Thursday, March 15, 2012

Man Utd & City tersingkir....

Dua wakil Inggeris yang bersaing dalam Piala UEFA akhirnya tersingkir. Man Utd & jirannya, Man City disingkairkan oleh lawan masing-masing. Man Utd tumpas lagi 1-2 kepada Athletic Bilbao & mereka tersingkir dengan agregat 3-5 di tangan pasukan Sepanyol itu.

Man City bangun daripada ketinggalan 0-2 di separuh pertama untuk menang 3-2 tetapi tetap tersingkit dengan agregat 3-3 Sporting Lisbon memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan.

Dengan penyingkiran ini, hanya tinggal Chelsea sahaja kelab Inggeris tunggal yang masih bersaing di Eropah.

Wednesday, March 7, 2012

Bekas bintang Liverpool ditawarkan gaji cuma 100 pound seminggu!!



Bekas bintang Liverpool & England, Robbie Fowler sekadar ditawarkan 100 pound seminggu oleh Blackpool yang mahukan khidmatnya. Tawaran tersebut nyata merendahkan pemain yang pernah beraksi lebih 200 perlawanan dengan Liverpool dan menjaringkan lebih 120 gol ketika di Merseyside dulu.

Fowler, 37 sebelum kembali ke England telah beraksi dengan beberapa kelab di Liga Australia & yang terakhir bersama kelab Thailand, Muangthong.