Wednesday, November 30, 2011

Lucas bakal terlepas baki aksi bersama Liverpool........



Liverpool berkemungkinan akan kehilangan khidmat tonggak tengah, Lucas Leiva untuk baki cabaran musim ini. Pemain tengah Brazil tu terpaksa diusung keluar pada perlawanan menentang Chelsea pada suku akhir Carling Cup setelah bertembung dengan pemain Chelsea.

Pemain itu dipercayai menghadapi kecederaan ligamen lutut dan keputusan imbasan akan memberi keputusan tentang tahap kecederaan tersebut.

Pemain yg tidak begitu mendapat tempat semasa kendalian Benitez & Roy Hodgson dulu, menjadi tonggak utama The Reds selepas Dadglish memngambil alih pengurusan sejak hujung musim lalu.

Liverpool kini telah mengambil pulang pemain muda, Jonjo Shelvey yg dipinjamkan ke Blackpool untuk sebarang kemungkinan kecederaan Lucas tersebut.

No comments:

Post a Comment