Sunday, May 15, 2011

Jersi AC Milan musim 2011/2012



Lebih kurang 2 minggu lagi kempen bolasepak Eropah akan menutup tirainya. Pasukan-pasukan sudah mula mencongak strategi & perancangan musim depan. Pengenalan jersi-jersi baru pasukan untuk musim juga tidak ketinggalan. Antara yang sudah memperkenalkan jersi baru mereka ialah Chelsea dalam pertemuan menentang Newcastle United sebentar tadi (tapi gagal menaikkan semangat mereka & sekadar seri 2-2).

Antara jersi baru yang menarik perhatian ialah AC Milan. Jersi Milan baru dari ADIDAS menampilkan jalur yang lebih kecil berbanding jersi ketika ini. Adidas menampilkan 2 kualiti untuk keselesaan pemain samada dalam kualiti TECHFIT ataupun FORMOTION mengikut kesesuaian pemain.

No comments:

Post a Comment