Monday, February 28, 2011

Chelsea vs Man United: Who will win???



Awal pagi esok (waktu Malaysia), Man United akan berkunjung ke Stamford Bridge menentang Chelsea dalam jadual Liga Perdana Inggeris. Jika menang, Man United mampu mengukuhkan cengkamannya di persada liga dengan kelebihan 7 mata di hadapan Arsenal. Namun, The Blues yang ketika ini dalam prestasi kurang memberangsangkan & berapa di tangga ke-5 liga pasti tidak mahu memberi laluan mudah buat United.

Man United bernasib baik kerana penyerangnya, Wayne Rooney terlepas dari sebarang pergantungan ekoran insiden menyiku pemain Wigan dalam pertemuan liga hujung minggu. Chelsea juga berdepan kontroversi pemainnya, Ashley Cole yang terlibat menembak seorang budak menggunakan pistol angin.

Namun, peminat masih menanti jaringan sulung Fernando Torres sejak perpindahan mega dari Liverpool.............

* Sapa akan menang pada perkiraan anda?

Sunday, February 27, 2011

Arsenal gagal menamatkan kemarau 6 tahun tanpa piala......



Kemarau Arsenal untuk merangkul piala selama 6 tahun berterusan apabila kecundang 1-2 kepada Birmingham dalam perlawanan akhir Piala Liga Carling di Wembley semalam. Salah faham antara pertahanan, Laurent Koscielny & penjaga gol, Wojciech Szczesny memberi peluang mudah kepada penyerang Birmingham, Obafemi Martins menjaringkan gol kemenangan pada minit 89 ketika kedua-dua pasukan melihat permainan akan berlanjutan ke masa tambahan.

Kejayaan merangkul Piala Liga ini merupakan kejayaan meraih piala yang pertama buat Birmingham sejak 1963. Bagi Arsenal cita-cita untuk merangkul 4 piala musim ini bagai menjadi sukar. Laluan ini pasti lebih berliku apabila mereka bertandang ke Nou Camp, rabu ini untuk perlawanan kedua peringkat kalah mati Liga Juara-Juara menentang Barcelona dengan kelebihan jaringan tipis 2-1.

Thursday, February 24, 2011

Europa League Draw: Next Round

Undian pusingan kedua peringkat kalah mati Liga Europa akan beraksi 10 & 17 Mac ini dengan wakil Inggeris, Liverpool & Man City berjaya meneruskan kemaraan selepas menewaskan lawan masing-masing pagi tadi. Undian penuh seperti bawah:

Benfica v Paris St Germain
Dynamo Kiev v Manchester City
FC Twente v Zenit St Petersburg
CSKA Moscow v FC Porto
PSV Eindhoven v Rangers
Bayer Leverkusen v Villarreal
Ajax Amsterdam v Spartak Moscow
Liverpool v SC Braga

Keluarga Qatar dalam bidaan Man United!!!


Laporan terbaru menyatakan keluarga diraja Qatar sedang dalam proses membida Man United daripada The Glazers. Bidaan terbaru dijangkakan mencecah 1.5 billion pound selepas bidaan awal sekitar 1 billion pound ditolak sebelum ini.

Bidaan besar daripada keluarga Al-Thani ini dipercayai berkait rapat dengan usaha keluarga diraja Abu Dhabi mentransformasikan Manchester City......

Tuesday, February 22, 2011

Kelayakan Sukan Olimpik Menentang Pakistan

Berdasarkan ranking & pembangunan serta kekuatan semasa, pasukan Olimpik kebangsaan seharusnya tidak berdepan masalah untuk mencipta kemenangan selesa bila berdepan Pakistan pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Olimpik malam ini di Stadium Shah Alam.

Masih dibayangi kegembiraan skuad senior yang bangkit memenangi Piala AFF Suzuki Disember lalu, skuad Olimpik seharusnya menyediakan bekalan selesa malam ini sebelum bertandang ke Pakistan 9 Mac nanti. Anak2 buah Ong Kim Swee seharusnya menjadi pertemuan dengan Pakistan sebagai penerus kebangkitan bolasepak Malaysia di pentas antarabangsa yang hampir 2 dekad terumbang ambing.

Pakistan yang lebih popular dengan kriket & hoki seharusnya tidak menjadi penghalang kebangkitan skuad bolasepak Malaysia......

Monday, February 21, 2011

Montella jurulatih baru AS Roma........



Menurut laman Twitter Soccernet, Kelab Itali, AS Roma secara rasmi telah menamakan bekas penyerangnya, Vincenzo Montella sebagai jurulatih baru menggantikan Claudio Ranierri yang meletak jawatan beberapa hari lepas.

Montella, 36 tahun yang juga bekas penyerang antarabangsa Itali merupakan jurulatih remaja kelab tersebut akan memegang jawatan tersebut secara sementara sehingga kelab membuat keputusan mencari pengganti atau meneruskan khidmatnya secara tetap.

Sunday, February 20, 2011

Ancelotti bakal dipecat????



Selepas melalui beberapa minggu yang suram serta prestasi yang terumbang-ambing dengan kedudukan liga menjunam ke tangga ke-5 serta tersingkir di pusingan ke-4 Piala FA di tangan Everton, nasib Carlo Ancelotti kini mula menjadi teka-teki.

Dengan prestasi sedemikian serta jumlah belanja melebihi 70juta Pound Sterling di hujung musim perpindahan Januari lalu, pastinya pemilik Chelsea, Roman Abramovich sedang membuat percaturan untuk mencongak nasib mereka musim ini. Apakah mungkin Ancelotti akan ditunjukkan jalan keluar selepas pertemuan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara menentang FC Copenhagen esok? Atau menanti hingga pertemuan dengan seteru liga, Man United pada minggu hadapan?? Semuanya pasti akan terjawab sedikit masa lagi!!!!

* Terbaru, Pengarah Sukan mereka, Frank Arnesen mengumumkan beliau akan ke Hamburg selepas selesai kontraknya hujung musim ini..........