Thursday, May 12, 2011

Berita baik!!! King Kenny tandatangan kontrak 3 tahun.....Beware Man United!!!



Berita baik buat penyokong2 The Reds apabila Kenny Dalglish @ King Kenny telah sah menandatangani kontrak tetap selaku pengurus Liverpool untuk tempoh 3 tahun. Dalglish yang tiba Januari lalu menggantikan Roy Hodgson berjaya membawa The Reds di tangga ke-5 ketika ini & berpeluang untuk ke Liga Europa musim depan jika berjaya mengekalkan kedudukan ini.

Bekas pemain Scotland ini sangat berjaya sewaktu beraksi sebagai pemain Celtic & Liverpool. Memulakan karier pengurusannya bersama Liverpool pada musim 1985/86 menggantikan Joe Fagan & memenangi 3 kejuaraan Liga pada 1986, 1988 & 1990 (kejayaan liga terakhir yang dikecapi liverpool) serta Piala FA pada 1986 & 1989.

Ketika beliau & Liverpool di ambang kejayaan, beliau mengejutkan dunia bolasepak & seluruh penyokong The Reds dengan perletakan jawatan mengejut pada Februari 1991. Oktober tahun yang sama, beliau kembali ke Liga Inggeris untuk membimbing pasukan Blackburn Rovers & mereka berjaya memecahkan dominasi Man united dalam liga Perdana Inggeris dengan memenangi kejuaraan liga pada musim 1994/95 dengan kehebatan pemain seperti Alan Shearer, Chris Sutton, Jason Wilcox & Greame Le Saux.

Beliau sempat juga membimbing kelab lain seperti Newcastle United & Celtic. Hujung 2010, nama beliau kembali disebut-sebut untuk membimbing The Reds selepas prestasi buruk di bawah kendalian Hodgson. Januari lalu, pemilik baru The Reds dari US bersetuju melantik Dalglish untuk membimbing Liverpool secara sementara sehingga hujung musim ini.

Persoalan & harapan seluruh penyokong The Reds adakah king Kenny mampu mengembalikan mahkota Liga Inggeris yang kali terakhir digenggam ketika beliau masih pengurus pada tahun 1990? We want back our crown as English Champion!!!!

No comments:

Post a Comment