Wednesday, June 13, 2012

Nasib Holland bagaikan telor di hujung tanduk...

Kekalahan 1-2 Holland di tangan Germany awal pagi tadi seakan mampu menutup peluang pasukan Oranje untuk mara ke peringkat seterusnya. Namun di atas kertas, Holland masih berpeluang jika mampu mengatasi Portugal Isnin depan dengan kelebihan 3 gol di samping harapan Denmark dijinakkan Germany pada masa yg sama. So nanti klimak persaingan kumpulan B dengan Germany dijangka tiada kesukaran untuk menjuarai kumpualan ini tetapi segalanya boleh berlaku....

Tuesday, June 12, 2012

Holland & Portugal..siapa angkat bungkus dahulu???

Awal pagi esok, penyokong Holland & Portugal pasti berdebar-debar menantikan nasib pasukan mereka di EURO 2012. Selepas masing-masing tumpas pada perlawanan pertama, kedua-dua pasukan perlu menang untuk menghidupkan peluang ke suku akhir. Holland yang dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Denmark berhadapan juara 3 kali, Germany manakala Portugal perlu menang ke atas Denmark. Keputusan seri pasti menyulitkan harapan Holland & Portugal. Kepada peminat Holland selaku runner-up World Cup yang lalu & Portugal, finalis edisi 2004, pasti berdebar2. Kalah saja pasti boleh angkat bungkusla hehehe...