Wednesday, January 26, 2011

Kerana mulut, badan binasa: Andy Grays & Richard Keys.......



Kontroversi berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya & berbaur seks, akhirnya pengulas bolasepak terkenal Sky Sport, Andy Gray dipecat dari badan penyiaran sukan tersebut. Manakala seorang lagi penyampai sukan bolasepak di siaran itu, Richard Keys pula meletakkan jawatan berhubung kontroversi tersebut.

Bermula dengan kenyataan terhadap pembantu pengadil wanita, Sian Massey yang bertugas semasa perlawanan Wolves & Liverpool, Sabtu lalu. Hal ini berlarutan apabila Gray, antara pengulas yang mendapat bayaran tertinggi di Britain didakwa mengeluarkan komen yang berbaur seksual terhadap rakan penyampainya di siaran tersebut. Inilah dikatakan kerana mulut, badan binasa........

* Kepada peminat2 Liga Inggeris yang sentiasa menonton di ASTRO tentu kenal mereka berdua ini.....

1 comment:

  1. Itulah, suka sangat look down on women when it comes to football.
    Lineswoman tu okay je. mamat berdua ni yang hilang kerja. Hehehe.

    ReplyDelete