Sunday, June 19, 2011

2 kosong: Keputusan kelayakan Olimpik 2012

Malaysia 0 & Lebonan 0. Itulah yang dikatakan keputusan 2 kosong. Malaysia berjaya mengikat pasukan Lebonan di Beirut dalam perlawanan pertama kelayakan Olimpik 2012. Dengan keputusan itu maka peluang Malaysia (seharusnya) lebih cerah bila menerima kunjungan Lebonan di Kuala Lumpur Khamis ini.

Secara keseluruhan, Malaysia mempunyai beberapa peluang semalam tetapi gagal disempurnakan oleh penyerang atau diselamatkan oleh penjaga gol Lebonan. Berbanding Lebonan, secara keseluruhan pemain boleh dikatakan skuad kebangsaan mempunyai peluang untuk mengatasi Lebonan di gelanggang lawan. Namun perkara itu tidak berlaku semalam.

Dengan keputusan tersebut, skuad negara perlu mengelakkan Lebonan daripada meledakkan jaringan di Kuala Lumpur nanti. Semoga berjaya ke peringkat kumpulan nanti!!!

No comments:

Post a Comment