Wednesday, November 30, 2011

Lucas bakal terlepas baki aksi bersama Liverpool........



Liverpool berkemungkinan akan kehilangan khidmat tonggak tengah, Lucas Leiva untuk baki cabaran musim ini. Pemain tengah Brazil tu terpaksa diusung keluar pada perlawanan menentang Chelsea pada suku akhir Carling Cup setelah bertembung dengan pemain Chelsea.

Pemain itu dipercayai menghadapi kecederaan ligamen lutut dan keputusan imbasan akan memberi keputusan tentang tahap kecederaan tersebut.

Pemain yg tidak begitu mendapat tempat semasa kendalian Benitez & Roy Hodgson dulu, menjadi tonggak utama The Reds selepas Dadglish memngambil alih pengurusan sejak hujung musim lalu.

Liverpool kini telah mengambil pulang pemain muda, Jonjo Shelvey yg dipinjamkan ke Blackpool untuk sebarang kemungkinan kecederaan Lucas tersebut.

Sunday, November 27, 2011

Gary Speed found death...

Pengurus Wales yg juga bekas pemain Wales & Leeds United ditemui mati dipercayai membunuh diri di rumahnya hari ini. Bukan kisah bunuh dirinya mahu ditonjolkan tetapi jasa pemain ini yang pernah mewarnai Liga Perdana Inggeris satu ketika dahulu.

Bekas pemain yg terkenal dengan sepakan percumanya juga pernah mewakili Everton, Newcastle, Bolton Wanderers & Sheffield United. Memenangi Liga Inggeris bersama Leeds pada 1992, tahun terakhir sebelum Liga Perdana diperkenalkan.

Wednesday, November 23, 2011

Beckham on the way to PSG??



Kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan mereka dalam usaha untuk mendapatkan bekas bintang England & pemain LA Galaxy, David Beckham memandangkan kontrak pemain itu dengan kelab US akan berakhir tidak lama lagi.

Tuesday, November 22, 2011

Man City mungkin tersingkir daripada Champion League..



Kemenangan 9 games berturut-turut Man City dalam semua pertandingan akhir lebur apabila kecundangan di tangan Napoli dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi. Kekalahan itu menyaksikan Man City memerlukan kemenangan di perlawanan terakhir menentang Bayern Munich dan mengharapkan Napoli kecundangan atau seri dengan Villareal untuk mengiringi Bayern daripada Kumpulan A utk ke pusingan seterusnya.

Selain cabaran Liga Juara-Juara, Man City juga akan berdepan Liverpool di Anfield hujung minggu ini dan seterusnya bertemu Arsenal pada suku akhir Carling Cup.

Thursday, November 17, 2011

Gelora Bung Karno gagal menjinakkan Harimau Malaya!!

Indonesia mungkin terlalu konfiden dengan menurunkan barisan kedua mereka ketika bertemu Malaysia dalam peringkat kumpulan di Sukan SEA 2011. Akibatnya mereka terpaksa menelan kepahitan apabila tumpas 0-1 sebentar tadi sekaligus menyaksikan Malaysia memintas untuk menduduki tangga teratas Kumpulan A.

Di separuh akhir, Malaysia akan bertemu Myanmar manakala Indonesia akan melayan Vietnam. Kemungkinan untuk Malaysia & Indon bertemu lagi di final adalah tidak mustahil!!! Buat Indon, AWAS Dong.....