Thursday, January 24, 2013

Eden Hazard sepak budak pemungut bola...hampeh!!

Eden Hazard mencetuskan kontroversi awal pagi td bila dia menyepak seorg ballboy. Kesalahan sekarang nampak pada Hazard yg kelihatan tidak profesional melayan karenah budak tersebut. Chelsea tertekan kerana ketinggalan 0-2 secara agregat kepada Swansea pada separuh akhir Piala Liga Inggeris. Mereka mengharapkan dapat merapatkan jurang tapi budak tu pula provok supaya bola lewat2 dimasuk kep padang semua. Hazard patutnya kena sabar sebab tindakannya menyepak budak tersebut pasti mengundang padah.. Lain kali kalau nak sepak, ko sepak Ferguson kat touchline tu!!! hehehe...sebab dia suka bising sangat bila takda advance pada ManU

Sunday, January 20, 2013

Guardiola sepatutnya memilih Liverpool!!

Bekas jurulatih sensasi Barcelona, Pep Guardiola mengumumkan baru-baru ni utk kembali daripada cuti sabatikal bagi mengemudi kelab Jerman, Bayern Munich musim hadapan. Ramai yg mengkagumi pencapaian jurulatih Sepanyol ini dengan rekod byk sekali trofi ketika bersama Barca. Namun pada KM, Guardiola sepatutnya mencabar dirinya membimbing pasukan yg sememangnya telah berada dalam zon kejayaan selesa. Semua org tahu Barca memang sebuah pasukan yg kuat dari segi tumpuan pemain ternama, kekukuhan kewangan mahupun barisan pelapisnya. Begitu juga Bayern yg sekian lama mendominasi saingan Bundesliga dengan majoriti pemain kebangsaan Jerman beraksi utk mereka. Jadi rasanya tidaklah boleh dibangga sangat jika Guardiola mampu meraih trofi setiap musim di bawah kendalian beliau. Mungkin beliau perlu mencabar diri utk mengemudi pasukan2 yg bergelut utk mengembalikan kekuatan mereka seperti Arsenal, Liverpool or AC Milan or Inter...

Spurs mencuri mata ManU di White Hart Lane!!!

Man United gagal mencuri mata penuh di White Hart Lane apabila gol di masa tambahan oleh Clint Dempsey memaksa Man United berkongsi mata dengan Tottenham Hotspur. Keputusan seri ini memotong jurang mata antara United dengan Man City kepada 5 mata.. Chelsea juga berjaya merapatkan kedudukan di tangga ketiga liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Arsenal..bermakna Arsenal kekal di tangan ke-6, sama mata dengan Liverpool...