Thursday, April 28, 2011

Kelab Portugal menguasai Liga Europa

Final Europa League dijangka akan menampilkan pertemuan 2 kelab dari Portugal berdasarkan 3 wakil mereka yang beraksi di separuh akhir. Semi final pertama pagi tadi menyaksikan Porto membenam wakil tunggal Sepanyol, Villareal 5-1 dengan penyerang Colombia, Falcao meledakkan 4 gol ke atas Yellow Submarine.

Manakala satu lagi pertemuan menyaksikan 2 kelab Portugal berdepan sesama sendiri dengan Benfica menang dengan kelebihan 2-1 ke atas Braga. Dengan keputusan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan pentas final di Dublin 18 Mei ini akan dikuasai oleh kelab Portugal.

* FC Porto di landasan terbaik untuk kembali menguasai pentas pertandingan Eropah selepas menjuarai Champion League pada 2004.

Wednesday, April 27, 2011

Barca too good for Madrid!!!

Perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di Santiago Bernabeu pagi tadi penuh drama yang menyaksikan Barcelona menumpaskan Real Madrid 2-0 melalui jaringan Leo Messi. Perlawanan lebih panas dengan beberapa insiden di atas padang menyaksikan jurulatih Madrid, Jose Mourinho diperintah ke tempat duduk penonton manakala penjaga gol simpanan Barca, Jose Pinto & pertahanan Madrid, Pepe dilayangkan kad merah.

Dengan kekalahan ini, Mourinho sudah pun mengangkat bendera putih untuk peluang ke perlawanan akhir kerana perlawanan ulangan minggu depan di Nou Camp bagaikan misi mustahil buat Madrid dengan kelebihan jaringan bagi Barca tersebut.

Dalam kenyataannya selepas perlawanan, Mourinho nyata tidak berpuashati dengan mutu pengadil & menyindir Barca yang disifatkannya mendapatkan kelebihan daripada pengadil.

Walau apapun keputusan, yang pasti adalah menjadi kebiasaan bagi pengurusan pasukan & peminat untuk menyalahkan pegawai pertandingan bila pasukan mereka kalah. Dan tidak dinafikan pegawai pertandingan juga kadang2 cenderung pada sesuatu pasukan, believe or not? Believe it!!!

Bagi Madrid, mereka masih berpeluang untuk layak walaupun berdepan misi mustahil minggu depan. Pasukan yang hebat tidak kenal erti menyerah kalah sehingga tiupan widel terakhir..........

* Terkenang kebangkitan Liverpool di Istanbul setelah ketinggalan 3-0 di separuh pertama di tangan Milan........sweet memory........

Barca atau Madrid: Siapa lebih hebat???

Awal pagi tadi, Schalke-04 gagal menggunakan aksi di laman sendiri apabila mudah dijinakkan Man United 0-2. Dengan kekalahan itu, Man United tampak selesa untuk ke final. Untuk menambah sengsara Schalke pada pertemuan kedua minggu, Man U hanya perlukan sebiji gol di old Trafford. Waktu itu pasti Schalke akan merana untuk mencari 4 gol jika ingin layak ke final.

Namun, satu lagi pertemuan separuh akhir Liga Juara-Juara pasti lebih mencuri tumpuan ialah Barca menentang Madrid awal pagi esok di Santiago Bernabeu. Masing-masing mempunyai kelebihan sendiri & di atas kertas boleh dikatakan peluang adalah 50-50.

So, jangan lupa saksikan perlawanan El-Classico yang ke-3 dari 4 yang berlangsung dalam tempoh kurang sebulan.....

Monday, April 25, 2011

Semi final Champion League 2010-2011: Schalke vs Man United

Awal pagi esok, Man United bakal turun ke Veltins-Arena menghadapi tuan rumah, Schalke-04 pada pertemuan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara. Di atas kertas United pasti pilihan untuk melangkah ke final 28 Mei ini di Wembley.

Namun, kemampuan Schalke-04 untuk mencipta kejutan mungkin tidak boleh dipandang rendah. Sepanjang laluan ke separuh akhir, Schalke telah menumbang pasukan yang lebih berwibawa seperti Valencia & Inter Milan.

Schalke mungkin berharap barisan serangan yang diterajui oleh pemain berpengalaman Sepanyol, Raul Gonzalez mampu memberi impak berkesan keputusan perlawanan hari ini sebelum perlawanan kedua di Old Trafford minggu depan. Hanya bekalan selesa saja peluang terbaik untuk Schalke mencipta kejutan ke final untuk kali pertama.

Man United plak dijangka tidak menyenaraikan penyerangnya, Dimitar Berbatov yang masih dibelenggu kecederaan. Nasib pemain Bulgaria yang masih berbaki kontrak satu musim dengan United juga masih tidak menentu setelah Javier Hernandez menunjukkan prestasi menakjubkan musim ini.

Beberapa kelab seperti Sevilla & Spur dikatakan telah mula mengintai peluang mendapatkan khidmat Berbatov untuk musim depan...

Senarai yang perlu angkat kaki dari Anfield.....

Sabtu lalu, Liverpool menampilkan antara persembahan terbaiknya musim ini dengan membelasah Birmingham City 5-0 dengan Maxi menjaringkan hatrik pertamanya utk The Reds. Secara umumnya, Liverpool menunjukkan pemulihan ketara sejak Kenny Dalglish mengambil alih pasukan daripada Roy Hodgson.

Walaupun musim belum tamat tetapi secara amnya cabaran Liverpool terhadap kejuaraan Liga sudah lama berakhir. Satu2nya harapan Liverpool ialah menamatkan saingan di tangga ke-5 Liga untuk menempah 1 slot ke saingan Europa League musim depan.

Yang menarik sekarang ialah calon-calon pemain yang akan di offload musim depan. Antara nama-nama yang sudah tercalon ialah Joe Cole. Sejak kehadirannya ke Anfield, penampilannya agak terbatas & lebih tenggelam sejak Dalglish mengambil alih pasukan.

Selain Cole, Milan Jovanovich & Christian Poulsen juga dilihat pembelian yang tidak menguntungkan Liverpool. Mereka mungkin lebih sesuai dikatakan antara yang menjadi mangsa pertukaran pengurusan kelab.

Alberto Aquilani jugak sedang dalam urusan untuk memastikan pinjamannya ke Juventus bertukar menjadi perpindahan kekal setelah perpindahannya dari Roma gagal memberi impak kepada Liverpool.

Pemain malang seperti Paul Konchesky hampir pasti tidak akan kembali ke Anfield & begitu juga Fabio Aurelio yang lebih banyak menghabiskan masa di meja rawatan berbanding aksi di padang.

Selain yang disebutkan itu, Damien Comolli & Dalglish mungkin ada lagi senarai yang perlu menyiapkan beg untuk meninggalkan Anfiled......

Thursday, April 21, 2011

Man U kekal kelab paling bernilai untuk tahun ke-7 berturut-turut.......

Man United terus mengekalkan tag sebagai kelab paling bernilai oleh Majalah Forbes untuk tahun ke-7 berturut-turut dengan nilai hampir US$1.9 billion. Ini diikuti oleh Real Madrid & Arsenal di tangga ke-2 & 3.

Manakala David Beckham mengetui senarai pemain bolasepak yg mempunyai pendapatan paling tinggi dengan pendapatan tahun lalu dianggarkan mencecah US$40 juta. Pendapatan Beckham yang tinggi ini lebih disumbangkan melalui pembabitan beliau dlm bidang pengiklanan dengan Beckham dikatakan mempunyai kontrak yang lumayan dengan Pepsi & Electronic Arts.

Wednesday, April 20, 2011

Kesudahan dramatik dalam perebutan Liga Inggeris??

Selepas mencatat 3 kemenangan berturut-turut dalam liga, Chelsea kembali memintas Arsenal di tangga ke-2 dengan perbezaan jaringan & 6 mata di belakang Man United. Dengan berbaki 5 perlawanan dengan 15 mata maksima yang boleh dikumpul, peminat-peminat selain penyokong Man United pasti mahu melihat satu kesudahan yang dramatik dalam perebutan liga kali ni walaupun United dilihat selesa mendahului sebelum ini serta prestasi tidak konsisten semua pencabar utama seperti Arsenal, Chelsea serta pasukan berbelanja besar, Man City.

Mungkin pertemuan antara Man United & Chelsea pada 8 Mei ini boleh menjadi penentu adakah Man United benar-benar akan dimahkotakan juara Liga musim ini. Sama-sama kita saksikan nanti.............

Mereka perlukan bintang-bintang yang lebih established!!!!

Perkara ni memang dah lama TP ingin suarakan tapi hari kapten mereka sendiri menyauarakan hal ini. Arsenal tidak mungkin akan memenangi sebarang trofi jika berterusan mengharapkan pemain-pemain muda sahaja! menurut Cesc Fabregas.

Pada TP, Arsenal seharusnya mempunyai yang pemain yg benar-benar bintang & matang untuk meningkat moral & memotivasikan pemain-pemain muda yang ada. Memang bakat-bakat yang ada di Arsenal bagus tapi mereka perlukan lebih masa untuk berada di puncak prestasi. Untuk mengisi ruang-ruang ini, Wenger & pemilik Arsenal perlu segera membawa masuk bintang-bintang yang mampu menjana kemampuan keseluruhan pasukan.

Polisi Wenger yang suka mendapatkan pemain muda di usia bawah 20-an & kemudian ditune menjadi bintang besar seperti yang dilakukan kepada Henry, Vierra & Anelka sebelum dijual untuk keuntungan berlipat ganda perlu difikirkan semula berdasarkan kemarau trofi yang sudah berlanjutan ini.

Arsenal juga tidak mustahil akan melaksanakan polisi itu terhadap Fabregas sendiri yang kini sangat2 dikehendaki oleh kelab asalnya di Nou Camp. So kepada Arsenal, mereka perlu berbelanja setidak-tidak bermula awal musim depan jika tidak mahu kemarau ini berterusan.........

Sunday, April 17, 2011

13 mata lagi untuk United mengesahkan kejuaraan Liga!!!

Dengan keputusan seri semalam, menyaksikan peluang Arsenal untuk mencabar kejuaraan Liga dengan Man United semakin sukar dengan perbezaan 6 mata dan masing-masing berbaki 6 perlawanan. Walaupun di atas kertas, peluang masih terbuka namun konsistensi Man United nampak menyulitkan hasrat Arsenal menamatkan kemarau kejuaraan pada musim ini.

Secara matematiknya, Man United hanya perlukan 13 mata lagi dari baki 6 perlawanan tersebut (dengan andaian Arsenal menang semua baki perlawanan) untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011. Walaupun usaha tersebut mungkin tidak terlalu sukar namun United masih perlu berdepan Arsenal di Emirates pada 1 Mei & melayan kunjung Chelsea seminggu kemudian.

Saturday, April 16, 2011

Hasrat Man United untuk mengulangi treble'99 tidak kesampaian!!!



Beberapa hari lepas, media menjangkakan Man United akan mampu mengulangi kejayaan treble mereka pada 1999 dengan merangkul kejuaraan Liga, Piala FA serta trofi Juara-juara musim ini. Namun hasrat untuk mengulangi sejarah itu nampaknya tidak kesampaian malam ini apabila mereka disingkir oleh jiran setempat, Man City dalam pertemuan separuh akhir di Wembley sebentar tadi.

Gol tunggal Yaya Toure di minit ke-52 sudah cukup memberi sekurang-kurangnya kelegaan kepaada Roberto Mancini setelah City gagal menampilkan aksi konsisten dalam saingan Liga mahupun di Eropah. Man United turun menentang City tanpa kelibat penjaring sensasinya, Wayne Rooney yang digantung 2 perlawanan ekoran mengeluarkan kata-kata kesat sewaktu pertemuan Liga menentang West Ham baru-baru ini.

Penyingkiran ini menyaksikan peluang United masih terbuka untuk mencipta kejayaan double dalam kejuaraan Liga serta trofi Juara-Juara. Manakala City akan kembali ke Wembley sekali di aksi final menentang pemenang satu lagi separuh akhir antara Bolton dan Stoke.

Monday, April 11, 2011

The Reds menang bergaya ke atas City.......



Liverpool kembali mencatat kemenangan bergaya selepas menumpaskan Man City 3-0 di Anfield awal pagi tadi. Dua gol di separuh pertama daripada penyerang baru The Reds, Andy Carroll memberi tamparan kepada Roberto Mancini & pemilik Man City yang berbelanja besar sejak musim lalu. Biarpun tanpa beberapa pemain yang cedera, The Reds masih mampu menguasai perlawanan walaupun peluang mereka untuk merebut slotkeLiga Juara-Juara musim lepas semakin sukar.

Saturday, April 2, 2011

EPL 2/4/11: Man U bangun dari ketinggalan untuk menang!!

Man United bangun daripada ketinggalan 0-2 di Upton Park untuk menang selesa 4-2 menumpaskan West Ham United. West Ham yang mendapat 2 sepakan penalti di separuh pertama mendahului Red Devils selepas Mark Noble berjaya menyempurnakan kedua-dua penalti tersebut.

Namun Man U yang enggan menyerah kalah membuka jaringan permulaan di minit ke-65 melalui Wayne Rooney. Rooney seterusnya menyempurnakan jaringannya melalui gol di minit ke-73 & 79 (penalti). Manakala, Hernandez melengkapkan kemenangan Man U dengan gol di minit ke-84. Kemenangan ini menjarakkan Man U dengan pencabar terdekatnya, Arsenal dengan kelebihan 8 mata walaupun Arsenal bermain kurang 2 perlawanan (Arsenal akan bermain lewat hari ini menentang Blackburn Rover).