Wednesday, May 30, 2012

Liverpool akan lantik Brendan Rodger???

Penyokong Liverpool di seluruh dunia sedang menanti keputusan pemilik kelab itu membuat keputusan siapakah pengurus baru di Merseyside. Selepas Roberto Martinez bertemu dengan John W. Henry di US minggu lalu kini hangat plak nama pengurus Swansea, Brendan Rodger dalam radar pengurusan kelab tersebut. Rodger sebelum mengemudi Swansea ke Liga Perdana pernah berkhidmat dengan Jose Mourinho sebagai jurulatih bawah umur di Chelsea. Berdasarkan polisi semasa The Reds, kelab itu mencari seorang jurulatih yang melatih dan menrancang permainan di padang saja. Jual beli pemain akan diuruskan oleh individu lain yg akan dilantik kemudian. Siapapun yg dilantik tidak lagi penting tetapi yg pasti peminat mahu kelab menamatkan kemarau kejuaraan liga!!!

No comments:

Post a Comment