Wednesday, August 31, 2011

Transfer dateline today!!!


Menjelang tarikh akhir musim perpindahan Ogos, Liverpool membuat beberapa transaksi ke atas beberapa pemain. Melepaskan David Ngog ke Bolton dengan harga sekitar 4juta pound. Membenarkan pinjaman midfielder Denmark, Christian Poulsen ke kelab Perancis, Evian Thonon hingga hujung musim.

Juga membenarkan pinjaman ke atas bekas pemain tengah England, Joe Cole ke Lille dengan harapan boleh memikat pemain sayap yg sedang diintai kebanyakan kelab, Eden Hazard. Turut dilepaskan ialah pertahanan kiri Argentina, Emiliano Insua ke Sporting Lisbon.

The Reds tidak hanya melepaskan beberapa pemain tetapi juga mendapatkan tandatangan beberapa pemain seperti Sebastian Coates, pertahanan muda Uruguay. Yang paling menarik ialah Graig Bellamy mungkin akan kembali ke Anfield...........

* Ketika Liverpool cuba mengukuhkan cabarannya musim ini, tumpuan pasti lebih terarah kepada Arsenal yg perlu menggunakan hari terakhir perpindahan untuk menggantikan pemain2 yang dilepaskan. Penting kerana Gunners tidak hanya bersaing dalam liga domestik tetapi cabaran mereka dalam Liga Juara-Juara juga perlu diambil kira untuk kelangsungan kelab itu!!!

No comments:

Post a Comment