Saturday, December 31, 2011

Blackburn gave Red Devils blacklash!!!

Selepas menghampakan Liverpool dengan keputusan seri minggu lalu, pasukan tercorot liga Blackburn sekali lagi mengecewakan pesaing juara, Man United. Mereka bermula garang apabila mendahului 2-0 melalui jaringan Yukubu.

Man United bangun menyamakan kedudukan melalui 2 jaringan Berbatov. Namun jaringan Grand Hanley pada usia permainan masuk ke minit 80 memberi kemenangan 3-2 ke atas Blackburn yang bergelut dengan penyingkiran.

Kekalahan ini gagal melonjakkan Man U di tangga teratas untuk tempoh sekurang2nya 24 jam.

Sementara itu, jurulatih Chelsea juga berdepan tekanan penyingkiran selepas pasukannya tumpas 1-3 di tangan Aston Villa.

Friday, December 30, 2011

Liverpool masih perlukan Gerard....

Prestasi semasa Liverpool kebelakangan ni memang tak menarik. The Reds banyak mencicirkan mata terutama berhadapan pasukan underdog di halaman sendiri. Ketika ramai menjangkakan Liverpool boleh membelasah Blackburn minggu lepas tetapi mereka sekadar bernasib baik hanya seri di Anfield.

Peminat memang kecewa jika prestasi begitu ditunjukkan. Sekadar menjaringkan 24 gol dalam kempen liga merupakan yg terendah antara 6 pasukan teratas liga malah lebih rendah daripda Blackburn yg menghuni tangga tercorot liga.

Liverpool tanpa kaptennya, Steven Gerrard bagaikan kurang imaginasi merencanakan peluang bagi berkesan untuk disudahkan oleh Suarez & Carroll. Kemasukan Gerrard di separuh kedua perlawanan awal pagi tadi menentang Newcastle bagaikan suntikan berkesan merencanakan peluang untuk menang!! 2 gol dari Bellamy serta 1 saguhati daripada Gerrard sedikit sebanyak memberi sedikit harapan pada penyokong The Reds untuk baki perlawanan musim ini...

Thursday, December 15, 2011

Barca ke final tapi Villa patah kaki!!

Kemaraan Barcelona ke final Kejuaraan Kelab Dunia dibayangi kecederaan serius penyerangnya, David Villa yang patah tulang kaki kirinya pada pertemuan separuh akhir dengan kelab Qatar, Al-Sadd.

Barca menang 4-0 dalam pertemuan yg berat sebelah & akan bertemu Santos di final. Namun jangkaan awal, Villa mungkin akan berehat selama 6 bulan & turut menjejaskan peluang beliau untuk membantu Sepanyol mempertahankan Kejuaraan Eropah di Poland & UKraine nanti.

Tuesday, December 13, 2011

Harimau Muda menang 3-0!!!

Menurut berita yg diterima daripada Australia, skuad Harimau Muda yg berkunjung ke sana untuk beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk perlawanan kelayakan Olimpik seterusnya berjaya menumpaskan Sydney FC 3-0.

Wednesday, December 7, 2011

Liverpool mengintai penyerang Barcelona...



Lebih kurang 3 minggu lagi, musim perpindahan Januari akan dibuka untuk peluang kelab-kelab Eropah mendapatkan pemain baru. Antar spekulasi yg bertiup ialah usaha Liverpool untuk mendapatkan penyerang Barcelona & Sepanyol, David Villa.

Villa dilaporkan sedang menilai peluang beliau dalam kesebelasan utama Barca dan pemain itu juga dikatakan tidak selesa dengan rakan sepasukannya, Leo Messi. Kontrak beliau dilaporkan masih berbaki 18 bulan & seteru utama Barca, Madrid juga berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Liverpool memerlukan penyerang baru yg konsisten untuk mengisi jentera serangan pasukan itu yg tidak boleh terlalu mengharap pada Suarez semata-mata yg dilaporkan bakal digantung oleh FA ekoran insiden beliau dengan penyokong lawan serta insiden dengan pertahanan Man Utd, Patrice Evra.

Manakala, Andy Carroll memang tidak boleh diharap buat masa ni. Dengan tag 35juta pound, rasanya Liverpool telah tersalah melaburkan duit mereka terhadap Carroll. Mungkin menjuarai Piala Carling adalah pengubat paling sesuai untuk penyokong2 The Reds untuk musim ini!!! Kalau tak berjaya..mungkin barren spell lagi la musim ni...

No more Manchester in Champion League!!

Tiada lagi wakil Manchester untuk cabaran kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara 2011/12 selepas City dan United tersingkir & sekadar meneruskan cabaran di Liga Europa.

Paling memalukan apabila Man United yg diundi awal dalam kumpulan C yang membariskan hanya pasukan sederhana seperti Benfica, Basel & Otelul Galati. Ramalan awal sepatutnya Juara Inggeris itu tiada masalah untuk melangkah ke pusingan 16 tetapi sebaliknya terjadi.

PAsukan modal besar, City sejak awal saingan tidak konsisten & gagal meraih mata penuh bila berhadapan pasukan seperti Napoli.

Dengan penyingkiran ini, kedua-dua akan meneruskan cabaran dalam Liga Europa saja dan cabaran Inggeris akan diteruskan oleh Arsenal & Chelsea.

Champion League: Laluan sulit buat Man City & kemampuan Man United untuk layak

Man City menerima kunjungan Bayern Munich awal pagi esok dengan misi perlu menang dan mengharapkan Napoli ditumpaskan oleh Villareal. Selain keputusan tersebut akan menyaksikan Napoli mengiring Bayern ke pusingan kalah mati 16 pasukan dan Man City akan berentap di pertandingan kurang prestij, Liga Europa.

Manakala Man United perlu sekurang-kurangnya seri bila berkunjung ke Basel untuk mengiringi Benfica. Kalah di Basel akan menjadi keputusan upset untuk kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Sunday, December 4, 2011

Man Utd atau Man City bakal hilang peluang kejuaraan Piala FA....



Man Utd dan Man City mengesahkan pertembungan lebih awal mereka dalam saingan Piala FA apabila diundi bertemu sesama sendiri pada pusingan ke-3. Dengan pertembungan ini maka salah satu pasukan akan hilang peluang untuk beraksi di pentas final & sekaligus kehilangan peluang untuk merangkul kejuaraan tertua ini. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Ehtihad Stadium.

Perlawanan pusingan ke-3 akan berlangsung 7-8 Januari 2012.

Saturday, December 3, 2011

Anelka & Alex issue transfer request........

Chelsea mengesahkan dua pemain senior mereka, Nicolas Anelka & Alex telah mengemukakan permohonan perpindahan & mereka kini menduduki senarai pemain Chelsea yg akan dijual menjelang musim perpindahan Januari nanti.

Keadaan ini berlaku ada kaitannya dengan prestasi semasa The Blues serta tekanan terhadap pengurus, Andres Villa Boas serta para pemain.Ramai berpendapat kebanyakan pemain Chelsea sudah berumur & mereka perlukan pemain baru serta muda untuk mengimbangi saingan Man City, Man Utd, Arsenal serta Spur.

Selain Anelka & Alex, mungkin ramai lagi pemain berusia yg akan dioffload oleh AVB selewat2nya hingga hujung musim nanti....Tungguuuuuuuuuuu sama ada AVB sempat melaksanakan semua perancangannya atau beliau terpaksa angkat kaki lebih awal. Kemenangan 3-0 ke atas Newcastle mungkin sedikit nafas lega buat AVB.

Thursday, December 1, 2011

ATM sedang menjejaki pasukan-pasukan elit lain??

Juara Piala Malaysia, Negri Sembilan mengesahkan beberapa pemainnya termasuk Hairuddin Omar, Aidil Zafuan, Zaquan Adha serta Irwan Fazli Idrus akan berhijrah ke ATM. Mungkin ramai yang tidak menjangkakan tindakan mereka kerana ATM hanya akan beraksi di Liga Perdana & cabaran ATM sejak dulu memang tidaklah sehebat mana.

Mungkin ada dana besar yg disuntik ke ATM untuk membolehkan mereka membayar gaji yg setanding dengan pasukan2 elit lain terhadap pemain2 tersebut. Ramai yg maklum pemain2 seperti Aidil, Zafuan & Hai-O mempunyai nilai & gaji yg dibayar kepada mereka juga besar.

Apakah ATM akan mengikut jejak2 kelab Inggeris seperti Chelsea & Man City yg bangun menjadi kelab elit selepas dana2 besar disuntik? Hanya masa yang akan menentukan.......