Thursday, December 1, 2011

ATM sedang menjejaki pasukan-pasukan elit lain??

Juara Piala Malaysia, Negri Sembilan mengesahkan beberapa pemainnya termasuk Hairuddin Omar, Aidil Zafuan, Zaquan Adha serta Irwan Fazli Idrus akan berhijrah ke ATM. Mungkin ramai yang tidak menjangkakan tindakan mereka kerana ATM hanya akan beraksi di Liga Perdana & cabaran ATM sejak dulu memang tidaklah sehebat mana.

Mungkin ada dana besar yg disuntik ke ATM untuk membolehkan mereka membayar gaji yg setanding dengan pasukan2 elit lain terhadap pemain2 tersebut. Ramai yg maklum pemain2 seperti Aidil, Zafuan & Hai-O mempunyai nilai & gaji yg dibayar kepada mereka juga besar.

Apakah ATM akan mengikut jejak2 kelab Inggeris seperti Chelsea & Man City yg bangun menjadi kelab elit selepas dana2 besar disuntik? Hanya masa yang akan menentukan.......

No comments:

Post a Comment