Monday, March 7, 2011

Masa depan Man United????



Selepas kekalahan 1-3 kepada Liverpool Ahad lepas, mungkin ada yg bertanya mampukah Man United untuk menjuarai Liga Inggeris musim ini? Man United mempunyai baki 9 perlawanan dengan 2 perlawanan dalam tempoh seminggu menentang Arsenal & Chelsea awal Mei nanti. Di samping itu, Man U juga bakal berhadapan kelab yg bergelut di zon penyingkiran seperti Blackpool, Blackburn & Fulham. Pasukan2 ini mampu memberi mimpi ngeri buat United.

Perlawanan Ahad lalu juga memberi persoalan tentang masa depan skuad United yang masih bergantung harap pada kuda-kuda tua. Van Der Saar bakal menggantung glovenya hujung musim ini. Giggs & Scholes juga sudah memasuki umur persaraan tapi masih kekal dalam kesebelasan utama walaupun sumbangan mereka nampak terhad.

Tonggak2 United yang lain seperti Evra, Ferdinand, Berbatov, Ji Sung, Vidic, O'Shea, Brown semua sudah memasuki usia 30-an. Selain pemain muda seperti Hernandez, Fabio & Smalling, United dilihat tiada muda baru lain yang boleh menonjol & menjadi pengganti pemain-pemain sedia ada.

Dari segi pembelian pemain juga, Alex Ferguson dilihat tidak begitu ghairah mencari pemain baru berbanding kelab seperti Man City & Chelsea. Adakah Ferguson terlalu berhati-hati dengan setiap sen yang dibelanjakan? Dari segi usaha mengenengahkan pemain pelapis juga, Man United agak kurang memberi pendedahan pemain mudanya berbanding Arsenal.

Walaupun perkara2 ini diperbincangkan namun Alex Ferguson pasti mempunyai pandangan sendiri berkenaan masa depan United...........11 kejuaraan Liga sepanjang kariernya sebagai pengurus United bagaikan bukti dia lagenda yang sukar diatasi....Kejuaraan liga musim ini penting untuk United mengatasi Liverpool dengan rekod 19 kejuaraan liga...........

2 comments:

  1. nice entri...
    sy dgr cte, man utd akan berbelanja bsr musim dpn, keluarga glazer dikatakan akan mengeluarkan 100juta utk membeli pemain2 yg berbakat.. skrang ni diorg tgh dlm urusan nak beli player dr palermo rasanya, tak ingat nama lak.. adoi.. selain tu dgr kata diorg akan cuba pancing,ashley young, gareth bale, jack rodwell, pepe reina @ neuer utk memperkuatkan pasukan bg masa hadapan...

    ReplyDelete
  2. armando- hopefully man utd akan splash their cash utk utk tujuan tersebut..........

    ReplyDelete