Tuesday, June 21, 2011

Villas-Boas pengurus baru The Blues!!!


Chelsea hampir pasti akan melantik Andre Villas-Boas sebagai pengurus baru selepas pengurus FC Porto meletak jawatan selaku pengendali juara treble Portugis itu. Chelsea juga dilaporkan telah bersetuju membayar pampasan lebih kurang 15juta pound untuk melepaskan kontrak Villas-Boas dengan Porto.

Villas-Boas, 34 yang merupakan jurulatih termuda yang memenangi trofi dalam kempen di Eropah dilaporkan telah bersetuju dengan kontrak dengan The Blues dengan nilai sekitar 4juta pound setahun.

Lebih cepat Chelsea melantik pengurus mereka maka lebih cepatlah mereka merancang persediaan menghadapi musim depan terutama dari segi aspek perpindahan pemain yang berlangsung sekarang.

* Peminat Chelsea di Malaysia pasti menantikan Chelsea dengan pengurus dalam kunjungan tour ke negara ini bulan depan.

2 comments:

  1. his career gonna be in danger..
    chelsea is not porto :P

    ReplyDelete
  2. I'm really agreed with u....chelsea like do or die place!!!

    ReplyDelete