Thursday, July 7, 2011

Liverpool dapat khidmat kapten Blackpool

Liverpool akhirnya berjaya mendapatkan pemain tengah Scotland & Blackpool, Charlie Adam dengan harga perpindahan sekitar 7juta pound. Pemain tengah yang mempunyai keupayaan menjaringkan gol dari sepakan percuma itu menjadi pemain kedua yang dibeli Liverpool pada musim panas ini selepas Jordan Henderson.

Liverpool juga dijangka akan mendapatkan penjaga gol Roma, Alexander Doni sebagai back up kepada penjaga gol utama, Pepe Reina untuk musim depan. selain itu, The Reds juga giat memburu pemain tengah Aston Villa, Stewart Downing bagi mengukuhkan cabaran untuk musim depan.

No comments:

Post a Comment