Friday, December 30, 2011

Liverpool masih perlukan Gerard....

Prestasi semasa Liverpool kebelakangan ni memang tak menarik. The Reds banyak mencicirkan mata terutama berhadapan pasukan underdog di halaman sendiri. Ketika ramai menjangkakan Liverpool boleh membelasah Blackburn minggu lepas tetapi mereka sekadar bernasib baik hanya seri di Anfield.

Peminat memang kecewa jika prestasi begitu ditunjukkan. Sekadar menjaringkan 24 gol dalam kempen liga merupakan yg terendah antara 6 pasukan teratas liga malah lebih rendah daripda Blackburn yg menghuni tangga tercorot liga.

Liverpool tanpa kaptennya, Steven Gerrard bagaikan kurang imaginasi merencanakan peluang bagi berkesan untuk disudahkan oleh Suarez & Carroll. Kemasukan Gerrard di separuh kedua perlawanan awal pagi tadi menentang Newcastle bagaikan suntikan berkesan merencanakan peluang untuk menang!! 2 gol dari Bellamy serta 1 saguhati daripada Gerrard sedikit sebanyak memberi sedikit harapan pada penyokong The Reds untuk baki perlawanan musim ini...

No comments:

Post a Comment