Sunday, July 10, 2011

Brazil kecundang!!!



Ketika skuad Brazil terumbang-ambing mengharungi cabaran Copa Amerika di Argentina, skuad wanita & skuad bawah 17 juga kecundang dalam pemburuan masing-masing. Skuad bawah umur 17 tahun Brazil yang bersaing dalam Kejohanan Piala Duania Bawah 17 kecundang 0-3 Khamis lepas di tangan Uruguay pada peringkat separuh akhir. Sekejap tadi mereka tumpas pula 3-4 di tangan Jerman pada penentuan tempat ke-3.

Manakala skuad wanita Brazil yang menghadapi cabaran USA pada peringkat suku akhir Piala Dunia Wanita gagal memanfaatkan peluang beraksi menentang 10 pemain US apabila kecundang pada penentuan sepakan penalti 5-3 selepas terikat 2-2 selesai masa tambahan.

Mungkin peluang sekarang bergantung pada skuad yang masih beraksi pada Copa. Mereka sekadar seri pada 2 pertemuan dengan Venezuela & Paraguay dan pertemuan terakhir kumpulan mereka akan menentang Equador pada Khamis ini.

No comments:

Post a Comment