Thursday, May 5, 2011

mampukah Man United mengekang kemaraan Barcelona???



Seperti yang dijangka & diharapkan Man United bakal berdepan Barcelona pada pertemuan final Liga Juara-Juara di Wembley 28 Mei ini. Pertemuan ini bagai misi menebus dendam buat Man United yang kecendung kepada Barca di Rome pada 2009 melalui jaringan Eto'o & Messi.

Di atas kertas ramai pasti memilih Barcelona berdasarkan prestasi semasa & dianggap 'team of the moment' ketika ini. Kedua-dua pasukan sedang memburu kejayaan double untuk musim ini.

Yang menghairankan ialah sebagai persediaan menghadapi Barca, Alex Ferguson diberitakan ingin mendapatkan nasihat daripada pengurus Real, Jose Mourinho sedangkan Mourinho sendiri gagal mencatur strategi untuk mengekang kemaraan Barca samada dalam 2 pertemuan separuh akhir UCL mahupun dalam saingan La Liga hehehe....

Di sini ada beberapa perkara yang rasanya boleh mengekang Barcelona di final nanti:

* Ferguson kena mengekang pergerakan playmaker Barca, Leo Messi yang bukan saja bleh mengumpan bola tapi juga mencipta percubaan yang berbahaya.

* Selain memberi tumpuan pada Messi, tidak boleh dilupakan pergerakan Inneista, Villa, Xavi & Pedro. Gandingan ini cukup bahaya jika terlepas kawalan yang baik.

* Barcelona suka menyerang dari tengah melalui Messi sebelum bola dilorongkan ke kiri atau kanan untuk Pedro atau David Villa ketika menghampiri kotak penalti. So Evra dan Fabio/Rafael perlu berhati-hati ketika naik menyerang.

* Kegagalan Mascerano melakukan marking kemas ke atas Marcelo ketika dia menjaringkan gol penyamaan di Nou Camp menunjukkan dia tak sesuai diletakkan di centreback & lebih kepada tugasan asalnya selaku holding midfielder. So mungkin Man U bleh eksploitasi kelemahan ini jika line-up Barca kekal seperti 2 hari yang lalu.

* Sayap Man United khususnya Nani tak bleh terlalu selffish ketika menguasai bola dan mempunyai ruang untuk menyumpan. Rasa Berbatov antara contoh pemain yang patut dicontohi....

So kepada Man United selamat menghadapi Barcelona hehhehehe........

1 comment: