Saturday, May 28, 2011

Barcelona juara Champion League 2011

Barcelona seperti yang dijangka menepati ramalan kebanyakan peminat bolasepak apabila berjaya mengulangi kejayaan 2009 apabila menewaskan Man United pada pertemuan final Liga Juara-Juara 2010/11 dengan jaringan 3-1.

Separuh pertama, kedua pasukan terikat 1-1 melalui jaringan Pedro & Rooney. Namun di awal separuh kedua, Man United terlalu banyak memberi ruang kepada pemain Barca untuk mencipta gerakan. Akhirnya, Messi & Villa berjaya menyudahkan dua peluang.

Final whistle, BARCELONA 3 UNITED 1

* Kasi buat lauk itu sotong, Iker yang meramalkan Man United menang!!!!

Thursday, May 26, 2011

Siapa pilihan anda? Barca or United??



Final Champion League malam esok (Ahad pagi waktu Malaysia)akan mengulangi final 2009 menyaksikan juara Inggeris, Man United menentang juara Sepanyol, Barcelona. Mungkin ramai memilih Barca berdasarkan pemain serta persembahan semasa mereka. Namun, peluang United seharusnya tidak boleh dipandang rendah.

Kedua-dua pasukan dalam usaha mencipta kejayaan double musim ini setelah mengesahkan kejuaraan liga domestik. Alex Ferguson pasti mahu membalas dendam di atas kekalahan 2-0 di Rome 2009. Namun kejayaan mungkin memerlukan mereka bekerja keras untuk mengatasi anak2 buah Guardiola.

Jadi siapa pilihan anda? Red Devils or Barca??

Wednesday, May 25, 2011

David De Gea ke old Trafford??



Alex Ferguson mengesahkan Manchester United sedang dalam usaha mendapatkan penjaga gol Atletico Madrid, David De Gea. Namun di pihak De Gea & Atletico Madrid menafikan sebarang perjanjian telah termeterai antara pihak mereka dengan United.

De Gea antara penjaga gol yang disebut-sebut akan dibawa ke Old Trafford bagi menggantikan Edwin Van De Saar yang akan bersara hujung musim ini. Pada usia 21 tahun, Ferguson mengharapkan pembelian De Gea sebagai pembelian yang mungkin berbaloi untuk mengisi kekosongan penjaga gawang.

Antara nama lain yang pernah dikaitkan dengan Man United ialah penjaga gol Ajax, Martin Stekelenburg, Pepe Reina & Manuel Neuer.

Monday, May 23, 2011

Sergio Aguero: Mega transfer for next season?



Selepas Carlos Tevez mengumumkan mahu meninggalkan Manchester City, seorang lagi penyerang antarabangsa Argentina turut berbuat demikian. Kali ni, Sergio @ Kun Aguero pula menyatakan hasrat mahu meninggalkan Atletico Madrid.

Penyerang berusia 22 tahun ini dipercayai berbuat demikian kerana jika terus berada di Atletico, peluang beliau untuk merangkul trofi kejuaraan adalah terhad. Menantu Diego Maradona ini pernah dikaitkan dengan kelab setempat, Real & kelab Inggeris, Chelsea.

Namun persoalannya kelab mana yang mampu berbelanja besar untuk membawa Aguero keluar dari Vicente Calderon memandangkan pemain ini baru saja menandatangani kontrak baru sehingga 2014 dengan Atletico???

Madrid dapatkan lagi pemain baru........



La Liga musim 2010/11 baru saja menutup tirainya 2 hari yang lalu. Real Madrid menunjukkan kesungguhannya menghadapi musim baru apabila menandatangani pemain ke-3. Kali ini mereka mendapatkan khidmat pemain sayap Espanyol, Jose Maria Callejon.

Callejon merupakan bekas pemain remaja Madrid sebelum menyertai Espanyol pada 2008. Beliau mengikat kontrak selama 5 tahun dengan nilai perpindahan sekitar $5 juta pound.

Sunday, May 22, 2011

Honda & Abe: another City transfer target???




Mnchester City dilaporkan sedang menyenaraikan 2 pemain antarabangsa Jepun, Keisuke Honda & Yuki Abe untuk memperkuatkan skuad itu menghadapi cabaran liga serta kejuaraan Champion League musim depan.

Honda yang ketika ini beraksi untuk CSKA Moscow & Abe dengan Leicester City di England berkasi dengan baik ketika kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sebelum kecundang di tangan Paraguay di pusingan kedua.

Man City yangkaitkan dengan nama besar seperti Messi seperti Cristiano Ronaldo dijangka akan berbelanja besar lagi musim depan terutama dalam usaha menyaingi penguasaan Man United.

Ke mana Ancelotti selepas ini? Siapa akan dilantik untuk mengendalikan Chelsea??



Telah dijangka pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti akhirnya dipecat beberapa jam selepas Chelsea menamatkan kempen musim 2010/11 malam tadi dengan kekalahan 0-1 di tangan Everton. Persoalannya siapa bakal menduduki kerusi panas yg ditinggalkan Ancelotti?

Ancelotti pula mungkin akan kembali ke Serie A & berkemungkinan akan ke Juventus. Juventus baru saja menamatkan khidmat jurulatihnya, Luigi Del Nerri yang juga gagal memberi sebarang trofi untu Juve musim ini.

Saturday, May 21, 2011

La Liga: Juara 1999/2000 tersingkir!!!



Perlawanan terakhir La Liga musim 2010/2011 semalam juga menyaksikan juara Liga 1999/2000, Deportivo la Coruna teringkir daripada La Liga untuk cabaran musim depan. Kekalahan 0-2 di tangan Valencia mengesahkan Super Depor mengiringi Almeria & hercules beraksi di Liga Segunda musim depan.

Ronaldo cipta rekod baru jaringan terbanyak La Liga!!



Walaupun gagal membantu Real Madrid menjuarai La Liga namun Cristiano Ronaldo berjaya memecah rekod jaringan terbanyak liga semusim. 2 gol yang dijaringkan awal pagi tadi ketika Real membenam Almeria 8-1 menjadi Ronaldo penjaring terbanyak semusim dengan 40 jaringan.

Beliau berjaya memadamkan rekod 38 gol sebelum ini yang dipegang oleh bekas penyerang Real, Hugo Sanchez pada 1989/90 dan penyerang Athletico Bilbao, Thelmo Zarra pada musim 1959/60.

Friday, May 20, 2011

Venue perlawanan akhir Piala FA 2011 antara Kelantan vs Terengganu



Menurut berita yang diperolehi, venue perlawanan akhir Piala FA 2011 antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun ini telah diputuskan akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Rasanya tiada masalah untuk kedua-dua pasukan memenuhi ruang tempat duduk penonton di stadium berdasarkan sokongan semasa kedua-dua pasukan. Ayuh penuhkan stadium 11 Jun nanti!!!!

Tevez: Saya mahu blah dari Man City!!!



Carlos Tevez sekali lagi menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan Manchester City. Minggu lalu pengurus City, Roberto Mancini mendakwa Tevez akan kekal dengan kelab Eastland itu.

Penyerang Argentina itu pernah permohonan berpindah pada Disember lalu tetapi kemudian menarik semula permohonan itu. Desus-desas sebelum ini juga mendakwa beliau akan meninggalkan City hujung musim ini. Beliau juga pernah menolak kontrak baru dengan gaji $300,000 seminggu pada awal musim ini.

Keinginan Tevez untuk meninggalkan City mungkin berkaitan rapat dengan peluang beliau dalam skuad kebangsaan Argentina terutama selepas jurulatih kebangsaan Argentina, Sergio Batista dijangka akan mengenepikan beliau daripada kempen Copa America bulan Julai nanti.

Beliau merasakan jika terus berada dalam skuad City, peluang beliau untuk ke Piala Dunia akan datang lebih tipis walaupun beliau ketika ini menyertai Berbatov selaku penjaring terbanyak dalam Liga Inggeris dengan 20 gol.

Thursday, May 19, 2011

Lagi pemain baru Real Madrid............



Real Madrid mengesahkan mereka telah menandatangani perjanjian mendapatkan khidmat bekas pemain tengah Bayern Munich, Hamid Altintop secara perpindahan percuma. Altintop yang mempunyai 55 penampilan dengan Turki, dilepaskan oleh Bayern setelah lebih banyak memanaskan bangku simpanan sepanjang 4 musim bersama kelab Bavaria itu.

Perjanjian 4 tahun menyaksikan Altintop menjadi pemain berketurunan Turki ke-3 yang akan beraksi dalam skuad Jose ourinho selepas Mesut Ozil & Nuri Sahin yang dibeli bulan lalu daripada Dortmunt.

Wednesday, May 18, 2011

Andres Villas-Boas-jurulatih paling muda menang dalam sejarah pertandingan EUFA



Seperti dijangka, FC Porto berjaya menumpaskan Braga 1-0 di Dublin untuk merangkul Liga Europa musim ini. Anak2 buah Andre Villas-Boas berjaya mengulangi kejayaan tahun 2003 ketika kendalian Jose Mourinho yang menang Piala UEFA ketika itu.

Dengan kejaayaan ini, Porto melengkapkan hatrik mereka setelah muncul juara Liga & menang Supercup Portugal sebelum ini. Kejayaan ini juga menempah nama Villas-Boas sebagai pengurus termuda yang menang pertandingan dalam sejarah EUFA pada usia 33 tahun 213 hari.

Monday, May 16, 2011

Lagi piala jatuh dari atas bas!!!



Selepas Sergio Ramos menjatuhkan trofi Copa Del Ray bulan lalu semasa perarakan pemain dengan bas, penjaga gol Belanda & Ajax, Martin Stekelenburg pula mengulangi insiden yang sama apabila menjatuhkan perisai kejuaraan Liga Eredevisie Belanda yang dimenangi Ajax ketika berapa di atas bas.

Sunday, May 15, 2011

Jersi AC Milan musim 2011/2012



Lebih kurang 2 minggu lagi kempen bolasepak Eropah akan menutup tirainya. Pasukan-pasukan sudah mula mencongak strategi & perancangan musim depan. Pengenalan jersi-jersi baru pasukan untuk musim juga tidak ketinggalan. Antara yang sudah memperkenalkan jersi baru mereka ialah Chelsea dalam pertemuan menentang Newcastle United sebentar tadi (tapi gagal menaikkan semangat mereka & sekadar seri 2-2).

Antara jersi baru yang menarik perhatian ialah AC Milan. Jersi Milan baru dari ADIDAS menampilkan jalur yang lebih kecil berbanding jersi ketika ini. Adidas menampilkan 2 kualiti untuk keselesaan pemain samada dalam kualiti TECHFIT ataupun FORMOTION mengikut kesesuaian pemain.

Saturday, May 14, 2011

TAHNIAH!!!! Man United....

Seperti yg dijangkakan, Man United tiada masalah untuk mengutip sekurang-kurangnya satu matu lagi pada pertemuaan menentang Blackburn Rover. Jaringan penalti Wayne Rooney di minit 70 sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan Liga mereka musim ini & gelaran ke-19 dalam sejarah bolasepak Inggeris sekaligus mengatasi rekod 18 kejuaraan yang dikuasai oleh Liverpool.

So, pesta kegembiraan Man United yang berlangsung semalam pasti akan berterusan hingga 28 Mei nanti sebelum turun menentang Barcelona pada pertemuan akhir Liga Juara-Juara di Wembley nanti.

* TAHNIAH MAN UNITED!!!!

Thursday, May 12, 2011

Berita baik!!! King Kenny tandatangan kontrak 3 tahun.....Beware Man United!!!



Berita baik buat penyokong2 The Reds apabila Kenny Dalglish @ King Kenny telah sah menandatangani kontrak tetap selaku pengurus Liverpool untuk tempoh 3 tahun. Dalglish yang tiba Januari lalu menggantikan Roy Hodgson berjaya membawa The Reds di tangga ke-5 ketika ini & berpeluang untuk ke Liga Europa musim depan jika berjaya mengekalkan kedudukan ini.

Bekas pemain Scotland ini sangat berjaya sewaktu beraksi sebagai pemain Celtic & Liverpool. Memulakan karier pengurusannya bersama Liverpool pada musim 1985/86 menggantikan Joe Fagan & memenangi 3 kejuaraan Liga pada 1986, 1988 & 1990 (kejayaan liga terakhir yang dikecapi liverpool) serta Piala FA pada 1986 & 1989.

Ketika beliau & Liverpool di ambang kejayaan, beliau mengejutkan dunia bolasepak & seluruh penyokong The Reds dengan perletakan jawatan mengejut pada Februari 1991. Oktober tahun yang sama, beliau kembali ke Liga Inggeris untuk membimbing pasukan Blackburn Rovers & mereka berjaya memecahkan dominasi Man united dalam liga Perdana Inggeris dengan memenangi kejuaraan liga pada musim 1994/95 dengan kehebatan pemain seperti Alan Shearer, Chris Sutton, Jason Wilcox & Greame Le Saux.

Beliau sempat juga membimbing kelab lain seperti Newcastle United & Celtic. Hujung 2010, nama beliau kembali disebut-sebut untuk membimbing The Reds selepas prestasi buruk di bawah kendalian Hodgson. Januari lalu, pemilik baru The Reds dari US bersetuju melantik Dalglish untuk membimbing Liverpool secara sementara sehingga hujung musim ini.

Persoalan & harapan seluruh penyokong The Reds adakah king Kenny mampu mengembalikan mahkota Liga Inggeris yang kali terakhir digenggam ketika beliau masih pengurus pada tahun 1990? We want back our crown as English Champion!!!!

Wednesday, May 11, 2011

Pemain baru Madrid: Nuri Sahin



Isnin lalu, real Madrid mengesahkan mereka mendapatkan khidmat pemain tengah Borussia Dortmund, Nuri Sahin untuk musim hadapan. Kontrak pemain Turki kelahiran Jerman itu dilaporkan bernilai sekitar 10 juta pound.

Beliau yang membantu Dortmund menjuarai Bundesliga musim ini dibeli oleh Madrid untuk memperkuatkan tonggak tengah pasukan itu bagi menghadapi cabaran Liga yang sudah 3 musim dikuasai Barca.

Sahin, 22 tahun menandatangani kontrak selama 6 tahun dengan Madrid telah beraksi lebih 100 perlawanan dengan Dortmund sejak mula beraksi musim 2005/06. Beliau pernah semusim dipinjamkan kepada Feyenord Rotherdam.

Kehadiran beliau dijangka akan membuka ruang kepada Madrid untuk melepaskan pemain Brazil, Kaka yang tidak begitu menyerlah & sering dibelenggu kecederaan sejak tiba dari AC Milan.

* Saya lebih selesa jika Madrid dapat membawa Cecs Fabregas ke Santiago Bernabeu. Berdasarkan bakat & kemampuan, dia lebih sesuai mengemudikan jentera tengah Madrid bagi menyaingi kehebatan Messi & rakan2.....

Barcelona sah juarai La Liga musim 2010/11



Barcelona mengesahkan kejuaraan La Liga ke-3 berturut-turut setelah seri dengan Lavente 1-1 awal pagi tadi. Dengan keputusan itu, Barca mendahului pencabar terdekat, Real Madrid dengan 6 mata dari baki 2 perlawanan.

Jika Madrid berjaya menang baki perlawanan tersebut & Baca kecundang kedua-dua perlawanan maka pungutan mata kedua-dua pasukan akan sama tapi prestasi 'head to head' antara dua pasukan memihak kepada Barcelona.

Kejuaraan liga ini merupakan kejayaan ke-21 kelab Catalan tersebut & mereka sedang mengintai kejuaraan double musim ni jika menjuarai Liga Juara-Juara pada 28 Mei nanti.

Monday, May 9, 2011

Liverpool: Mengintai spot ke-4 liga???

Awal pagi ini, Liverpool mencatat satu lagi kemenangan besar menumpaskan Fulham 5-2 di Craven Cottage. Dengan 3 perlawanan terakhir, The Reds mencatat 13 jaringan & merupakan peningkatan ketara sejak diambilalih oleh King Kenny.

Liverpool ketika ini mengintai sekurang-kurang posisi di tangan ke-5 liga untuk layak bermain di Europa League musim depan. Peluang Liverpool kini bergantung kepada prestasi pasukan tempat ke-4 & 5, Machester City & Tottenham Hotspur.

Liverpool masih boleh berkira-kira untuk ke Liga Juara-Juara musim depan tetapi perlu mengharapkan City kalah baki 2 perlawanan mereka.......

* Jika prestasi begini ditunjukkan sejak awal musim, mungkin Liverpool adalah antara pencabar untuk kejuaraan Liga musim ini. Tapi sayangnya............

Sunday, May 8, 2011

Trofi Liga Perdana Inggeris hampir pasti dalam genggaman Man United!!!

Manchester United boleh diibaratkan 9 daripada 10 jari telah menggenggam trofi Liga Perdana Inggeris musim 2010/11 setelah menundukkan pesaing terdekat Chelsea 2-1 di Old Trafford semalam. Dengan kemenangan itu, Man United mendahului liga dengan kelebihan 6 mata dengan baki 2 perlawanan.

Di atas kertas, peluang Chelsea masih tetapi terlalu mustahil untuk dicapaikan. Perlawanan tampak milik United dengan jaringan seawal minit pertama oleh penyerang Mexico, Jaxier Hernandez seperti membunuh semangat pemain The Blues. Nemanja Vidic menambah derita Chelsea dengan gol ke-2 hasil tandukan sekaligus seperti mematikan terus peluang Chelsea.

Dengan kemenangan ini, Man United memerlukan 1 mata saja lagi untuk mengesahkan kejuaraan Liga ke-19 dalam sejarah kelab itu sekaligus mengatasi Liverpool yang memiliki 18 kejuaraan.

Sebaik saja wisel penamat dibunyikan, seluruh penyokong Man United di Old Trafford & di seluruh dunia sudah meraikan pra-pesta kegembiraan mereka musim ini. Namun usaha Man United untuk merangkul double pastinya tertumpu kepada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Wembley 28 Mei ini.

* Mampukah United mencipta double????

Cabaran Arsenal sudah pun tamat hari ini...........

Geleng kepala. Itulah reaksi pengurus Arsenal, Arsene Wenger ketika menyaksikan anak-anak buahnya kecundang 1-3 di tangan finalis Piala FA musim ini, Stoke City. Dengan kekalahan ini, secara perkiraannya bolehlah dikatakan cabaran The Gunners untuk memburu kejuaraan Liga sudah berakhir.

Dengan tertutupnya peluang ini maka Arsenal bakal menamatkan saingan musim ini dengan tangan kosong. Kepada hardcore2 Arsenal sila minta pemilik & Wenger membuat pembelian berkualiti untuk musim depan jika mahu menamatkan kemarau musim tanpa kejuaraan.....

Thursday, May 5, 2011

mampukah Man United mengekang kemaraan Barcelona???



Seperti yang dijangka & diharapkan Man United bakal berdepan Barcelona pada pertemuan final Liga Juara-Juara di Wembley 28 Mei ini. Pertemuan ini bagai misi menebus dendam buat Man United yang kecendung kepada Barca di Rome pada 2009 melalui jaringan Eto'o & Messi.

Di atas kertas ramai pasti memilih Barcelona berdasarkan prestasi semasa & dianggap 'team of the moment' ketika ini. Kedua-dua pasukan sedang memburu kejayaan double untuk musim ini.

Yang menghairankan ialah sebagai persediaan menghadapi Barca, Alex Ferguson diberitakan ingin mendapatkan nasihat daripada pengurus Real, Jose Mourinho sedangkan Mourinho sendiri gagal mencatur strategi untuk mengekang kemaraan Barca samada dalam 2 pertemuan separuh akhir UCL mahupun dalam saingan La Liga hehehe....

Di sini ada beberapa perkara yang rasanya boleh mengekang Barcelona di final nanti:

* Ferguson kena mengekang pergerakan playmaker Barca, Leo Messi yang bukan saja bleh mengumpan bola tapi juga mencipta percubaan yang berbahaya.

* Selain memberi tumpuan pada Messi, tidak boleh dilupakan pergerakan Inneista, Villa, Xavi & Pedro. Gandingan ini cukup bahaya jika terlepas kawalan yang baik.

* Barcelona suka menyerang dari tengah melalui Messi sebelum bola dilorongkan ke kiri atau kanan untuk Pedro atau David Villa ketika menghampiri kotak penalti. So Evra dan Fabio/Rafael perlu berhati-hati ketika naik menyerang.

* Kegagalan Mascerano melakukan marking kemas ke atas Marcelo ketika dia menjaringkan gol penyamaan di Nou Camp menunjukkan dia tak sesuai diletakkan di centreback & lebih kepada tugasan asalnya selaku holding midfielder. So mungkin Man U bleh eksploitasi kelemahan ini jika line-up Barca kekal seperti 2 hari yang lalu.

* Sayap Man United khususnya Nani tak bleh terlalu selffish ketika menguasai bola dan mempunyai ruang untuk menyumpan. Rasa Berbatov antara contoh pemain yang patut dicontohi....

So kepada Man United selamat menghadapi Barcelona hehhehehe........