Wednesday, August 15, 2012

RVP switch to Old Trafford..Nuri Sahin otw to Anfield..

Seluruh peminat bolasepak Inggeris sedang terarah proses perpindahan kapten Arsenal, Robin Van Persie ke Man Utd. Menurut media di sana, Arsenal dilaporkan telah bersetuju untuk melepaskan kapten mereka selepas RVP gagal mencapai persetujuan untuk sambungan kontrak baru. RVP dilaporkan ditawarkan gaji sekitar 200k pound seminggu oleh Man Utd & Arsenal bakal mendapat yuran perpindahan sekitar 20juta pound dan mungkin juga bersama pemain Mexico, Jaxier Hernandez. Kontrak RVP dengan Man Utd bakal dilengkapkan selepas kontrak peribadi & ujian perubatan diselesaikan. Sementara itu, Liverpool dijangka akan melengkapkan pinjaman semusim pemain tengah Real Madrid & Turki, Nuri Sahin. Sahin ditawarkan pinjaman oleh Brendan Rodgers dengan pilihan untuk perpindahan kekal setelah penyertaan pemain antarabangsa Turki itu dalam skuad Madrid agak terbatas.

Wednesday, August 8, 2012

Joe Allen in, Angger & Bellamy out?

Menjelang sepak mula Liga Perdana Inggeris hujung minggu depan, Liverpool masih dalam rundingan dalam beberapa urusniaga jual beli pemain. Antara yg dijangka akan dibawa masuk oleh pengurus baru, Brendan Rodgers ialah anak didik beliau di Swansea, Joe Allen. Allen yang juga pemain antarabangsa Wales mungkin dilepaskan Swansea dengan klausa kontrak bernilai 15 juta pound. Bagi mengimbangi pembelian pemain ini, Rodgers mungkin melepaskan Daniel Aggers ke Man City dengan harga sekitar 20 juta pound termasuk cuma mendapatkan khidmat sayap England, Adam Johnson. Liverpool juga dilaporkan akan melepaskan penyerang veteran Wales, Graig Bellamy jika beliau mendapat tawaran sesuai daripada mana-mana kelab lain.

Tuesday, August 7, 2012

Suarez dengan pendapatan baru 120,000 pound per week

Penyokong2 Liverpool mungkin bleh menarik nafas lega selepas penyerang mereka, Luis Suarez menzahirkan komitmen beliau di Anfield untuk jangka masa panjang selepas menandatangani kontrak baru. Dengan gaji dianggarkan 120k pound seminggu, Suarez hampir menyamai pendapatan ketua pasukan, Steven Gerrard. Kontrak baru itu sekaligus mematikan spekulasi beliau akan meninggalkan Anfield sebelum permulaan musim baru. * Musim baru Liga Perdan Inggeris akan bermula Ahad ini dengan perlawanan Perisai Komuniti antara Man City dengan Chelsea!!!