Friday, September 2, 2011

Gunners can't standing with their old policies....



Arsenal menggunakan kesempatan terakhir sebelum tempoh perpindahan musim panas ditutup dengan mendapatkan khidmat pemain tengah Everton, Mikel Arteta & pemain Chelsea, Yossi Benayoun.

Menjadi persoalan sekarang ialah mampukah pemain2 tersebut mengisi kekosongan yg ditinggalkan oleh Cecs Fabregas & Samir Nasri?

Arteta merupakan bekas pemain remaja Barcelona yg gagal menempah posisi dalam skuad senior kelab Sepanyol itu. Berkelana ke PSG, Glasgow Ranger dan Sociedad sebelum berjaya berada dalam kesebelasan Everton.

Pemain ini pernah beraksi untuk skuad bawah umur Sepanyol tetapi tidak pernah mewakili skuad utama juara dunia itu. Beberapa musim kebelakangan ini, Arteta dilihat sering dibelenggu kecederaan & kecergasan.

Manakala Benayoun dipinjamkan daripada Chelsea sehingga hujung musim ini setelah tidak tersenarai dalam perancangan pengurus baru The Blues, Andre Villas Boas. Bekas pemain Liverpool itu rasanya bukan calon sesuai untuk memulihkan kemelut yang melanda The Gunners.

Pembelian terdesak beberapa pemain berpengalaman serta meminjam keluar beberapa pemain mudanya menunjukkan Wenger tidak lagi mampu bertahan dengan polisi kelab itu yg terlalu bergantung pada kebangkitan pemain muda sehingga 6 musim ketandusan kejuaraan & piala...

Thursday, September 1, 2011

Last minute transfers............

Berikut sebahagian perpindahan yg berlaku di hari terakhir musim perpindahan Ogos:

* Liverpool melepaskan Raul Meireles ke Chelsea dengan harga sekitar 12juta pound tetapi mendapatkan semula penyerang Wales, Graig Bellamy daripada Manchester City.

* Arsenal membuat beberapa pembelian last minute dengan mendapatkan pemain Brazil,Andre Santos, Mikel Arteta, Per Mertesacker & Yossi Benayoun.

* Hotspur pula mendapatkan khidmat Scot Parker daripada West Ham & melepaskan beberapa pemain seperti Peter Crouch, Alan Hutton, Wilson Palacios, David Bentley.

* Man City membuat kejutan mendapatkan khidmat bekas pemain tengah Man United, Owen Hargreaves & melepaskan Craig Bellamy ke Liverpool & Shaun Wright Philips ke QPR.