Monday, April 25, 2011

Senarai yang perlu angkat kaki dari Anfield.....

Sabtu lalu, Liverpool menampilkan antara persembahan terbaiknya musim ini dengan membelasah Birmingham City 5-0 dengan Maxi menjaringkan hatrik pertamanya utk The Reds. Secara umumnya, Liverpool menunjukkan pemulihan ketara sejak Kenny Dalglish mengambil alih pasukan daripada Roy Hodgson.

Walaupun musim belum tamat tetapi secara amnya cabaran Liverpool terhadap kejuaraan Liga sudah lama berakhir. Satu2nya harapan Liverpool ialah menamatkan saingan di tangga ke-5 Liga untuk menempah 1 slot ke saingan Europa League musim depan.

Yang menarik sekarang ialah calon-calon pemain yang akan di offload musim depan. Antara nama-nama yang sudah tercalon ialah Joe Cole. Sejak kehadirannya ke Anfield, penampilannya agak terbatas & lebih tenggelam sejak Dalglish mengambil alih pasukan.

Selain Cole, Milan Jovanovich & Christian Poulsen juga dilihat pembelian yang tidak menguntungkan Liverpool. Mereka mungkin lebih sesuai dikatakan antara yang menjadi mangsa pertukaran pengurusan kelab.

Alberto Aquilani jugak sedang dalam urusan untuk memastikan pinjamannya ke Juventus bertukar menjadi perpindahan kekal setelah perpindahannya dari Roma gagal memberi impak kepada Liverpool.

Pemain malang seperti Paul Konchesky hampir pasti tidak akan kembali ke Anfield & begitu juga Fabio Aurelio yang lebih banyak menghabiskan masa di meja rawatan berbanding aksi di padang.

Selain yang disebutkan itu, Damien Comolli & Dalglish mungkin ada lagi senarai yang perlu menyiapkan beg untuk meninggalkan Anfiled......

No comments:

Post a Comment