Wednesday, May 11, 2011

Pemain baru Madrid: Nuri Sahin



Isnin lalu, real Madrid mengesahkan mereka mendapatkan khidmat pemain tengah Borussia Dortmund, Nuri Sahin untuk musim hadapan. Kontrak pemain Turki kelahiran Jerman itu dilaporkan bernilai sekitar 10 juta pound.

Beliau yang membantu Dortmund menjuarai Bundesliga musim ini dibeli oleh Madrid untuk memperkuatkan tonggak tengah pasukan itu bagi menghadapi cabaran Liga yang sudah 3 musim dikuasai Barca.

Sahin, 22 tahun menandatangani kontrak selama 6 tahun dengan Madrid telah beraksi lebih 100 perlawanan dengan Dortmund sejak mula beraksi musim 2005/06. Beliau pernah semusim dipinjamkan kepada Feyenord Rotherdam.

Kehadiran beliau dijangka akan membuka ruang kepada Madrid untuk melepaskan pemain Brazil, Kaka yang tidak begitu menyerlah & sering dibelenggu kecederaan sejak tiba dari AC Milan.

* Saya lebih selesa jika Madrid dapat membawa Cecs Fabregas ke Santiago Bernabeu. Berdasarkan bakat & kemampuan, dia lebih sesuai mengemudikan jentera tengah Madrid bagi menyaingi kehebatan Messi & rakan2.....

No comments:

Post a Comment