Wednesday, August 15, 2012

RVP switch to Old Trafford..Nuri Sahin otw to Anfield..

Seluruh peminat bolasepak Inggeris sedang terarah proses perpindahan kapten Arsenal, Robin Van Persie ke Man Utd. Menurut media di sana, Arsenal dilaporkan telah bersetuju untuk melepaskan kapten mereka selepas RVP gagal mencapai persetujuan untuk sambungan kontrak baru. RVP dilaporkan ditawarkan gaji sekitar 200k pound seminggu oleh Man Utd & Arsenal bakal mendapat yuran perpindahan sekitar 20juta pound dan mungkin juga bersama pemain Mexico, Jaxier Hernandez. Kontrak RVP dengan Man Utd bakal dilengkapkan selepas kontrak peribadi & ujian perubatan diselesaikan. Sementara itu, Liverpool dijangka akan melengkapkan pinjaman semusim pemain tengah Real Madrid & Turki, Nuri Sahin. Sahin ditawarkan pinjaman oleh Brendan Rodgers dengan pilihan untuk perpindahan kekal setelah penyertaan pemain antarabangsa Turki itu dalam skuad Madrid agak terbatas.

No comments:

Post a Comment