Friday, January 20, 2012

Kedah mahu 3 mata tapi bungkus dengan 3 gol hehehe....



Kedah mengharapkan 3 mata daripada perlawanan semalam menentang Kelantan di Alor Setar tetapi yang dapt hanya 3 gol bolos hehehe....Perlawanan semalam juga menyaksikan Kedah terus buntu di gawang lawan.

Kegagalan itu menjadikan Kedah, pasukan tunggal dalam persaingan Liga Super yang belum menjaringkan sebarang gol setelah bermain 4 perlawanan. Satu rekod yang kiranya sangat buruk bagi Sang Kenari.

Di bawah kendalian jurulatih sementara, Mohd Nizam Adha, Kedah sangat2 struggle menghadapi cabaran liga musim ini. Mereka perlu menanti sehingga bulan hadapan sebelum Wan Jamak Hassan kembali memikul tugas jurulatih selepas digantung oleh FAM ekoran kritikan terhadap pengadil.

No comments:

Post a Comment