Thursday, June 23, 2011

Hatta Man United pun akan bermain seperti Malaysia malam tadi jika..........

Tahniah!! Itu mungkin ucapan yang sesuai buat skuad Olimpik @ Harimau Muda yang berjaya menundukkan Lebanon dengan agregat 2-1 di Bukit Jalil. Dengan kemenangan ini, Malaysia melangkah ke peringkat kumpulan yang undiannya akan dilakukan bulan depan.

Mungkin ramai yang berdebar2 atau hangin dengan corak permainan bertahan Malaysia selepas Gary Stephan Robbat dibuang padang di awal babak ke-2. Lebanon hampir menguasai keseluruhan perlawanan di separuh kedua & Malaysia bernasib baik kerana Lebanon hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja.

Anyway, tak keterlaluan jika dikatakan Manchester United juga akan bermain seperti Malaysia malam ini jika mendahului dengan 2 gol & terpaksa bermain 10 org pemain hehehe.......!!!

Wednesday, June 22, 2011

New kits for season 2011/2012




Mampukah kita mengatasi Lebanon untuk berada di kalangan 12 pasukan terbaik Asia?

Malaysia akan turun menentang Lebanon pada perlawanan kedua kelayakan Olimpik di Stadium Bukit Jalil dengan bekalan agregat 0-0. Jika menang, Malaysia berpeluang ke peringkat kumpulan di kalangan 12 pasukan sebelum merebut 3 tempat secara automatik & 1 tempat secara play-off dengan pasukan Afrika.

Jadi mampukah anak2 buah Ong Kim Swee menggunakan kelebihan bermain di laman & di hadapan penyokong snediri untuk melayakkan Malaysia di kalangan 12 pasukan terbaik Asia kali ni?? Kali terakhir Malaysia layak bermain di Olimpik ialah pada tahun 1980 tetapi memboikot penyertaan waktu itu yang berlangsung di Moscow!!

Tuesday, June 21, 2011

Villas-Boas pengurus baru The Blues!!!


Chelsea hampir pasti akan melantik Andre Villas-Boas sebagai pengurus baru selepas pengurus FC Porto meletak jawatan selaku pengendali juara treble Portugis itu. Chelsea juga dilaporkan telah bersetuju membayar pampasan lebih kurang 15juta pound untuk melepaskan kontrak Villas-Boas dengan Porto.

Villas-Boas, 34 yang merupakan jurulatih termuda yang memenangi trofi dalam kempen di Eropah dilaporkan telah bersetuju dengan kontrak dengan The Blues dengan nilai sekitar 4juta pound setahun.

Lebih cepat Chelsea melantik pengurus mereka maka lebih cepatlah mereka merancang persediaan menghadapi musim depan terutama dari segi aspek perpindahan pemain yang berlangsung sekarang.

* Peminat Chelsea di Malaysia pasti menantikan Chelsea dengan pengurus dalam kunjungan tour ke negara ini bulan depan.

Sunday, June 19, 2011

2 kosong: Keputusan kelayakan Olimpik 2012

Malaysia 0 & Lebonan 0. Itulah yang dikatakan keputusan 2 kosong. Malaysia berjaya mengikat pasukan Lebonan di Beirut dalam perlawanan pertama kelayakan Olimpik 2012. Dengan keputusan itu maka peluang Malaysia (seharusnya) lebih cerah bila menerima kunjungan Lebonan di Kuala Lumpur Khamis ini.

Secara keseluruhan, Malaysia mempunyai beberapa peluang semalam tetapi gagal disempurnakan oleh penyerang atau diselamatkan oleh penjaga gol Lebonan. Berbanding Lebonan, secara keseluruhan pemain boleh dikatakan skuad kebangsaan mempunyai peluang untuk mengatasi Lebonan di gelanggang lawan. Namun perkara itu tidak berlaku semalam.

Dengan keputusan tersebut, skuad negara perlu mengelakkan Lebonan daripada meledakkan jaringan di Kuala Lumpur nanti. Semoga berjaya ke peringkat kumpulan nanti!!!

Alexis Sanchez ke Nou Camp.........

Selepas Man City membida, Man United juga mencuba tetapi laporan terkini menyatakan Barcelona yang berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah Udinese, Alexis Sanchez. Laporan menyatakan Udinese telah menerima bidaan Barca dengan nilai sekitar 35juta pound & pemain itu dilaporkan akan menandatangani kontrak dengan Barca dalam minggu ini.

Thursday, June 16, 2011

Fernando Gago menuju ke Anfield??



Liverpool dilaporkan sedang dalam usaha mendapatkan pemain tengah Real Madrid & Argentina, Fernando Gago. Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan tiada dalam perancangan masa depan Mourinho untuk kelab Bernabeu itu. Pengarah bolasepak Liverpool, Damien Comolli dilaporkan sudah berunding dengan agen pemain terbabit untuk membawanya ke Anfield.

Real meletakkan harga sekitar 15 juta pound untuk pemain terbabit tetapi Liverpool mungkin hanya menyediakan sekitar 10 juta pound saja kerana baru saja mengeluarkan perbelanjaan 16juta pound terhadap Jordan Henderson.

Wednesday, June 15, 2011

New 3rd jersey for Liverpool




Adidas baru saja melancarkan jersi ke-3 Liverpool selepas jersi utama, merah & away jersi warna hitam. Jersi ke-3 dengan warna putih serta jalur biru & hitam. Nampak seperti simple sahaja...tapi yang penting ialah cabaran Liverpool musim depan!!!!

Tuesday, June 14, 2011

Alexiz Sanchez milik City??


Manchester City dilaporkan akan mendahului kelab2 dalam usaha mendapatkan pemain sayap Udinese, Alexis Sanchez. City dikatakan telah mengeluarkan bidaan 27juta pound terhadap pemain Chile itu tetapi Udinese mahukan bayaran sekitar 30-35juta pound.

Sanchez, 23 yang beraksi cemerlang membantu Udinese untuk layak ke kejohanan Eropah musim depan turut dintai oleh kelab gergasi lain seperti Barcelona, Inter & Juventus.

Monday, June 13, 2011

Liverpool to get Adam? Barca try to chase Fabregas!!!


Barcelona kembali menunjukkan minat untuk mendapatkan bekas pemain remajanya, Cecs Fabregas daripada Arsenal. Kelab catalan itu dilaporkan telah meletakkan bidaan awal sebanyak 30juta pound tetapi ditolak oleh The Gunners. Arsenal dilaporkan enggan melayan sebarang bidaan di bawah 50 juta pound terhadap Fabregas.


Sementara itu, Liverpool dijangka akan memeterai perjanjian pembelian pemain tengah Blackpool & Scotland, Charlie Adam selewat-lewatnya Jumaat ini. Kedua-dua kelab dilaporkan telah bersetuju dengan yuran perpindahan sekitar 9juta pound.

Sunday, June 12, 2011

400,000 pound per week & I will play for City- Christiano Ronaldo



Christiano Ronaldo dilaporkan sanggup beraksi untuk Manchester City jika ditawarkan gaji 400,000 pound semingu!!! Adakah ini sekadar jenaka atau sindiran kepada Man City??

Saturday, June 11, 2011

Terengganu menang FA Cup! Kelantan dapat public holiday!

Terengganu akhirnya dinobatkan juara Piala FA 2011 setelah menumpaskan Kelantan 2-1 selepas masa tambahan. Kelantan dilihat hampir pulang sebagai juara namun gol sendiri Daudsu di masa kecederaan merubah keadaan. Walaupun kalah yang pasti esok public holiday untuk seluruh negeri Kelantan!!!

Friday, June 10, 2011

FA Cup Final: Kelantan bs Terengganu, what ur choice?

Di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ni bakal berlangsung perlawanan akhir Piala FA Malaysia antara Kelantan menentang Terengganu. Pasukan mana pilihan anda ? Mampukah Kelantan mengulangi kemenangan besar minggu lalu ke atas Terengganu?

Wednesday, June 8, 2011

Man United dapatkan Phil Jones pada 16juta pound!!



Manchester United dijangka akan mengesahkan pembelian pemain pertahanan Blackburn, Phil Jones minggu ini. Blackburn dilaporkan telah menerima bidaan 16juta pound daripada Man United & pemain muda itu sendiri memilih untuk ke Old Trafford berbanding tawaran daripada Liverpool.

Pembelian pertahanan mungkin untuk digandingkan dengan pemain muda United, Chris Smalling memandangkan kebanyakan pertahanan United telah meningkat usia. Kontrak pemain itu dijangka termerai selepas pemeriksaan kesihatan lanjut.

Skuad Brazil untuk Copa America 2011



Jurulatih Brazil, Mano Menezes harini mengumumkan skuad Brazil yang akan beraksi dalam kejohanan Copa America di Argentina bulan depan. Berikut senarai 22 pemain yang terpilih untuk kejohanan itu:

Penjaga Gol: Victor (Gremio), Julio Cesar (Inter)

Pertahanan: Daniel Alves (Barcelona), Maicon (Inter), Andre Santos (Fenerbahce), Adriano (Barcelona), Lucio (Inter), Thiago Silva (Milan), David Luiz (Chelsea) Luisao (Benfica)

Tengah: Lucas Leiva (Liverpool), Ramires (Chelsea), Sandro (Tottenham), Jadson (Shakhtar Donetsk), Elias (Atletico Madrid), Elano (Santos), Paulo Henrique Ganso (Santos), Lucas Silva (Sao Paulo)

Serangan: Robinho (Milan), Alexandre Pato (Milan), Fred (Fluminense), Neymar (Santos)

Tuesday, June 7, 2011

Liverpool sign Henderson for 20million pound........



Liverpool dilaporkan telah bersetuju dengan permintaan Sunderland sebanyak 20juta pound untuk mendapatkan pemain tengah The Black Cat, Jordan Henderson. Kenny Dalglish sebelum ini telah meletakkan tawaran 18juta pound tetapi ditolak oleh Sunderland.

Pembelian pemain tengah England itu juga akan menyaksikan penyerang Liverpool, David Ngog akan berpindah ke Sunderland. Target The Reds seterusnya ialah pemain sayap Aston Villa, Stuart Downing & pemain tengah Blackpool, Charlie Adam.

Monday, June 6, 2011

Liverpool vs Pilihan Malaysia



Liverpool mengesahkan mereka akan menentang Pilihan Malaysia pada pertemuan siri jelajah Asia pra musim pada 16 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia merupakan perlawanan ke-2 Liverpool dalam siri jelajah itu selepas dijadualkan menentang sebuah kelab China pada 13 Julai.

Tiket perlawanan berharga antara RM58 hingga RM388 boleh didapati secara online di www.ticketpro.com.my

Kepada peminat2 Liverpool di Malaysia & negara jiran bolehla mendaptkan tiket untuk menyaksikan bintang2 The Reds beraksi.

Olimpik Malaysia lawan Kemboja 5 petang ini...



Skuad Olimpik @ Harimau Muda A akan turun petang ini menentang skuad Olimpik Kemboja dalam satu perlawanan persahabatan. Ia antara persiapan terakhir anak2 buah Ong Kim Swee sebelum menentang Lebonan dalam kelayakan Olimpik pada 19 Jun ini.

Saturday, June 4, 2011

EURO 2012: England sekadar seri 2-2 dengan Switzerland

England bernasib baik apabila bangun daripada ketinggalan 2 gol untuk mencatat keputusan seri dengan 2-2 dengan Switzerland dalam kelayakan EURO 2012 Kumpulan G.

Wednesday, June 1, 2011

West Ham install new manager



West Ham install Sam Allardyce sebagai pengurus baru untuk membawa cabaran musim depan setelah tersingkir daripada Liga Perdana. Allardyce yang dipecat daripada Blackburn pertengahan musim dilantik menggantikan Avram Grant yg dipecat sebaik saja tamat perlawanan terakhir mereka.