Wednesday, January 18, 2012

Liverpool & Adidas akhirnya bercerai........Warrior menanti dengan 25juta!!!



Adidas membidas Liverpool sebagai GAGAL dengan prestasi semasa kini. Kritikan pedih ini timbul dari mulut Ketua Eksekutif Adidas selepas perbincangan semula kontrak antara kedua-dua pihak gagal. Herbert Hainer menyifatkan apa yg diminta Liverpool tidak sepandan dengan prestasi semasa kelab itu.

Mungkin kita tidak nafikan Liverpool ketika ini jauh dari yg diharapkan tapi Adidas perlu fikir yg Liverpool satu jenama yg establish dalam bolasepak dunia & tidak perlu dinafikan yg The Red's mempunyai peminat di seluruh pelusuk dunia.

Kritikan pedas Adidas itu rasanya lahir atas kekecewaaan ekoran Liverpool melalui pemilik Amerika telah menandatangani kontrak baru dengan Warrior (subsidari New Balance) iaitu penaja yg sama kelab baseball Boston Red Sox (juga dimiliki oleh Fenway Sports-pemilik Liverpool ketika ini).

Perjanjian baru itu dilaporkan yang terbesar dalam sejarah penaja jersi & pakaian kelab Inggeris dengan nilai sekitar 25juta pound mengatasi nilai 23juta pound tajaan NIKE untuk Man Utd. Nilai ini juga 2 kali lebih besar daripada penajaan Adidas kepada Liverpool sekarang.

* kepada penyokong & peminat Liverpool, mulai season depan kita akan pakai new kits hehehe.........

No comments:

Post a Comment