Thursday, April 19, 2012

Barcaa & Real kecundang...terkuburkah hasrat melihat mereka di pentas final?

Perkara yg paling tak menarik minggu ni ialah kecundangnya Barca di Stamford Bridge. Biarpun menguasai permainan namun kelab Catalan gagal menembusi benteng Chelsea. Kemenangan 1-0 Chelsea memberi mereka kelebihan jaringan & jika mereka mejaringkan 1 lagi gol di Nou Camp minggu depan bermakna Barca perlu membalas sekurang2nya 3 gol kembali. Turun kecundang ialah seteru kuat Barca, Real di tangan kelab Bavaria, Bayern Muchen. Namun seperti Barcelona, Real masih berpeluang ke final Champion Leagua apabila melayan kunjungan Bayern di Santiago Bernabeu minggu depan. Pada Soccerrat, pentas final seharusnya menemukan 2 gergasi Sepanyol tu yg terbaik bukan sahaja dari segi kepuasan final nanti tetapi juga untuk nilai komersil yg lebih tinggi. Kalau Chelsea yg melangkah, anti climaxla jawapnya. Kita xmahukan aksi pemain2 berusia yg membarisi skuad Chelsea...we want BARCA!!! Turun memberi kelegaan ialah melangkah juga Liverpool ke pentas akhir Piala FA Inggeris selepas menjinakkan jiran tetangga, Everton 2-1. Selepas menang Carling Cup bulan lalu, trofi FA mungkin sekurang2nya mengubat sedikit kekecewaan musim ini selepas gagal mencabar kejuaraan liga, The Red's juga terlepas slot ke Liga Juara-Juara musim depan. Dengan Chelsea yg menanti di final nanti nampaknya harapan untuk kejuaraan double nampak sulit buat Liverpool....we'll see what happen in the final...

No comments:

Post a Comment