Wednesday, May 30, 2012

Liverpool akan lantik Brendan Rodger???

Penyokong Liverpool di seluruh dunia sedang menanti keputusan pemilik kelab itu membuat keputusan siapakah pengurus baru di Merseyside. Selepas Roberto Martinez bertemu dengan John W. Henry di US minggu lalu kini hangat plak nama pengurus Swansea, Brendan Rodger dalam radar pengurusan kelab tersebut. Rodger sebelum mengemudi Swansea ke Liga Perdana pernah berkhidmat dengan Jose Mourinho sebagai jurulatih bawah umur di Chelsea. Berdasarkan polisi semasa The Reds, kelab itu mencari seorang jurulatih yang melatih dan menrancang permainan di padang saja. Jual beli pemain akan diuruskan oleh individu lain yg akan dilantik kemudian. Siapapun yg dilantik tidak lagi penting tetapi yg pasti peminat mahu kelab menamatkan kemarau kejuaraan liga!!!

Thursday, May 17, 2012

Guardiola ke Anfield?

Bunyinya macam mustahil tapi segalanya mungkin. Di Britain antara berita paling hangat ialah siapa bakal pengurus baru The Red's, kelab Inggeris paling legend sebelum Man Utd memintas mereka. Pep Guardiola, bekas jurulatih Barca & nama yg paling wanted di kalangan kelab2 gergasi Eropah selepas beliau meninggal Nou Camp hujung musim ini. Chelsea juga berhasrat untuk meletakkan beliau di kerusi tetap pengurus mereka hingga nasib Roberto Di Matteo masih tidak menentu walaupun sudah menjuarai FA Cup & melangkah ke final Champion League. Amatlah menarik dan mengujakan jika Guardiola mahu ke Anfield walaupun beliau menyatakan hasrat sebelum ini untuk berehat sementara daripada bolasepak. Nama panas lain ialah pengurus Wigan, Roberto Martinez. Jurulatih berbangsa Sepnyol itu mempunyai magic jugak sebab berjaya beberapa musim menyelamatkan The Latics daripada penyingkiran. Tapi yang pasti, pemilik Liverpool mahukan kejayaan untuk kelab Merseyside tersebut. Tanpa kejayaan, mereka takkan boleh menjana keuntungan. Mereka adalah kapitalis yg mahukan keuntungan pada setiap sen yang dilaburkan. So, mereka mengenepikan sentimen untuk menyingkirkan legenda Liverpool, King Kenny. Nama pertama yang disebut2 akan ke Anfield dahulu ialah Fabio Paratici, Pengarah Sukan Juventus untuk mengisi kekosongan Damien Comolli yang dipecat lebih awal sebelum Kenny Dalglish.

Wednesday, May 16, 2012

RVP kekal atau tinggalkan Arsenal....

Kedudukan kapten Arsenal, Robin Van Persie untuk kekal di Emirates kelihatan 50-50 sahaja. The Gunners dilaporkan menawarkan gaji sekitar 130,000 pound untuk mengekalkan RVP untuk tempoh 3 tahun lagi. The Gunners kelihatan terdesak untuk mengekalkan RVP yg kontraknya hanya berbaki 1 musim dengan 2 seteru liga, Man City dan United kelihatan akan menyambar penjaring terbanyak liga ini....nantikan nasib Arsenal....

Liverpool pecat Dalglish!! Siapa pengurus baru The Red's??

Selepas beberapa hari spekulasi bertiup kencang tentang masa depan beliau sebagai pengurus Liverpool diperkatakan, akhirnya Liverpool memecat Kenny Dalglish selepas menamatkan persaingan liga di tangga ke-8 serta gagal menempah tempat ke slot Liga Juara-Juara musim depan. Sekadar memenangi Piala Liga @ Carling tidak mampu memberi kelegaan kepada pemilik The Red's serta harapan besar seluruh penyokong2 di seluruh dunia. Kosongnya kerusi pengurus tersebut maka keluar nama-nama yg dispekulasi untuk memgisi kekosongan itu. Brendon Rodgers, pengurus Swansea disebut antara faveret pemilik Liverpool, John W Henry. Antara nama yg lain naik ialah Roberto Martinez, pengurus Wigan. Juga anda jangan terkejut jika kembalinya Rafa Benitez buat kali ke-2 ke Anfield. Nama2 lain seperti Alan Pardew, Jurgen Klopp, AVB dan beberapa org lagi. Secara amnya, Liverpool tertekan sekarang untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka....selepas Man City muncul kelab ke-5 menjuarai Liga Perdana, Liverpool masih terkial2 mencari juara sulung mereka di Liga Perdana Inggeris......so sampai bila harus mereka bersabar??