Wednesday, May 16, 2012

Liverpool pecat Dalglish!! Siapa pengurus baru The Red's??

Selepas beberapa hari spekulasi bertiup kencang tentang masa depan beliau sebagai pengurus Liverpool diperkatakan, akhirnya Liverpool memecat Kenny Dalglish selepas menamatkan persaingan liga di tangga ke-8 serta gagal menempah tempat ke slot Liga Juara-Juara musim depan. Sekadar memenangi Piala Liga @ Carling tidak mampu memberi kelegaan kepada pemilik The Red's serta harapan besar seluruh penyokong2 di seluruh dunia. Kosongnya kerusi pengurus tersebut maka keluar nama-nama yg dispekulasi untuk memgisi kekosongan itu. Brendon Rodgers, pengurus Swansea disebut antara faveret pemilik Liverpool, John W Henry. Antara nama yg lain naik ialah Roberto Martinez, pengurus Wigan. Juga anda jangan terkejut jika kembalinya Rafa Benitez buat kali ke-2 ke Anfield. Nama2 lain seperti Alan Pardew, Jurgen Klopp, AVB dan beberapa org lagi. Secara amnya, Liverpool tertekan sekarang untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka....selepas Man City muncul kelab ke-5 menjuarai Liga Perdana, Liverpool masih terkial2 mencari juara sulung mereka di Liga Perdana Inggeris......so sampai bila harus mereka bersabar??

No comments:

Post a Comment