Saturday, April 2, 2011

EPL 2/4/11: Man U bangun dari ketinggalan untuk menang!!

Man United bangun daripada ketinggalan 0-2 di Upton Park untuk menang selesa 4-2 menumpaskan West Ham United. West Ham yang mendapat 2 sepakan penalti di separuh pertama mendahului Red Devils selepas Mark Noble berjaya menyempurnakan kedua-dua penalti tersebut.

Namun Man U yang enggan menyerah kalah membuka jaringan permulaan di minit ke-65 melalui Wayne Rooney. Rooney seterusnya menyempurnakan jaringannya melalui gol di minit ke-73 & 79 (penalti). Manakala, Hernandez melengkapkan kemenangan Man U dengan gol di minit ke-84. Kemenangan ini menjarakkan Man U dengan pencabar terdekatnya, Arsenal dengan kelebihan 8 mata walaupun Arsenal bermain kurang 2 perlawanan (Arsenal akan bermain lewat hari ini menentang Blackburn Rover).

No comments:

Post a Comment