Thursday, August 25, 2011

Liverpool still active in transfer market!!!



Liverpool dilaporkan telah bersetuju dengan kontrak 7juta pound untuk membeli pemain muda terbaik Copa America 2011, Sebastian Coates daripada kelab Uruguay, Nacional. Coates dilaporkan berminat menyertai rakan senegaranya, Luis Suarez beraksi dalam Premier League.

Dalam usaha membina pasukan barunya, Dalglish telah bersetuju melepaskan Alberto Aquilani ke AC Milan dengan pinjaman semusim dengan syarat perpindahan kekal jika pemain tengah Italy itu beraksi melebihi 25 perlawanan dengan Milan.

Sementara, Dalglish juga memikirkan beberapa tawaran untuk melepaskan pemain tengah England, Joe Cole selepas pemain itu dilaporkan tiada dalam perancangan Dalglish. Dalglish juga berkemungkinan besar akan melepaskan David Ngog ke Bolton sebelum pasaran pemain ditutup hujung bulan ini.

Khabar angin juga menyatakan bekas pemain The Reds, Graig Bellamy akan kembali ke Anfield selepas pemain itu tiada dalam perancangan Roberto Mancini musim ini. Kontrak Bellamy masih berbaki 2 musim & City menanggung kos 90ribu pound seminggu untuk penyerang Wales itu. Liverpool mungkin bersedia menerima pemain itu kembali dengan syarat perpindahan percuma sahaja.

No comments:

Post a Comment