Sunday, January 29, 2012

Piala FA Inggeris: Undian Pusingan Ke-5

Undian FA Cup sebentar tadi menyaksikan Liverpool akan menanti kunjungan kelab Championship, Brighton yang mengejutkan Newcastle 1-0 pada pusingan sebelum ini. Liverpool yang dalam usaha utk ke Wembley buat kali kedua mengejutkan musuh tradisinya, Man United 2-1 semalam. Undian2 lain adalah seeperti berikut:

Everton v Blackpool or Sheffield Wednesday

Chelsea v Birmingham

Crawley Town v Stoke

Stevenage v Tottenham

Norwich v Leicester

Sunderland or Middlesbrough v Arsenal or Aston Villa

Millwall or Southampton v Bolton

* Perlawanan akan berlangsung 18 & 19 Februari nanti

Friday, January 27, 2012

Al-Fatihah buat bekas pemain Selangor...

Dunia bolasepak tempatan hari ni kehilangan bekas pemain Selangor, Razali Alias yang meninggal dunia. Beliau dilaporkan mengidap penyakit Hepatitis B sebelum ini.

Monday, January 23, 2012

Liverpool vs Man Utd: Siapa akan mara??



Pertembungan antara Yorkshire darby ini selalu dinantikan oleh peminat di seluruh dunia. Sabtu ni, jangan lupa kedua-dua pasukan akan turun ke Anfield untuk pusingan ke-4 Piala FA Inggeris.

Berdasarkan prestasi semasa, Man Utd mungkin dilihat pilihan untuk mara tetapi berdasarkan keadaan itu juga, Liverpool perlukan sesuatu untuk menutup prestasi buruk dalam liga ketika ini.

So, mana pilihan anda? Liverpool or Man Utd?

* Liverpool akan turun menentang Man City awal pagi khamis ini untuk separuh akhir ke-2 Piala Carling dengan kelebihan 1 gol...

Sunday, January 22, 2012

Man Utd menang 2-1....terus mengejar Man City!!

Arsenal gagal dalam usaha mereka untuk menebus kekalahan 2-8 ke Man Utd di Old Trafford awal musim apabila tumpas lagi kepada Utd 1-2 di Emirates sebentar tadi. Gol Utd dijaringkan oleh Valencia & Welbeck manakala Van Persie menyumbang gol tunggal Arsenal.

Kemenangan ini meneruskan rentak Utd mengejar pendahulu liga, Man City dengan perbezaan 3 mata. Bagi The Gunners, ia menyulitkan lagi perebutan tempat ke 4 untuk slot Liga Juara-Juara.

Penalti Balotelli & City menang 3-2!!!

Kekasaran Ledley King ke atas Mario Balotelli di dalam kotak penalti di masa tambahan menghadiahkan Man City sepakan penalti. Balotelli dengan mudah menyempurnakan penalti tersebut & memberi kemenangan 3-2 ke atas Spur.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di separuh pertama permainan. Bersambung babak kedua, City mendahului Spur 2-0 melalui jaringan Samir Nasri & Joleon Lescott dalam tempoh 3 minit. Spur membalas 2 gol melalui Jermain Defoe & Gareth Bale untuk menyamakan kedudukan.

Permainan tampak akan berakhir 2-2 tetapi kesilapan King ke atas Balotelli memberi City kemenangan & sekaligus menjarakkan kelebihan 6 mata di puncak liga sebelum Man Utd beraksi di Emirates lewat tengah malam nanti.

Kekalahan ini membantut usaha Spur mencabar Man utd di tangga kedua liga.

Saturday, January 21, 2012

Sian Massey...pembantu pengadil wanita yg sering anda lihat di kaca tv.......



Kalau anda sering menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris, mungkin ternampak penolong pengadil wanita ini d kaca tv. Beliau yg dimaksudkan ialah Sian Louise Massey, 27 yang mula membantu mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 28 Disember antara Blackpool & Sunderland. Massey sebelum itu banyak mengadili perlawanan bolasepak wanita.

Pengadilan beliau dalam perlawanan Liverpool menentang Wolves menyaksikan beberapa pengulas tv mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi yg akhirnya mereka disingkir atau meletak jawatan.

Semalam, Massey yang juga seorg guru membantu mengadili perlawanan antara Norwich menentang Chelsea.

Friday, January 20, 2012

Kedah mahu 3 mata tapi bungkus dengan 3 gol hehehe....



Kedah mengharapkan 3 mata daripada perlawanan semalam menentang Kelantan di Alor Setar tetapi yang dapt hanya 3 gol bolos hehehe....Perlawanan semalam juga menyaksikan Kedah terus buntu di gawang lawan.

Kegagalan itu menjadikan Kedah, pasukan tunggal dalam persaingan Liga Super yang belum menjaringkan sebarang gol setelah bermain 4 perlawanan. Satu rekod yang kiranya sangat buruk bagi Sang Kenari.

Di bawah kendalian jurulatih sementara, Mohd Nizam Adha, Kedah sangat2 struggle menghadapi cabaran liga musim ini. Mereka perlu menanti sehingga bulan hadapan sebelum Wan Jamak Hassan kembali memikul tugas jurulatih selepas digantung oleh FAM ekoran kritikan terhadap pengadil.

Thursday, January 19, 2012

Dari minat jadi meluat dengan Liga Malaysia....

Bila kita tengok Perlis kena belasah 2-7 dengan MP Muar, ramai sudah menjangkakan gejala rasuah kembali mengambil tempat utama dalam percaturan liga tanahair. Budak2 bola kembali berjinak2 secara aktif dengan bookie2 bola.

Gelaja mengatur perlawanan atau rasuah dalam bolasepak memang merosakkan masa depan bolasepak kita jika dibiarkan berterusan.

Rasuah bola besar-besaran dlm liga antara hujung 90-an hingga awal 2000 penyebab utama AKU & mungkin ramai lagi peminat angkat kaki dari terus mengikut perkembangan bolasepak Malaysia.

Sejak awal musim 2012 bermula, aku belum tengok 1 pun lagi game Malaysia League....

Wednesday, January 18, 2012

Liverpool & Adidas akhirnya bercerai........Warrior menanti dengan 25juta!!!



Adidas membidas Liverpool sebagai GAGAL dengan prestasi semasa kini. Kritikan pedih ini timbul dari mulut Ketua Eksekutif Adidas selepas perbincangan semula kontrak antara kedua-dua pihak gagal. Herbert Hainer menyifatkan apa yg diminta Liverpool tidak sepandan dengan prestasi semasa kelab itu.

Mungkin kita tidak nafikan Liverpool ketika ini jauh dari yg diharapkan tapi Adidas perlu fikir yg Liverpool satu jenama yg establish dalam bolasepak dunia & tidak perlu dinafikan yg The Red's mempunyai peminat di seluruh pelusuk dunia.

Kritikan pedas Adidas itu rasanya lahir atas kekecewaaan ekoran Liverpool melalui pemilik Amerika telah menandatangani kontrak baru dengan Warrior (subsidari New Balance) iaitu penaja yg sama kelab baseball Boston Red Sox (juga dimiliki oleh Fenway Sports-pemilik Liverpool ketika ini).

Perjanjian baru itu dilaporkan yang terbesar dalam sejarah penaja jersi & pakaian kelab Inggeris dengan nilai sekitar 25juta pound mengatasi nilai 23juta pound tajaan NIKE untuk Man Utd. Nilai ini juga 2 kali lebih besar daripada penajaan Adidas kepada Liverpool sekarang.

* kepada penyokong & peminat Liverpool, mulai season depan kita akan pakai new kits hehehe.........

Tuesday, January 17, 2012

Safee Sali in Opera Van Java....

Dah jadi pelakon sekarang bro kita sorang ni ye...Begitulah popularnya penyerang kebangsaan, Safee Sali sekarang ni di Indon hinggakan beliau dijemput dalam rancangan Operan Van Java. Kalau korang nak tengok dia, korang blehla tengok kat Astro saluran Pelangi. Kontrak Safee Sali dengan kelab Indonesia, Pelita Jaya akan berakhir hujung bulan ini. Di mana destinasi kerjaya beliau kita tunggu selepas ni!!!!

Liga Super Malaysia-17/1/2012

Liga Super-17/1/2012

T-Team-0
Sabah-0

Sarawak-0
Terengganu-1

Kelantan-2
Johor FC-1

Felda United-1
Selangor-0

Lion XII-2
KL-1

Perak-2
Negri Sembilan-1

Selangor PKNS-0
Kedah-0

Monday, January 16, 2012

Liverpool berani 10 juta, Spur mahu 20juta!!



Serangan Liverpool memang tandus sekarang. Suarez digantung, Carrol plak gagal meledak sejak berhijrah ke Anfield. So, The Red's berkira-kira mahukan pemain serangan baru untuk mengatasi masalah ini.

Antara spekulasi pemain yg mahu dibeli Liverpool ialah penyerang Spur, Jermaine Dafoe. Liverpool berkira2 untuk mendapat penyerang England itu pada harga sekitar 10juta pound. Namun, Spur mengumumkan hanya akan melepaskan penyerang yg kurang digunakan Redknapp pada harga 20juta pound!!

Cahill completed move to Stamford Bridge



Pemain England & Bolton, Gary Cahill mengesahkan perpindahannya ke Stamford Bridge dengan yuran perpindahan sekitar 7juta pound serta gaji 80,000 pound seminggu.

Man City still lead by 3 points...

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Man City terus mendahului liga dengan kelebihan 3 mata berbanding pencabar terdekat, Man Utd. Ini berikutan kemenangan 1-0 ke atas Wigan awal pagi tadi hasil jaringan Edin Dzeko.

Liga Perdana-16/1/2012

Liga Perdana- 16/1/2012

ATM-2
Harimau Muda B-0

Pahang-2
Sime Darby-1

Johor-5
MBJB-0

MP Muar-0
Polis-3

USM-2
Betaria-1

Pos Malaysia-3
Perlis-3

Friday, January 13, 2012

Red Warrior sekadar seri dengan Selangor PKNS

PAsukan pilihan & penyandang juara Liga Super, Kelantan sekadar seri dengan pendatang baru liga, Selangor PKNS di Kota Bharu semalam. Kelantan mendahului dengan jaringan ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-71 sebelum PKNS menyamakan kkedudukan melalui sepakan penalti 9 minit sebelum tamat perlawanan selepas penjaga gol Kelantan menjauhkan Rudie Ramli d ipetak penalti.

Keputusan seri meketakkan Kelantan di tangga teratas liga dengan 4 mata untuk sekurang2nya 24 jam sebelum pasukan2 lain bermain malam ini.

Wednesday, January 11, 2012

Liverpool menang di Etihad 1-0

Separuh akhir pertama Piala Carling yg berlangsung di Etihad Stadium awal pagi tadi menyaksikan Liverpool berjaya menjinakkan tuan rumah, City dengan kemenangan tipis 1-0.

Gol tunggal dijaringkan melalui sepakan penalti ketua pasukan, Steven Gerrard pada babak pertama selepas Stefan Savic melakukan kesilapan ke atas Daniel Agger di dalam kotak penalti.

Separuh akhir kedua akan berlangsung di Anfield 2 minggu lagi & pemenang akan bertemua sama ada Crystal Palace atau Cardiff di perlawanan akhir.

Tuesday, January 10, 2012

Tony Fernandes janji bonus 1juta pada Mark Hughes!!

Pengurus baru QPR, Mark Hughes yang baru dilantik semalam dijanjikan bonus 1juta pound jika berjaya membantu QPR kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris. QPR kelihatan terdesak untuk kekal dlm saingan utama liga.

Selepas mengharungi separuh musim, QPR kini berada di kelompok terbawah liga & berdepan dengan penyingkiran jika gagal memperbaiki prestasi mereka. Pemilik kelab minggu lalu mengambil keputusan memecat pengurus, Neil Warnock ekoran prestasi kurang baik itu.

Carling Cup Semifinal: Man City vs Liverpool

Awal pagi esok, Liverpool akan sekali lagi bertandang ke Ehtihad Stadium bertemu Man City pada pertemuan separuh akhir pertama Piala Carling. Saya kira inilah peluang terbaik The Reds untuk sekurang2nya satu piala memandangkan cabaran lain agak sengit & peluang tu agak sukar.

Kemenangan di Ehtihad amat perlu untuk membalas malu kekalahan 0-3 di tangan Man City minggu lalu dalam saingan liga.

Monday, January 9, 2012

Messi still the best!!

Seperti dijangka, Lionel Messi merangkul anugerah pemain terbaik dunia FIFA BAllon d'Or buat kali ke-3 berturut2. Messi mengenepikan cabaran rakan sepasukan, Xavi dan pemain Real Madrid, Christiano Ronaldo. Jurulatih Barca, Pep Guardiola pula memenangi anugerah pengurus terbaik mengatasi pengurus Real, Jose Mourinho.

Barisan pemain Barcelona juga membarisi hampir separuh pasukan pilihan terbaik dunia yang turut dibarisi pemain Man Utd, Rooney & Vidic.

Sunday, January 8, 2012

Liverpool next!!!

Selepas berjaya mengatasi City semalam, Man Utd melangkah ke pusingan ke-4 Piala FA Inggeris utk berhadapan Liverpool di Anfield hujung bulan ini.

Liverpool perlu menang pertemuan itu untuk membalas kekalahan 0-1 kpd Man Utd pada pusingan 3 musim lalu!!

Berdasarkan keadaan semasa, Man Utd berhadapan masalah di posisi tengah dan terpaksa meletakkan Giggs untuk menggerakkan jentera letak & memanggil Paul Scholes keluar dari persaraan!!!

Thursday, January 5, 2012

FA Cup Third Round: Liverpool vs Oldham

Selepas dimalukan Man City 0-3, The Reds akan kembali beraksi awal pagi esok waktu Malaysia menentang pasukan daripada League One, Oldham Athletic pada pusingan 3 Piala Fa Inggeris. Di atas kertas mungkin peluang memihak kepada Liverpool tetapi dalam persaingan kalah mati segalanya mungkin berlaku & tragedi dimalukan pasukan underdog pernah berlaku pada Liverpool.

Manakala juara Inggeris yang dimaklukan juga lawan 0-3, Man Utd bakal berkunjung di Ehtihad Stadium menentang lawan setempat, Man City pada Ahad nanti. Man Utd sepatutnya mengambil kesempatan atas kekurangan pemain oleh Man City ekoran masalah kecederaan & panggilan untuk Africa Nation untuk membalas kekalahan memalukan pada pertemuan Liga yang lalu.

* Soccerrat mengharapkan Liverpool dapat menebus aib mereka pada City pada pertemuan separuh akhir League Cup pertengahan minggu depan.