Thursday, May 17, 2012

Guardiola ke Anfield?

Bunyinya macam mustahil tapi segalanya mungkin. Di Britain antara berita paling hangat ialah siapa bakal pengurus baru The Red's, kelab Inggeris paling legend sebelum Man Utd memintas mereka. Pep Guardiola, bekas jurulatih Barca & nama yg paling wanted di kalangan kelab2 gergasi Eropah selepas beliau meninggal Nou Camp hujung musim ini. Chelsea juga berhasrat untuk meletakkan beliau di kerusi tetap pengurus mereka hingga nasib Roberto Di Matteo masih tidak menentu walaupun sudah menjuarai FA Cup & melangkah ke final Champion League. Amatlah menarik dan mengujakan jika Guardiola mahu ke Anfield walaupun beliau menyatakan hasrat sebelum ini untuk berehat sementara daripada bolasepak. Nama panas lain ialah pengurus Wigan, Roberto Martinez. Jurulatih berbangsa Sepnyol itu mempunyai magic jugak sebab berjaya beberapa musim menyelamatkan The Latics daripada penyingkiran. Tapi yang pasti, pemilik Liverpool mahukan kejayaan untuk kelab Merseyside tersebut. Tanpa kejayaan, mereka takkan boleh menjana keuntungan. Mereka adalah kapitalis yg mahukan keuntungan pada setiap sen yang dilaburkan. So, mereka mengenepikan sentimen untuk menyingkirkan legenda Liverpool, King Kenny. Nama pertama yang disebut2 akan ke Anfield dahulu ialah Fabio Paratici, Pengarah Sukan Juventus untuk mengisi kekosongan Damien Comolli yang dipecat lebih awal sebelum Kenny Dalglish.

No comments:

Post a Comment