Sunday, January 2, 2011

Roy Hodgson seat on the line!!!!



Liga Perdana Inggeris sudah melepasi pertengahan musim & semua pasukan berada dalam tempoh paling sibuk dengan perlawanan liga yg berlangsung pertengahan & hujung minggu. Man United terus menerajui liga diikuti pasukan lain seperti jiran setempat, Man City, Arsenal & Chelsea yang agak terumbang-ambing selepas mendahului liga pada awal musim.

Pasukan2 lain seperti Spur, Sunderland & Bolton juga mencuri perhatian untuk berapa dalam kelompok 4 terbaik. Manakala, Liverpool masih tercari-cari rentak untuk bersaing. Sejak diambil alih oleh pemilik serta pengurus baru, Liverpool masih terkial-kial untuk kembali menyertai kelompok elit Liga Perdana.

Tewas di tangan Wolves serta menang tipis dengan Bolton sabtu lalu cukup meresahkan seluruh penyokong The Reds & kehadiran di Anfield sabtu lalu merupakan rekod kehadiran penonton terendah sejak beberapa tahun yang lalu. Media2 Britain melaporkan, pemilik baru The Reds dikatakan telah hilang sabar dengan kemampuan Roy Hodgson & dijangka akan memecat pengurus itu dalam tempoh terdekat. Mungkin kunjungan ke Ewood Park Rabu ini akan menjadi khidmat terkhir Hodgson dengan Liverpool. Tunggu & lihat!!!!

No comments:

Post a Comment