Tuesday, November 30, 2010

Malaysia vs Indonesia: Live this afternoon!!!

Malaysia akan memulakan kempen Piala Suzuki AFF 2010 menentang pasukan tuan rumah Indonesia hari ini. Secara keseluruhan, Malaysia hadir selaku pasukan yang tiada sasaran yang tinggi. Lebih mengharapkan kejutan sahaja atau keajaiban saja berlaku. So kepada peminat bolasepak tempatan, jangan lupa menontong perlawanan tersebut secara live di salah satu saluran sukan ASTRO pukul 6 petang ini. Enjoy ur games........

Kalah kepada West Ham, bakal pulak bertemu Liverpool



Dua gol daripada bekas pemainnya, Jonathan Spector serta 2 gol daripada Charlton Cole memberikan kekalahan pertama Man United musim ini. Mereka ditumpaskan dengan jaringan 0-4 dalam perlawanan Piala Liga awal pagi tadi di tangan pasukan tercorot liga liga, West Ham United. Walaupun menjadi perkara biasa apabila team2 utama dalam Liga Perdana menurunkan pemain2 simpanan apabila bersaing kejuaraan Piala Liga yang dianggap less prestige.

Dalam Piala FA, pertarungan bolasepak tertua bolasepak Inggeris, Man United telah diundi untuk bertemu musuh tradisi di pusingan 3 iaitu Liverpool 8 Januari akan datang.

Friday, November 26, 2010

Gara-gara membuat 'love bite' terhadap pemain lawan....



Gara-gara menggigit di bahu pemain lawan, kapten Ajax, Luis Suarez dikenakan pergantungan oleh kelabnya sebanyak 2 perlawanan. Beliau yang juga pemain antarabangsa Uruguay juga berdepan dihukum pergantungan oleh Liga Belanda sebanyak 7 perlawanan. Dalam perlawanan menentang PSV Eindhoven tersebut, beliau telah dilihat menggigit pemain lawan iaitu, Otman Bakkal.

Thursday, November 25, 2010

Aaron Ramsey dipinjam ke Forest



Arsene Wenger mengambil keputusan meminjamkan bakat muda dalam pembikinannya, Aaron Ramsey kepada Nottingham Forest. Pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan patah kaki itu dipinjamkan segera untuk mendapatkan semula kecergasan permainan sebelum kembali beraksi dengan The Gunner. Forest akan meminjamkan beliau sehingga 3 Januari akan datang.

Monday, November 22, 2010

Siapa paling awal akan dipecat???




Dengan hanya 1 kemenangan daripada 14 perlawanan, Avram Grant dilihat sebagai calon pengurus paling hampir akan disingkirkan dalam Liga Perdana Inggeris. Berbekalkan 3 lagi perlawanan sebagai talian hayat untuk membuktikannya masih mampu membimbing West Ham United, nasib Grant seperti telur di hujung tanduk.

Di Serie A Itali, nasib yang sama mungkin sedang menanti Rafa Benitez yang membimbing Inter ketika ini. Dengan keputusan 2 seri serta 2 kekalahan dalam 4 perlawanan terakhir pasti membuatkan pemilik Inter, Massimo Moratti sedang menrancang untuk mencari pengganti Benitez. Mungkin keputusan pertemuan Inter dengan FC Twente dalam Liga Juara-Juara pertengahan minggu ini akan menjadi penentuan nasib Benitez di Milan.

Thursday, November 18, 2010

Robert Pires kembali ke Liga Perdana!!



Bekas pemain tengah Perancis & Arsenal, Robert Pires akan kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris untuk Aston Villa. Pemain berusia 37 tahun itu dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk beraksi dengan Villa hingga hujung musim 2010/11. Menurut pengurus Villa, Gerard Houlier, beliau berminat menggunakan khidmat Pires dalam usaha mencurah pengalaman luas Pires kepada pemain2 muda.

Pires yang dilepaskan oleh Villareal hujung musim lalu, sebelum ini berlatih bersama Arsenal untuk mengekalkan kecerdasan beliau.

Malaysia jatuh lagi satu kedudukan....

Berdasarkan ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan pada 17 November lalu, Malaysia turun lagi 1 anak tangga daripada kedudukan ke-149 ke tangga 150 keseluruhan. Kedudukan Malaysia lebih rendah daripada pasukan2 negara yg jarang kita lihat mereka beraksi seperti Chad, Fiji, Guineu-Bissau.......

Monday, November 15, 2010

Ibrahim Afellay ready to join Barcelona



Barcelona & PSV akhirnya mencapai persetujuan untuk perpindahan pemain tengah Belanda & PSV, Ibrahim Afellay untuk musim perpindahan Januari akan datang. Pemain tengah berbakat tersebut sebelum ini tidak mahu menyambung kontraknya dengan PSV yang akan berakhir hujung musim ini. Namun perpindahan tersebut bergantung pada perbincangan kontrak antara Barcelona dengan pemain tersebut.

Sunday, November 7, 2010

Chelsea kecundang 0-2 di Anfield..........



Liverpool meneruskan kemenangan ke-3 berturut-turut dalam Liga Perdana apabila menumpaskan pendahulu liga yang juga juara bertahan, Chelsea 2-0. The Reds yang menanti kunjungan The Blues dengan semangat tinggi selepas membenam Napoli pada pertengahan minggu dalam Liga Europa membuka jaringan melalui Fernando Torres pada minit ke-11 sebelum Torres menggandakan jaringan pada penghujung babak pertama.

Chelsea cuba bangkit di babak ke-2 melalui beberapa percubaan menarik & berbahaya namun ketangkasan Pepe Reina serta kehebatan pemain pertahanan terutama tonggak veteran, Jamie Carragher berjaya menghalang jaringan dari pemain2 Chelsea.

Keseluruhan pemain tampak Liverpool masih perlu memperbaiki kelemahan terutama di bahagian kiri & kanan pertahanan jika mahu menguatkan cabaran musim ini. Penampilan pemain muda seperti Martin Kelly wajar bagi menampung kekurangan pilihan pemain di bahagian pertahanan sementara menanti musim perpindahan Januari depan.

Chelsea yg tersentak dengan kekalahan tersebut dilihat masih ternanti2 penampilan semula tonggak tengahnya, Frank Lampard. Ketiadaan Micheal Essien juga membuka banyak ruang kepada Gerrard & Co. menguasai tengah padang. Anyway, thumb up to Liverpool....

* Dalam perlawanan lain, Arsenal dikejutkan pelawat, Newcastle United 0-1 melalui jaringan Andy Carroll. Manakala Man City menumpaskan West Brom 2-0 melalui 2 jaringan penyerang kontroversi, Mario Balotelli yang kemudian dilayangkan kad merah....

Wednesday, November 3, 2010

Damien Comolli, Pengarah Bolasepak baru Liverpool



Liverpool melantik Damien Comolli sebagai Pengarah Bolasepak mereka yg baru dalam proses penstrukturan semula kelab di bawah pemilik baru NESV. Comolli sebelum ini menjawat jawatan yang sama di Hotspur sebelum dipecat bersama pengurus Juande Ramos ketika prestasi buruk kelab itu tahun 2008. Beliau juga bertanggungjawab membawa masuk khidmat sensasi baru Spur, Gareth Bale. Selepas dipecat, beliau berkhidmat bersama Saint-Etienne di Perancis.

Tuesday, November 2, 2010

Inter crash at White Hart Lane..........



Juara musim lalu, Inter Milan kecundang 1-3 di tangan Tottenham Hotspur dalam perlawanan peringkat Kumpulan A Liga Juara-Juara di White Hart Lane awal pagi tadi. Kemenangan Spur tersebut membalas kekalahan mereka di Milan 2 minggu lalu. Gareth Bale sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila membuat 2 hantaran silang yang disudahkan oleh Peter Crouch & Roman Pavlyuchenko. Manakala 1 lagi gol dijaringkan oleh perancang Belanda, Rafael Van der Vaart. Gol Inter disumbangkan oleh Samuel Eto'o.

Dalam kumpulan C, Man U melayakkan diri ke peringkat kalah mati apabila menumpaskan pasukan dari Turki, Bursaspor dengan jaringan 3-0.