Wednesday, July 27, 2011

D-Day for Malaysia Football tonight!!!

Seperti D-Day untuk bolasepak Malaysia hari ini. Pertemuan kedua, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang musuh berjiran, Singapore. Selepas sekian lama, bolasepak Malaysia tidak diberi tumpuan yg sebegini hebat. 90,000 tiket sudah habis dijual & ramai lagi yg kecewa kerana gagal untuk masuk ke Stadium Nasional malam ini.

Singapore hadir dengan kelebihan 2 gol selepas menang 5-3 di tempat sendiri Sabtu lalu. Namun, Malaysia akan melayan kunjungan Singapore malam dengan kelebihan sokongan lebih 80,000 penyokong tempatan. Persoalannya mampukah kelebihan ini memberi impak kepada skuad kebangsaan untuk mengatasi 2 gol tersebut?

Untuk perlawanan mlm ini, Malaysia akan kehilangan ketua pasukan, Shafiq Rahim yg digantung ekoran kad merah yang diterima minggu lalu. Malaysia berkemungkinan akan menurunkan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat & Aidil Zafuan yg kembali selepas dilanda kecederaan.

Dalam usaha mencari 2 gol atau lepas, barisan Harimau Malaya perlu mengekang gerakan daripada tonggak Singapore seperti Alexandre Duric & Qiu Li yang banyak menyusahkan skuad kita pada pertemuan Sabtu lalu. Singapore bakal mendapatkan semula khidmat penjaga gol veteran mereka, Lionel Lewis yg tidak diturun minggu lalu.

Untuk rekod, sejak penyertaan Malaysia di peringkat kelayakan Piala Dunia sejak 1974, kita tidak pernah layak ke pusingan kedua atau lebih tepat layak ke peringkat saingan kumpulan. Selepas skuad Olimpik layak ke pusingan kumpulan maka harapan yg tinggi juga dipertaruhkan untuk skuad senior juga layak ke pusingan seterusnya!!!

No comments:

Post a Comment