pembukaan liga itu dicemari beberapa insiden yg membabitkan pemain & pegawai kedua-dua pasukan yg akan menghangatkan lagi permusuhan antara kedua-dua kelab untuk musim baru ini.

Marcelo, David Villa & Mesut Ozil diarah perintah keluar padang manakala jurulatih Madrid, Mourinho terbabit ngan insiden dengan pegawai Barcelona. Perlawanan ini juga menyaksikan Cesc Fabregas membuat penampilan pertamanya untuk Barca selepas berpindah daripada Arsenal.

Monday, August 15, 2011

Fabregas sah ke Nou Camp, Eboue juga bakal meninggalkan Emirates!!!


Arsenal akhirnya terpaksa melepaskan kapten pasukan, Cecs Fabregas ke Barcelona setelah melalui situasi yg menyulitkan untuk mengekalkan pemain Sepanyol itu sejak musim lepas lagi.

Fabregas yang berada di Sepanyol ketika The Gunners terikat 0-0 dengan Newcastle Sabtu lalu dilaporkan mengikat perjanjian 5 tahun di Nou Camp dengan nilai perpindahan sebenar yg tidak dilaporkan.

Selepas Fabregas, kedudukan Samir Nasri dalam pasukan kendalian Arsene Wenger juga masih tidak menentu. Manakala Emmanuel Aboue dilaporkan dalam perbincangan untuk ke kelab Turki, Gatalasaray.

Dengan skuad & pemain2 yang ada, rasanya para penyokong The Gunners akan berputih mata lagi musim ini....Nantikan pertemuan mereka dengan Liverpool sabtu ini.....

Friday, August 12, 2011

Fabregas on the way to Nou Camp???

Berdasarkan laporan media & khabar angin yg bertiup kencang di London, Arsenal seakan pasti akan melepaskan 2 bintangnya yg sudah tidak sabar utk meninggalkan The Emirates iaitu, Cecs Fabregas & Samir Nasri.

Fabregas yg diidamkan oleh juara Eropah, Barcelona dijangkakan akan melengkapkan perpindahannya ke Nou Camp hujung minggu ini.

Sementara itu, pemain veteran Man United, Park Ji-Sung menandatangani kontrak sambungan utk kekal di Old Trafford hingga 2013.

Manakala, Liverpool melengkapkan perpindahan pemain pertahanan Newcastle, Jose Enrique dengan yuran sekitar 6juta pound sebelum pembukaan liga esok.

Sementara, FA Inggeris sah menunda perlawanan Spur dengan Everton ekoran situasi di kota London.

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

England vs Netherland called off!!!

FA England akhirnya mengesahkan mereka terpaksa menangguhkan perlawanan perlawanan persahabatan menentang Belanda esok berikutan keadan & situasi rusuhan di London yg tampak belum reda.

Selain perlawanan itu, pertemuan persahabatan antara Ghana & Nigeria yg dijadualkan berlangsung di stadium milik Watford juga terpaksa dibatalkan berikutan keadaan keselamatan.

Di samping itu, beberapa perlawanan Piala carling juga terpaksa ditunda..

Monday, August 8, 2011

Perlawanan Liga Inggeris berdepan penangguhan!!!

Beberapa perlawanan bolasepak Liga Inggeris yg melibatkan kelab-kelab di kota London berdepan penangguhan berikut situasi buruk kekacauan/rusuhan yg berlaku di kota itu sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, perlawanan Piala Liga antara West Ham dengan Charlton mlm tadi terpaksa ditunda berikut situasi yg semakin buruk. Perlawanan pembukaan Liga Perdana antara Spur dgn Everton, Sabtu ini juga berkemungkinan ditunda jika situasi tidak reda.

Selain itu, perlawanan persahabatan antarabangsa antara England dgn Belanda di Wembley minggu hadapan juga berkemungkinan ditunda.